Bab 49

484 35 0
                                        

"Kita dah buat yang terbaik untuk semua orang."

"Hyung tak faham! Apa perasaan saya duduk sana seorang diri?! Dicaci, dihina! Hyung pernah tanya?!"

"Tak. Memang aku tak pernah tanya."

"Apa yang hyung buat selama kita berpisah hah?! Hyung tak kisahkan kami pun!"

"Tak perlu ungkit kisah lama rasanya."

"Diam Bae. Seungri, memang aku tak kisahkan kamu semua. Sebab aku malu! Aku malu dengan diri aku, aku malu dengan semua orang atas perbuatan aku! Tapi kau tak tahu berapa lama aku cuba biasakan diri dengan dunia luar selepas bertahun aku duduk dalam bilik. Kau tak tahu. Sebab kau ego. Kau duduk sana tanpa fikir keadaan orang dekat sini."

"Sudahlah. Tak payah bergaduh."

"Kamsahamnida hyung."

Seungri terus pergi ke arah keretanya dan menghidupkan enjin. Keretanya meluncur laju.

"Biarlah dia eh? Nanti okeylah tu."

Jiyong terduduk sambil menangis teresak-esak.
---------------------------------------------
Tempat: Seoul, Korea Selatan
Masa: 3:45 PM

Taeyang menguis salji yang berada di kakinya. Dia melihat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola salji. Timbul rasa rindu di hatinya.

"B i g yeah we bang like this ..."

Lirik itu tidak diteruskan. Akhirnya Taeyang menangis seorang diri. Kanak-kanak di sekeliling itu berhenti bermain.

"Hyung! Gwechana?"

Taeyang mengangkat mukanya melihat wajah pemilik suara itu.

"Saya okey. Pergilah sambung main."

Taeyang senyum dan mengusap kepala kanak-kanak itu.

"Hyung."

Kanak-kanak itu mendekati Taeyang dan berbisik sesuatu.

"Saya VIPs ..."

Kanak-kanak itu berlari dan bermain semula bersama rakan-rakannya.

"Kamsahamnida!"

'Yeah. VIPs. But no more Bigbang.'

Apakah yang dimaksudkan dengan Taeyang? No more Bigbang?
---------------------------------------------
Tempat: Osaka, Jepun
Masa: 3:45 PM

Seungri meneguk minuman coklat panas sambil membaca majalah di sebuah kafe.

"Omo! Oppa!"

Seungri memandang ke atas dan membuka kaca hitamnya.

"Kita pernah jumpa?"

"Saya VIPs! Oppa nak tandatangan!"

Wanita itu orang Korea. Dia sedang menjerit meminta sesuatu dari Seungri.

"Kamsahamnida sebab masih ingat pada kami."

Setelah memberi tandatangannya, Seungri termenung seketika.

'Tapi Bigbang ...'

SOBERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang