Top memandu kereta pulang malam itu. Dia membawa kereta dalam keadaan mengantuk. Semasa dia membelok, dia terlanggar seseorang. Top terkejut lalu keluar dan mendapatkan orang itu.
"Aduh ... Argh ..."
"Mianhae ... Urm ... Okey tak?"
Perempuan itu mengangkat wajahnya.
'Ahrin?'
"Seunghyun."
Ahrin tunduk dan cuba untuk bangun sendiri. Namun kakinya tidak dapat bergerak. Top mengendongnya dan masukkan ke dalam kereta. Orang ramai menyaksikan kejadian itu namun mereka tidak tahu orang itu ialah Top kerana Top memakai topeng muka.
---------------------------------------------
Top berdiri di luar pintu bilik Ahrin dirawat.
"Encik Choi?"
Seunghyun mengangguk dan masuk ke dalam bersama doktor lelaki itu.
"Isteri awak tak apa-apa. Cum-"
"Erm saya langgar dia saja. Saya tak kenal dia."
"Ouh. Maafkan saya. Saya ingat dia isteri awak sebab macam sesuai. Okey urm saya sambung. Kaki dia retak dan saya telah letakkan simen. Rasanya dia dah boleh balik tapi saya nasihatkan dia jangan buat banyak pergerakan."
---------------------------------------------
Top memandu kereta laju.
"Seunghyun ah ..."
"Herm."
"Mianhae."
"Tak apa. Tak susah pun."
Ahrin melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Memori demi memori bersama Top dimainkan dalam kotak fikirannya. Jauh perjalanan menyebabkan Ahrin tertidur. Kepalanya terlentok ke arah Top. Top menekan brek apabila dia berhenti di hadapan flat rumah Ahrin. Dia memandang Ahrin yang sedang tidur di sebelahnya.
'Ahrin ... Betullah ... Perempuan cantik bila tidur ...'
Top bermain dengan rambut Ahrin. Dia mengusap pipi Ahrin yang lembut itu.
"Ahrin ah ... Saranghae ..."
Top mencium dahi Ahrin. Top bersandar semula di tempat duduknya.
'Apa aku buat?'
Ahrin terjaga dan mengusap matanya.
"Dah sampai?"
Top terkejut apabila Ahrin bersuara.
"Erk dah. Dah sampai."
Ahrin membuka pintu kereta dan berjalan terhincut-hincut dengan topang kaki. Top kasihan melihat keadaan Ahrin. Dia keluar dan duduk di hadapan Ahrin. Dia menepuk bahunya.
"Naiklah."
Ahrin naik di atas belakang Top. Top mengendongnya sehingga sampai di rumah Ahrin.
"Seunghyun ah ... Kamsahamnida ..."
Top senyum dan mengangguk. Ahrin melihat Top berjalan sambil memegang dahi dan pipinya.
'Saranghaeyo Seunghyun.'
ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
FanfictionBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?
