Bab 13

607 53 1
                                    

Taeyang sedang bermain bola keranjang pagi itu di gelanggang tertutup berdekatan rumahnya. Berkali-kali dia cuba untuk menjaringkan gol tetapi dia tidak mampu seperti dulu.

'Apa dah jadi dengan aku ni?'

"Youngbae ah."

Taeyang meneruskan permainannya. Dia tidak menoleh ke belakang kerana dia tahu pemilik suara itu ialah Jiyong.

"Fokus. Itu paling penting. Macam bila kita menari."

Taeyang menoleh ke belakang. Dia melontar bola ke arah Jiyong. Jiyong mengelak seperti orang yang sedang menari.

"Jinjja?! Micheoseo?! Ya?! Youngbae ah!"

Taeyang sedang ketawa terbahak-bahak. Jiyong berlari ke arah Taeyang dan menumbuk perutnya.

"Argh ... Haha! Cara kau mengelak tu ... Lawak ..."

"Sudahlah ... Youngbae. Kau tahu Seungri dekat mana?"

"Tak. Kenapa?"

"Kau tak rasa Top hyung kejam dengan dia?"

"Agaklah. Aku malaslah nak bergaduh. Boleh tak kita anggap semua ni tak pernah jadi?"
---------------------------------------------
Seungri berjalan seorang diri di sebuah lorong yang menjadi laluan utama orang ramai. Namun, pagi itu hanya dia sahaja yang melalui laluan itu kerana cuaca sangat sejuk. Seungri berjalan dan langkahnya terhenti apabila jaketnya ditarik dari belakang.

"Argh wae?"

Dia menoleh ke belakang. Sekumpulan lelaki sedang memegang kayu besbol berdiri mengepungnya.

"Apa korang nak?"

Seungri undur tetapi ditolak oleh seorang lelaki. Dia telah dikepung.

"Keluarkan semua yang kau ada."

"Aku tak ada apa-apa."

"Hyung sekejap! Ini Seungri Bigbang! Dia dah muflis. Hyung tak baca surat khabar ker pagi ni?"

"Tak ada duit apa boleh buat. Pukullah."

"Argh jinjja ... Janganlah. Saya seorang awak semua ramai!"

"Nasib kau malang. Annyeong."

Belakang Seungri dipukul dengan kayu besbol. Dua orang lelaki memegang tangannya. Lelaki yang berbadan sasa menumbuk perutnya bertubi-tubi. Seungri lemah-longlai. Darah mengalir keluar dari hidung dan mulut. Mereka menolak dia ke atas salji dan membiarkannya seorang diri.

"Lepas keluar album baru kita boleh buat lagu sama-sama."

"I am a good boy. Stand up!"

"Lagu tu dah dirancang la-"

"Youngbae."

Jiyong menggenggam tangan Taeyang. Langkah mereka terhenti.

SOBERWhere stories live. Discover now