Bab 31

432 35 0
                                    

Bigbang berkumpul di studio mereka. Setelah bertahun mereka tidak menghuni studio itu, barangan dan perabot mula berhabuk.

"Kita kemas dulu."

Jiyong mengarahkan rakan-rakannya membersihkan studio itu. Usai membersihkan studio, mereka duduk di sebuah meja, iaitu tempat mereka makan.

"Jiyong ah."

"Yeah?"

"Kau tak nak cari pengganti Jessi ker?"

Hati Jiyong bagai ditusuk pedang apabila diajukan soalan seperti itu oleh Taeyang.

"Aku dah serik bercinta. Aku tak kisah kalau aku sakit. Asalkan kawan aku semua bahagia."

"Hyung, apa punca hyung putus dengan dia?"

"Punca? Tak ada punca pun."

"Iya ker?"

Daesung mengangkat keningnya sebelah.

"Betullah!"

'Tak guna tak guna tak guna 😤'

Top dan Taeyang ketawa. Sementara itu Seungri sedang menunduk ke bawah tanpa sebab. Jiyong perasan akan tindak-tanduk Seungri itu.

"Maknae. Okey?"

Seungri tersentak lalu melihat wajah Jiyong.

"Heh?"

"Kau okey ker?"

"Erk hehe. Okey! Okey jer. Wae?"

"Tak nampak macam ada masalah. Ada masalah dengan Hana ker?"

"Mm mana ada! Okey jer. Dia baru call pagi tadi. Ya ..."

'Macam mana hyung boleh perasan pula ni ...'

"Apa tujuan kita berkumpul ni hyung?"

Seungri menyambung ayatnya.

"Sebenarnya ... Aku rindu saat-saat indah kita dekat studio ni. Betul kata Top hyung, salah aku dulu. Maafkan aku."

"Tak apa hyung. Bukan salah hyung. Lagipun bukan sebab hyung pun hari tu. Kami pun ada buat masalah juga."

"Betul Jiyong. Maafkan aku kalau aku marah kau dulu."

"Sudahlah hyung. Kisah lama."

Mereka ketawa dan meluangkan masa lapang mereka dengan melepak di kafe. Daesung ternampak Hana yang sedang menunggu gilirannya untuk memesan minuman di kafe itu.

"Hana!"

Hana menoleh ke arah Daesung.

"Oppa!"

Dia berjalan ke arah meja kelima-lima orang yang berada di situ. Hana memandang Seungri yang sedang bertepuk bahu dengan Jiyong. Kemudian, dia menjelingkam matanya.

"Wae oppa?"

"Kenapa tak keluar dengan Seungri?"

Seungri terus memandang Daesung dan Hana. Dia tidak perasan Daesung memanggil Hana. Dia mula rasa resah dan panik.

SOBERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang