Bab 38

422 30 0
                                    

"Oppa! Apa yang oppa cakap hari tu? Oppa pernah fikir tak perasaan saya?!"

Air mata mula mengalir di pipi lembut Hana itu.

"Men are all like that just as you said before. I valued you at first but then I flew away. I used to stay up all night, hoped that your heart would change ... It was my fault Hana ..."

"Sudahlah dengan ayat oppa tu! Saya dah benci oppa! Cukuplah oppa ... Jangan jumpa saya lagi!"

Hana mencapai tas tangannya dan pergi dari situ. Ahli Bigbang hanya mampu memerhatikan situasi itu. Seungri terduduk. Dia menutup mukanya dan meraung sepuas hati.

"Arghhhhhhhh!!! Apa ni hyung? Kata nak selesaikan?! Apa semua ni?!"

Seungri bangun dan menarik kolar baju Jiyong. Jiyong tidak dapat melawan kerana sebelah tangannya patah.

"Kau bodoh Seungri! Bodoh!"

Seungri menumbuk wajah Jiyong. Jiyong menghalang rakannya membantunya.

"Pukul lagi! Sampai kau puas hati! Kau memang lelaki paling bodoh dalam dunia! Tak ada akal!"

Seungri menumbuk perut Jiyong. Cecair merah keluar dari mulut Jiyong. Jiyong senyum sinis.

"Kau bodoh sebab kau sanggup lepaskan kemarahan kau dekat kawan kau. Hanya sebab cinta. Bodoh ..."

Seungri terkedu seketika.

"Oppa ..."

Jiyong menolak Jessi daripada membantunya untuk bangun.

"Jangan. Aku nak tengok sejauh mana ego dia!"

Seungri duduk di hadapan Jiyong dan menangis.

"Hyung ..."

Jiyong cuba menahan air matanya namun akhirnya jatuh juga. Dia mengesot sedikit untuk mendekati Seungri.

"Aku faham ..."

Tangannya sebelah menarik Seungri ke arah badannya. Seungri memeluk Jiyong sambil menangis teresak-esak. Taeyang, Top dan Daesung turut duduk dan memeluk mereka berdua.

"Kita kawan sampai bila-bila."

Luah Taeyang sewaktu memeluk mereka.
---------------------------------------------
"Hyung. Mianhae sebab luka tu."

Jiyong memegang sudut bibirnya.

"Ni? Tak apa. Kau tak salah."

"Macam mana dengan rancangan kita?"

Jessi duduk sambil membawa sedulang minuman.

"Kita buat comeback."

Keputusan Jiyong itu menyebabkan semua ahli Bigbang memandangnya.

"Hah?!"

Jiyong terkejut.

"Wae? Itu sahaja cara yang kita ada."

SOBERWhere stories live. Discover now