Bab 20

64 1 0
                                    

Aqish di sebelah Farish pandang sebelum bersuara.

"Dah siap?"

Aqish mengangguk apabila mi goreng di dalam pinggan sudah licin dimakan.

"Jomlah." Ajak Farish sebelum bingkas daripada duduknya di meja makan itu dan diikuti oleh Aqish.

"Mummy, daddy, abang, kita orang pergi dulu ye." Pinta Farish juga mewakili Aqish. Tangan mertua dan abang iparnya dicium.

Aqish juga turut berbuat sedemikian, tangan kedua-dua ibu bapanya disalam sebelum leher Aqif dipeluk dari belakang.

"Abang. Jangan lupa tau rancangan kita hari ni." Bisik Aqish rapat di telinga Aqif untuk mengelak daripada didengari oleh Farish.

Aqif menarik Aqish supaya berdiri di sebelahnya dan tangan kanannya dihulurkan. Apabila hulurannya disambut dan dicium oleh Aqish, pipinya pula dilagakan dengan pipi Aqish.

"I'll never. 11.00 a.m, sharp." Bisik Aqif di telinga adiknya semasa lagaan pipi terakhir. Matanya dikenyit kepada Aqish.

"Aqish pergi dulu, abang." Matanya dikenyit kepada Aqif sebelum berjalan beriringan ke kereta bersama Farish.

"Jemput masuk permaisuri." Pintu kereta Farish bukakan untuk Aqish.

"Thank you." Bersama tawa kecil Aqish meloloskan diri ke dalam kereta Lamborghini Veneno milik suaminya. Lucu apabila dilayan seperti princess. Princess Aqish Natasha? Emmm.. macam sedaplah pula bunyinya.

Selesai menutup pintu kereta buat isterinya, Farish duduk di tempat pemandu dan kereta mula dipandu menyelusuri jalan.

"Kenapa saya tengok hari ni awak gembira semacam aje?" Aqish di sebelah dikerling.

"Bukan setakat gembira, excitedpun ada. Yalah, kita kan nak pergi tengok rumah baru." Senyuman manis terukir cantik di bibir.

"Kalau dengan beli rumah baru boleh buat awak gembira sampai macam ni, tiap-tiap hari saya akan belikan awak rumah."

"Untunglah kaya boleh beli rumah tiap-tiap hari." Aqish senyum senget.

"Saya lagi untung sebab awak sudi berada di sisi saya." Hidung Aqish dicuit sebelum kembali fokus pada pemanduan.

"Tapi saya lagi untung ada suami yang sabar melayan karenah saya. Kaya pula tu." Aqish memeluk erat lengan Farish.

"Amboi, materialistiknya!"

"Dari dulu lagi." Senyuman manis Aqish pamerkan kepada Farish.

"Takpe. Saya tak kisah kalau jatuh miskin disebabkan oleh awak." Ubun-ubun Aqish dicium sayang.

"Alahaii.. Manisnya ayat. Umpama meminum segelas air ditaruk seratus sudu gula." Aqish ketawa kecil.

"Awak tahu tak apa beza ikan dengan awak?" Aqish yang masih memeluk lengannya dipandang sekilas.

"Emm.. saya manusia, ikan tu binatang. Betul tak?" Hentam Aqish.

"Salah. Perbezaan ikan dengan awak ialah ikan saya simpan di dalam peti, tapi awak saya simpan di dalam hati."

Aqish melepaskan pelukannya pada lengan Farish. Tangannya memegang dada. Wajah suaminya dipandang dengan muka gelabah. "Ya Allah. Awak tolong bawa saya pergi hospital sekarang?"

"Kenapa tiba-tiba suruh saya hantar pergi hospital ni?" Tanya Farish. Riak risau jelas terpancar pada wajahnya.

"Sebab tiba-tiba aje saya rasa macam kena serangan penyakit kencing manis tahap empat." Tawa Aqish pecah. Dapat juga dia kenakan suaminya itu.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now