Bab 23

50 0 0
                                    

Selamat saja kereta yang dipandu oleh Farish berhenti di bawah garaj, secepat mungkin Aqish keluar daripada kereta dan memunggah barang lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Namun, kudratnya taklah sekuat mana, tengok tanganlah besar mana. Tampar muka orang pun tak penuh pipi, jadi hanya sedikit barang yang mampu diangkat. Kemudian Aqish datang kembali mengambil barang-barang yang selebihnya. Baru sahaja kaki ingin menapak tangannya terasa dipegang oleh seseorang. Tangan yang kemas memegang tangannya dipandang. Tanpa memandang wajah pemilik tangan itu dia sudah dapat meneka dengan yakinnya siapakah tuan empunya. Yalah, mestilah Farish, takkan pak cik taman sebelah pula nak pegang tangannya.

Perlahan-lahan Aqish cuba melepaskan tangan lelaki itu daripada memegang tangannya. Sudah ditarik banyak kali tangannya, namun tidak berhasil. Maklumlah, kedua-dua tangannya penuh dengan plastik barang. Berat pula tu, jadi susahlah dia nak melepaskan pegangan itu. Haihh.. mahu saja dia pijak tangan Farish supaya melepaskan tangannya. Dia nak apa? Arghh! Sakitnya otak hidup macam ni. Dahlah barang-barang ni berat, macam menjinjing seguni beras seberat sepuluh kilogram di setiap tangan pun ada. Uuu! Patah tangan aku lepas ni.

Wajah Farish Aqish pandang. Keningnya diangkat tanda bertanya.

"Biar saya yang angkat barang-barang ni." Barang-barang di tangan isterinya Farish cuba ambil.

"It's okay. Saya boleh bawa." Pegangan pada tangkai plastik Aqish perkemaskan lagi.

"No, ni sepatutnya kerja saya. Biar saya yang bawa." Sekali lagi Farish cuba mengambil plastik-plastik di tangan Aqish.

"Selagi ianya tak berdosa kalau saya bawa, biar saya yang bawa." Aqish masih berkeras.

"Memanglah. Tapi kerja-kerja berat macam ni suami yang perlu buat."

"Takpelah. Takde beza pun kalau saya ataupun awak yang bawa. Lagipun tadi saya dah bawa separuh masuk ke dalam rumah, elok-elok aje." Balas Aqish.

"Kalau awak dah bawa separuh tadi, kali ni biarlah saya pula yang bawa. Please Aqish. Give it to me." Plastik-plastik di tangan isterinya Farish raih. Kali ni Aqish tidak berdegil lagi. Dibiarkan saja.

Senyuman manis Farish hulurkan buat Aqish sebelum langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah walaupun senyuman itu hanya dibalas dengan riak kosong daripada isterinya. Nampaknya sikap dingin Aqish kembali menjelma. Jenuhlah dia hendak menambat kembali hati wanita itu nanti.

Aqish menghembus nafas lega. Terasa dua puluh kilogram beban di tangan hilang begitu saja. Naik kejang pun ada tangannya menjinjing plastik tadi lama-lama. Nak sangat bawa kan, bawalah. Sengaja dia menolak permintaan Farish untuk membawa plastik tadi walaupun tangannya telah pun naik lenguh. Orang kata kalau lebih daripada tiga kali seseorang itu tidak berputus asa meminta, bermakna dia betul-betul bersungguh ingin melakukannya. Jadi dia pun ujilah kesungguhan Farish tadi dan ternyata lelaki itu memang betul-betul bersungguh ingin membawa plastik-plastik barang masuk ke dalam rumah. Biasalah, wanita memang suka menguji orang. Terutama sekali orang yang disayangi. Persoalannya, sayangkah dia pada Farish?

Langkah kaki Aqish atur menuju ke dapur. Dilihat Farish sibuk menyimpan barang-barang yang dibeli ke tempat yang sepatutnya. Tanpa menghiraukan suaminya, Aqish mengambil barang-barang yang diperlukan untuk membuat kek cawan dan tangan mula sibuk berlari ke sana ke mari.

Farish memandang tingkah isterinya. Dua jam lepas Aqish elok-elok bergurau senda dengannya dan sekarang secalit senyuman pun tidak kelihatan di bibir nipis itu. Hanya wajah tenang dan selamba ditayang. Namun dia tahu, jika riak wajah tenang, hati di dalam tak semestinya turut setenang itu. Apa yang perlu aku lakukan ni? Aku tak boleh bertangguh lagi untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Aqish. Nanti semakin buruk keadaannya. Lagi satu, seksa doo hati melihat isteri berkelakuan macam ni.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now