"Men are all like that! They wouldn't be any different! He valued me at first but then he flew away!"
Hana menangis di situ sementara Jiyong masih sibuk dengan bajunya yang basah itu.
"It's okay Hana."
Hana menoleh ke belakang. Mata Daesung dan Jiyong tertumpu kepada gadis yang sedang memegang beg tangan berwarna coklat gelap di pintu kedai.
"When they talk with us, they don't look into our eyes. But it's not because they don't love us."
"Noona ..."
"Annyeong Daesung."
Yuri tersenyum sambil membongkokkan badannya.
"Mana awak pergi hari tu? Saya tunggu awak. Saya demam sebab terlalu lama tunggu dekat dalam sejuk."
"Noona ... Ergh ... Saya ..."
Yuri mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.
"Ini."
Daesung berdiri. Dia mengambil sejambak bunga yang dicampaknya.
"Noona ..."
"Saya tahu awak pergi ... Tapi saya tunggu. Saya yakin awak akan datang semula. Rupanya, saya sedang bermimpi."
Yuri ketawa dan bercakap sambil air mata mengalir.
"Daesung ah ... Awak macam adik saya sendiri. Mana mungkin saya boleh anggap awak sebagai teman hidup saya?"
Hancur luluh hati Daesung apabila mendengar ayat itu.
"Daesung ... Saya mencintai orang lain. Dia lebih memahami saya. Ya mungkin pada mulanya hati saya agak bergetar tapi ... Saya tahu tunang saya lebih mengenali saya."
"Kenapa noona tak bagitahu saya?"
"Saya nak bagitahu awak hari yang kita janji nak jumpa. Tapi, awak tak datang."
Daesung tidak lagi memandang wajah Yuri. Yuri sedar perkara itu. Dia terus menangis dan membuka pintu kedai itu. Wartawan mengerumuni mereka.
"Kamsahamnida."
Yuri menghentikan langkahnya.
"Kerana hadir dalam hidup saya. The bride in my dreams is just a friend now."
Yuri tidak menoleh ke belakang. Dia terus masuk menerusi wartawan-wartawan itu dan pergi dari kafe itu.
'Don't leave me. I know that you still love me.'
Celoteh Yuri sambil berjalan tanpa menjawab sebarang soalan daripada wartawan. Daesung berdiri kaku di situ. Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke dalam kafe itu. Jiyong hanya mampu memandang kesedihan rakan-rakannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
FanfictionBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?
