Bab 5

769 80 1
                                    

Jiyong membuka matanya sedikit kerana dia dapat merasakan cahaya mengganggu tidurnya. Dia bangun dan tersedar bahawa dia sedang tidur di atas katil Taeyang. Jiyong menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Macam mana boleh tiba-tiba tidur sini?"

"Morning."

Taeyang datang membawa susu panas.

"Bangunlah. Dah pukul 11. Palli! Mandi, mandi!"

"Yaa ..."

Jiyong merebahkan badannya semula di atas katil. Taeyang menarik tangan Jiyong.

"Bangunlah ... Nanti kau ada latihan ..."

"Latihan pukul 12 ... Awal lagi ..."

"Jinjja?! Ya! G-Dragon! Sekarang dah pukul 11! Bangunlah!"

Jiyong bangun dengan lemah-longlai. Taeyang menolak badannya masuk ke dalam bilik air.
---------------------------------------------
Top sedang menikmati minuman coklat panas di balkoni rumahnya. Cuaca pagi itu cerah seperti biasa. Salji tidak banyak turun. Kanak-kanak sedang bermain riang. Top teringat kenangannya bersama Bigbang.

FLASHBACK

'Jiyong. Kau memang memalukan nama Bigbang.'

'Hyung, saya tak sangka perkara macam ini akan terjadi.'

'Kau babit sekali dengan nama kami. Hancur masa depan kita macam ini!'

Top menendang kerusi yang berada di hadapannya.

'Hyung, kita boleh berbincang elok-elok.'

'Youngbae, aku tahu kau rapat dengan dia! Dan aku pasti kau akan sokong dia!'

'Sudahlah. Kita anggap benda ni tak pernah jadi. Kita berbincang cara elok.'

'Kau boleh diam tak?!'

Jiyong menengking Seungri. Seungri terkesima. Dia terus berlari keluar meninggalkan mereka di dalam studio mereka.

'Aku nak kita bawa haluan masing-masing.'

'Hyung, saya memang tak nak buat apa-apa lagi dengan hyung! Saya dah fed up dengan hyung!'

'Okey!'

Jiyong menolak Daesung dan berjalan menuju ke tempat letak kereta. Taeyang mengejarnya dari belakang tetapi dia terlebih dahulu menghidupkan enjin keretanya dan memandu pergi.

'Jiyong ah ...'

Top duduk di atas kerusi dan menjambak rambutnya.

'Hyung. Apa dah jadi?'

'Sudahlah Daesung. Pergilah balik.'

*

"Seunghyun."

Top masih leka melihat kanak-kanak itu mengejar antara satu sama lain.

"Seunghyun!"

Puan Choi menepuk bahu Top. Dia menumpahkan minuman coklat panas di atas bajunya.

"Eomma."

"Fikirkan apa?"

"Tak ada. Seronok tengok diorang main."

Top ketawa palsu. Senyumannya kelat. Dia sangat merindui Bigbang.

SOBERWhere stories live. Discover now