Taeyang sedang menyanyi di dalam kereta sementara menunggu Jiyong keluar untuk makan tengah hari.
"... Someone call the doctor nal butjapgo m-"
Jiyong mengetuk tingkap kereta. Wajah Jiyong masam.
"Awalnya lunch hour kau?"
"Hari ni mana ada latihan. Penat jer datang. Jomlah makan dulu. Tempat biasa."
Taeyang memandu ke tempat yang sering dikunjungi mereka.
---------------------------------------------
Daesung menguap sambil berjalan kaki ke kedai kimchi berdekatan. Dia masuk ke kedai itu dan memesan makanannya. Semasa makanannya sedang dimasak, loceng kedai itu berbunyi tanda ada pelanggan baru masuk."Ah! Jiyong hyung!"
Daesung sedang melambai-lambai tangannya ke arah Jiyong dan Taeyang.
"Wah Daesung ... Seorang saja ker?"
"Iyalah. Saya mana ada girlfriend ..."
"Dah pesan ker?"
Taeyang duduk di sebelah Daesung.
"Dah."
Mereka membuat pesanan dan mula berborak. Mereka ketawa sepanjang makan. Pelbagai cerita dan memori dikongsikan bersama.
"Top hyung balik Korea ker?"
Daesung sedang menghirup kuahnya.
"Haah. Aku nampak dia post dekat Instagram."
Jiyong meneguk air minumannya.
"Dia tulis apa Youngbae?"
"Korea wait for me. Haah. Kalau tak salahlah."
"Dah lama kita tak makan sama-sama macam ni."
Suasana sepi seketika. Loceng kedai berbunyi. Mereka semua memandang ke arah pintu kedai. Top melangkah masuk.
"Top hyung!"
Daesung bangun dan melompat-lompat memanggil Top. Top menoleh ke kirinya dan berjalan ke arah mereka. Jiyong tidak memandang wajah Top sebaliknya dia hanya menundukkan pandangannya.
"Youngbae ..."
Taeyang menyambut tangan yang dihulur oleh Top. Top tidak memandang Jiyong. Mereka berborak tetapi hanya Jiyong sahaja yang membatukan dirinya di situ.
"Masa tu hyung tengah mengantuk ..."
"Lepas tu hyung peluk Seungri sambil sebut nama-"
"Aish! Jangan ungkitlah ..."
"Erm Youngbae ah. Aku balik dulu."
"Heh? Kau nak balik macam mana? Nanti aku hantarkan tak apa."
"Tak apalah. Aku nak kena balik ni. Annyeong. Kamsahamnida sebab belanja."
Top tidak memandang wajah Jiyong ketika Jiyong bangun dan beredar dari situ.
"Hyung. Sampai bila nak bermasam muka macam ni?"
Top menggaru keningnya yang tidak gatal.

ANDA SEDANG MEMBACA
SOBER
ФанфикBigbang terpisah sejak G-Dragon dikecam teruk pada tahun 2009. Mereka tidak lagi mengeluarkan album baru. Adakah mereka akan bersatu semula?