Jiyong meneguk minuman coklat panas di balkoni rumahnya.
FLASHBACK
Konsert Bigbang tamat lambat malam itu.
'Hyung nampak tak bekas cincin atas ni?'
'Ouh tadi aku letak dekat dalam beg kau.'
Jiyong memunggah begnya dan terjumpa bekas cincin berwarna biru tua.
'Jessi ker?'
Jiyong senyum dan berlari keluar. Jiyong telah berjanji untuk berjumpa dengan Jessi di hadapan Sungai Han. Dia berlari dari tapak konsert sehingga ke Sungai Han yang boleh dikatakan dekat sahaja. Sampai sahaja di Sungai Han, Jiyong menoleh ke kiri dan ke kanan. Kadang-kadang dari belakang ke depan. Jiyong tercungap-cungap kerana penat berlari.
'Mana dia ni?'
Dia ternampak seorang perempuan sedang duduk sambil rambutnya melayang-layang kerana angin yang begitu kuat. Jiyong mendekati perempuan itu. Dia memegang bahu perempuan itu. Perempuan itu menoleh ke belakang sambil air matanya mengalir di pipi.
'Jessi. Wae?'
'Oppa. Saya rasa sampai sini sahaja hubungan kita.'
'Wae? Jessi! Bangun!'
Jiyong menarik lengan Jessi dan memaksanya untuk berdiri.
'Apa maksud awak ni? Saya tak faham!'
'Oppa ... Saya tak boleh cakap ...'
Jiyong tersenyum dan melepaskan lengan Jessi. Dia menolak tubuh Jessi.
'Okey. Pergilah. Jangan muncul depan muka aku lagi!'
Jiyong berjalan tanpa menoleh ke belakang.
'Oppa!'
Jiyong menghentikan langkahnya. Bekas cincin yang berada di tangan kirinya itu digenggam kuat.
'Saranghaeyo!'
Jiyong menoleh ke belakang dan dia ternampak ahli Bigbang dan beberapa rakannya turut berdiri di belakang Jessi. Jessi sedang memegang kek. Hari itu merupakan hari lahir Jiyong yang ke-25.
'Jinjja?! Ya?!'
Jiyong berlari ke arah Jessi dan meniup lilin.
*
Jiyong menghabiskan coklat panasnya.
'Jessi ... Ugh ...'
Hati Jiyong terasa pedih kerana terlalu rindu akan kenangannya bersama Jessi.
'Dia saja yang memahami aku. Kenapalah aku buat keputusan bodoh ...'
Jiyong masuk ke dalam rumah dan membasuh cawannya. Dia baru teringat sesuatu yang penting.
"Alamak! Pukul berapa ni?!"
Jiyong berlari ke ruang tamu sambil sabun menitis di lantai untuk melihat jam dinding.
"Argh dah lambat ..."
Jiyong berlari semula untuk menutup pili air dan dia terjatuh di atas lantai kerana licin.

ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
FanficBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?