Bab 35

430 30 0
                                    

Jessi memakai pakaian berwarna merah dan mengikat rambutnya seperti mana dia selalu berjumpa dengan Jiyong.

'Akhirnya! Oppa!'

Semasa dia sampai di kafe itu, dia terdengar suara beberapa orang lelaki sedang ketawa. Jessi berjalan perlahan dan ternampak Taeyang, Daesung, Top, Seungri dan semestinya Jiyong.

'Kata berdua!'

Jessi pura-pura senyum dan berjalan ke arah mereka.

"Ah Jessi! Annyeong."

Top menarik kerusi untuk Jessi duduk. Jiyong hanya memerhatinya saja.

"Wah cantiknya dia. Untuk Jiyong oppa ker?"

Taeyang sengaja menyakat. Pipi Jessi mula merah.

"Dia ni? Ergh tolonglah."

"Tak baik Jiyong hyung. Dia yang tolong hyung masa hyung susah."

"Tolong lepas tu susahkan. Baguslah?"

"Okey, okey. Sudah. Kita mulakan sekarang."

Taeyang memulakan perancangan.

"Okey. Aku dengan Nara dah okey. Sekarang Top hyung, Seungri dengan Daes-"

"Hyung. Tak apa. Tak perlu. Saya okey."

"Eh. Kita kena berjumpa dengan tunang dia dan suruh dia jelaskan semuanya kenapa sebelum ni dia bagi harapan dekat kau."

"Tak payah ..."

Sementara mereka itu sedang berbincang, Jessi sibuk memandang wajah Jiyong. Jiyong sedar akan tindakan Jessi itu. Dia terus memandang Jessi dengan mata kuyunya yang menjadi kegilaan peminat fanatik Bigbang.

'Oppa 😱😱😱 cair! Cair!'

Serta-merta Jiyong menepuk meja dengan kuat.

"Aku dah cakap! Jangan mengorat aku!"

Jessi terkedu. Dia sengaja membetulkan rambutnya dan fokus pada perbincangan. Mereka berempat yang lain keliru dengan keadaan yang sedang berlaku.

"Sambunglah ..."
---------------------------------------------
"Okey semua. Kita mulakan misi kita esok. Bermula dengan kau Seungri."

"Yeah hyung."

"Sekejap."

Top memegang lengan Taeyang.

"Jiyong?"

Seraya itu dia menoleh ke arah Jiyong yang berada di sebelah kirinya.

"Saya? Wae?"

"Kau dengan dia?"

Top menuding jarinya pada Jiyong dan pada Jessi. Jessi menunduk ke bawah.

"Hyung. Saya tak nak cak-"

"Betul. Kau sibuk pulihkan keadaan kami. Kenapa tak kali ni kami cuba balas balik budi kau."

Jiyong ketawa dan ahli lain angguk tanda setuju.

"Korang buat lawak ker apa?"

"Kalau oppa tak nak oppa cakaplah taknak!"

Jessi bangun dan terus keluar dari kafe itu. Jiyong tidak mengejar sebaliknya dia membuat ekspresi wajah yang menyampah.

SOBERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang