Bab 9

453 11 2
                                    

Aqish duduk termenung di balkoni biliknya. Termasuk hari ni genaplah dua minggu dia terus-terusan melarikan diri daripada Farish. Rindu pun ada sebenarnya, cuma dia terpaksa menahan diri demi kebaikan dirinya sendiri jua. Dia tak sanggup hatinya dilukai lagi. Sungguh dia tidak sanggup menanggung seksa itu lagi. Setiap hari dia cuba sibukkan diri dengan kerja, namun bayangan Farish selalu saja bermain di mindanya. Seboleh mungkin dia mengelakkan diri daripada brtembung dengan Farish. Kalau bertembung sekalipun dia akan beralasan untuk melarikan diri tetapi hatinya akan terseksa apabila dia berbuat sedemikian. Bila dipejamkan saja mata semua kenangan dia dengan Farish bagaikan ditayang kembali di ruang mata. Sejak kebelakangan ini, dia juga lebih banyak termenung. Apa semua ni? Dia sendiri tidak mengerti. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia ingin mencintai dan dicintai tetapi dia takut disakiti. Sungguh dia sudah serik. Cukuplah sekali saja diri dipermainkan.

Keluhan berat Aqish lepaskan. Chill Aqish, chill. Jangan difikirkan sangat masalah hati kau. Buat pening kepala aje. Baiklah kau tenangkan hati dengan menyanyi macam biasa.

Aqish masuk kedalam biliknya, kemudian keluar semula bersama gitar kesayangan di tangan. Kerusi yang sememangnya sudah tersedia di situ di duduknya. Ditarik dan dihembus nafasnya terlebih dahulu sebelum gitar ditangan mula dipetik dan lagu yang terlintas di mindanya ketika itu dinyanyikan.

Ohh Tuhan,
Berikanlah aku kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang,
Aku tidak berdaya mengharungi segala sensara.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulahkan ku sedar cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidakku mengerti,
Tidak ku fahami.

Seperti insan biasa aku ingin bahagia,
Mencintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.

Seperti insan biasa aku ingin bahagia,
Mencintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.

Ohh Tuhan,
Berikanlah aku kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Selesai sahaja Aqish menyanyi kedengaran bunyi tepukan tangan daripada seseorang. Mata Aqish melilau mencari dari mana datangnya bunyi tepukan tersebut sebelum pandangan matanya terhenti pada susuk tubuh seorang lelaki di balkoni berhadapan dengan balkoni biliknya.

"Merdunya suara awak." Puji Farish ikhlas. Kalau tidak tak adalah pula dia tertarik untuk melihat pemilik suara itu. Dia yang sedang berjalan dari dapur untuk ke biliknya tadi tiba-tiba terdengar suara merdu seseorang menyanyi apabila melintasi bilik tetamu. Terus bilik itu diredah dan apabila pintu balkoni dibuka, dia dapat melihat Aqish sedang menyanyi sambil bermain gitar. Sungguh dia terpaku saat itu. Tidak dia sangka Aqish pandai bermain gitar dan mempunyai suara semerdu itu.

"Terima kasih. Saya dah mengantuk ni, saya masuk dulu." Pinta Aqish. Badannya dipusing dan sudah berkira-kira untuk melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa sejak kebelakangan ni awak asyik larikan diri daripada saya?" Farish bertanya. Suaranya sengaja dikuatkan sedikit kerana jarak antara dua balkoni itu tidaklah terlalu dekat. Ya, dia perasan sejak kebelakangan ini Aqish sering melarikan diri apabila bertemu dengannya. Dia fikir apabila dia menunjukkan tanda-tanda yang dia sukakan Aqish, Aqish akan semakin mendekatinya. Namun tekaannya jauh tersasar, Aqish kini semakin menjauhkan diri daripadanya. Dia sendiri pening apa yang perlu dilakukan. Mia! Papa perlukan Mia sekarang ni. Hanya Mia yang boleh bantu papa rapat kembali dengan mama Mia. Jerit hati Farish.

Aqish memusingkan kembali badannya menghadap Farish. Kalau boleh hendak saja dia terus masuk ke dalam bilik tanpa menjawab soalan daripada Farish. Tetapi kalau dilakukan sebegitu, nampak sangatlah yang dia sememangnya sedang melarikan diri daripada lelaki itu.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now