Bab 39

387 30 0
                                    

Jiyong berjalan-jalan di sekitar taman yang berdekatan dengan rumahnya. Musim sejuk hampir tamat. Bunga-bunga yang berkembang di pokok-pokok keliling taman itu mula menonjol. Ais-ais cair dan suhu meningkat. Langkah Jiyong terhenti apabila dia ternampak sesuatu.

"Nara ... Malam ini datang rumah saya?"

'Shinwa hyung? Nara?'

Mereka berdua sedang berpelukan di sebelah kolam air pancur. Jiyong menundukkan wajahnya biarpun dia memakai topeng muka semasa mereka lalu di sebelahnya.

'Nara ... Apa semua ni?'
---------------------------------------------
Jiyong terus memandu ke rumah Taeyang. Ketika dia sampai, Taeyang sedang bersiap-siap untuk keluar.

"Ada apa kau datang?"

"Bae ... Aku nampak Nara dengan Shinwa hyung tadi."

Taeyang memandang wajah Jiyong dan ketawa.

"Kau buat lawak ker? Dahlah aku lambat nanti."

Jiyong menghalang Taeyang.

"Kau nak pergi mana?"

Taeyang membetulkan rambutnya.

"Nara laa siapa lagi ..."

"Jangan."

"Kau kenapa ni?"

Biarpun sebelah tangan Jiyong masih belum pulih, dia masih dapat bertahan apabila Taeyang menolak badannya.

"Aku nampak betul."

"Kau boleh tak jangan rosakkan hubungan aku yang baru pulih?"

"Aku tahu Bae ... Ta-"

"Jiyong. Aku tahu kau cemburu sebab hubungan kau dengan Jessi dah tak macam dulu. Kan?!"

"Tak aku cakap benda betul. Aku dengar Nara nak pergi rumah Shinwa hyung malam ni."

"Malam ni dia ada temu janji dengan aku."

"Tak!"

Taeyang tidak dapat menahan kesabaran. Dia terus menolak Jiyong ke dinding.

"Kau jangan masuk campur. Okey?"

Taeyang melepaskan Jiyong.

'Bae ... Bukan kali kedua untuk kau sakit hati ...'
---------------------------------------------
Taeyang menyapu mulutnya dengan kain napkin dan memandang Nara di hadapannya.

"Sedap?"

"Oppa!!!"

Dia memandang peminatnya yang sedang menjerit. Dia melambaikan tangan dan senyum.

"Ramainya peminat oppa ..."

"Tapi saya minat seorang saja."

"Siapa?"

"Awaklah sayang oi!"

Nara ketawa malu. Kemudian, Nara bangun dengan serta-merta.

"Wae?"

"Oppa. Saya ada kerja malam ni. Omo saya lupa!"

"Kerja apa?"

"Ada kerja sikit dengan tu apa nama dia? Klien ..."

"Lelaki ker perempuan?"

"Mestilah lelaki!"

'Ottoke! Apa aku cakap ni ... Aduh ...'

"Pergilah. Nanti lambat pula ..."

SOBERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang