"Betul ni you tak nak join I ?" Tanya Aqish Natasha sekali lagi. Menginginkan kepastian.
"Ya. Sorry, I tak boleh nk join you hari ni. I kena teman mama pergi saloon. Driver mama ambil cuti hari ni." Jelas Danish Fitri.
"Okeylah kalau macam tu, I nak bersiap, bye. Assalamualaikum." Setelah mendengar sayup-sayup suara balasan salam daripada Danish, talian segera dimatikan.
Keluhan berat Aqish lepaskan. Perasaan rindunya ini semakin menebal. Sudah tiga hari mereka tidak bersua muka. Fikirnya hari ini dia dapat bertemu dengan tunangnya dengan membawa Danish lepak bersama dengan kawan-kawannya tapi malang sekali Danish ada urusan lain.
Selendang yang sudah siap digosok, dicapai lalu dibelit di kepala mengikut trend terkini. Baju yang dipakai, dibetulkan, kemudian dia mencapai beg bimbit berjenama dan kunci keretanya sebelum langkah kaki diatur menuju ke kereta.
Keluar sahaja dari rumah, pandangannya tertala ke arah rumah jiran sebelah kirinya. Kelihatan lori dan beberapa orang lelaki yang mungkin diupah untuk mengangkat barang-barang. Akhirnya dapat juga dia jiran baru setelah lama rumah itu kosong. Takdelah seram sangat nanti dia lepak sorang diri dekat taman mini di sayap kiri rumahnya tengah-tengah malam bila dia tak boleh tidur.
Dalam ralit dia memandang orang memunggah barang, anak matanya bertemu pandang dengan seorang wanita yang mungkin sebaya dengan mummynya iaitu dalam lingkungan usia awal 50-an. Mungkin itulah jiran baru aku. Detik hatinya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada wanita itu sebagai tanda menyapa sebelum diloloskan diri ke dalam perut kereta. Kereta Lamborghini Aventador merah milik Aqish kemudiannya bergerak laju menuju ke tempat yang telah dijanjikan dengan kawan-kawannya untuk bertemu. Nampaknya dia sudah agak kelewatan untuk sampai ke sana dari masa yang dijanjikan.
Sedang dia kusyuk memandu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada pesanan ringkas masuk. Telefon di dalam beg bimbit Gucci kesayangan diambil dan pesanan ringkas daripada sahabatnya itu dibaca.
Wehh, tukar tempat ni, kita jumpa dekat Felsharn Restaurant.
Haihh, baru sekarang nak cakap tukar tempat, kenapa tak cakap esok aje. Terpaksalah aku pusing balik, dahlah jauh, kalau dekat tu okey laa jugak. Omelnya sendiri. Moodnya memang tengah berterabur dikala itu, rindu akan tunang punya pasallah ni. Mana taknya, sudah seminggu mereka tak berjumpa, kerana Danish asyik sibuk aje memanjang. Tarikh perkahwinan mereka pun dah nak dekat, hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Segala persiapan telah disiapkan oleh mummynya dan mama Danish kecuali baju pengantin. Minggu hadapan baru dia dan danish akan ke butik untuk membuat ukuran dan memilih rekaan baju pengantin. Haishh, malas pun ada sebenarnya. Entah sudah sedia atau belum dia nak jadi isteri orang, nak jaga makan pakai suami. Sudah bersediakah dia? Biarlah. Tentang hal sedia atau belum tu dia serahkan saja kepada Yang Maha Esa.
Sampai sahaja di restoran yang dijanjikan mata Aqish melilau mencari kawan-kawannya. Apabila mata dapat menangkap kelibat kawan-kawannya di salah satu meja di restoran itu, hayunan kaki segera dihalakan ke arah mereka.
"Ehh, diva dah datang." Harith mula bersuara apabila melihat Aqish berjalan menghampiri mereka dan disambut dengan gelak tawa dari yang lain.
"Amboi kau. Aku baru aje sampai kau dah mula baham aku. Dahlah Alyn bagitahu aku tukar tempat last minute, penat tahu aku kena pusing balik nak datang sini ditambahnya pula dengan jauh, hanya Tuhan aje yang tahu betapa aku rasa nak terajang muka korang semua ni." Aqish meluahkan
ketidakpuasan hati."Haii kau, baru aje sampai dah marah-marah, hilang cun tu nanti, baru menangis tak berlagu." Balas Faiz, mengusik.
"Ehh kau. Cun-cun jangan dibuat main. Sentap aku nanti." Kata-kata Aqish mengundang tawa daripada kawan-kawannya. Tempat duduk diambil di sebelah amalyn berhadapan dengan Faiz.
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
RandomPertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...