Bab 3

943 83 4
                                    

Jiyong baring di atas bonet keretanya. Salji tidak turun dengan lebat malam itu. Angin sepoi-sepoi bahasa dapat dirasai sehingga ke tulang. Jiyong menggigil kesejukan.

"Sejuknya malam ni ..."

Jiyong terdengar bunyi salji dipijak oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang.

"Siapa tu?"

Jiyong terjun turun dari bonetnya. Dia berjalan perlahan-lahan ke belakang keretanya. Dia ternampak seorang lelaki sedang duduk membelakangkan badannya. Jiyong memegang perlahan bahu lelaki itu. Lelaki itu menoleh ke belakang. Suara ayu Jiyong keluar dari anak tekaknya. Dia jatuh terduduk di atas salji.

"Siapa kau?"

Lelaki itu bangun. Wajahnya tidak kelihatan kerana wajahnya disembunyikan di sebalik hood jaket yang dipakainya. Lelaki itu menghulurkan tangannya.

"Janganlah! Saya tak ada apa-apa!"

Jiyong menutup wajahnya. Kakinya dikuis-kuis meronta.

"Blah la! Jangan ganggu aku!"

"Jiyong ah."

Lelaki itu memegang kedua-dua belah bahu Jiyong. Jiyong melihat wajah lelaki itu melalui celah-celah jarinya.

"Youngbae ah! Micheoseo?!"

"Aku tengah ikat tali kasut."

"Buat apa kau datang sini?"

Taeyang membantu Jiyong bangun dan menepuk belakangnya yang dipenuhi salji.

"Bosan duduk rumah. Aku keluar malam ini ingat nak tengok latihan. Lepas tu aku datang dah gelap."

"Tak payahlah datang latihan. Menyampah aku dengan si Shinwa tu. Aku minta rehat 5 minit jer kot!"

"Biasalah tu. Aku malaslah nak gaduh. Biarlah dekat dia. Kalau kau rasa berat, kau quit jer dari group tu."

"Nanti aku jadi macam kau. Bosan duduk rumah."

"Eh kita tak nak buat comeback ker?"

"Heh?"

Jiyong memandang tepat ke arah mata Taeyang.

"Wae?"

"Aku tak rasa akan berlaku. Kau tengoklah. Maknae dah duduk jauh Jepun sana. Top hyung dah ada syarikat sendiri dekat USA. Kita melingkup dekat sini!"

Taeyang ketawa perlahan.

"Kalau buat comeback, mesti VIPs seronok. Kita boleh buat tour. Keluar album baru. Menang MAMA banyak-banyak! Seronok kan?"

Taeyang menoleh ke arah Jiyong. Mulutnya ternganga. Jiyong telahpun terlena di atas bahu Taeyang.

'Penat aku berangan. Tak guna punya kawan. Bigbang. Aku sayang diorang.'

SOBERWhere stories live. Discover now