Bab 11

461 11 6
                                    

Aqish memandang gaun-gaun pengantin di hadapannya. Butik ini merupakan butik pengantin yang terkenal, yang selalu menjadi pilihan artis oleh kerana rekaan gaunnya yang cantik dan menarik, tapi tidak pada pandangan mata Aqish. Apa yang dia nampak pada gaun-gaun itu semua hanyalah warnanya. Rekaan dan hiasan langsung tidak terlihat di matanya kerana dia memang tiada mood untuk memilih gaun perkahwinannya apatah lagi untuk berkahwin dua minggu akan datang. Sejak kebelakangan ini dia lebih banyak menyendiri, menangis dan termenung. Dia hanya menghabiskan masa berkurung di dalam biliknya setiap hari, lagi-lagi daddynya telah membenarkannya berehat di rumah sehingga selepas berkahwin. Tapi lain pula hari ni, dia dipaksa oleh Tan Sri Hakim untuk datang ke butik ni bersama dengan Farish untuk memilih baju perkahwinan mereka.

"Bagaimana Cik Aqish, ada yang berkenan?" Tanya pekerja butik itu, lantas menyedarkan Aqish daripada lamunan panjangnya.

"Entahlah." Balas Aqish selamba.

"Aqish. Cuba pakai dress ni dan saya akan pakai baju melayu ni." Farish menghulurkan sepasang gaun yang amat cantik pada penglihatannya itu kepada bakal isterinya.

Aqish menyambut huluran daripada Farish tanpa banyak soal kerana malas bertekak. Dia segera melangkah ke bilik persalinan untuk mencuba gaun itu.

Farish yang melihat Aqish sudah memasuki bilik persalinan turut masuk ke dalam bilik persalinan sebelah Aqish. Beberapa minit kemudian Farish keluar dari bilik persalinan bersama baju melayu yang dipilihnya tadi tersarung indah di badan dan dalam masa yang sama Aqish juga keluar dari bilik persalinannya bersama gaun pengantin ditangan.

"Kenapa tak pakai?" Soal Farish kehairanan.

"Saya dah pakai tadi." Jawab Aqish malas-malas.

"So macam mana? Setuju tak dengan dress tu?"

"Awak pilih jelah baju mana-mana pun untuk saya, saya tak kisah. Lagipun awak yang nak sangat kahwin, kan?" Bidas Aqish dan terus berlalu meninggalkan Farish sendiri.

Farish memandang Aqish penuh rindu. Sungguh dia amat merindui Aqish yang sebelum ni. Dia rindu senyuman, gelak tawa, nyanyian dan semua yang berkaitan dengan wanita itu. Selepas kejadian di bilik hotel, Aqish terus menunjukkan perubahan yang ketara. Aqish kini menjadi lebih dingin dengannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Aqish yang duduk di kerusi panjang, Farish dekati dan duduk di sebelahnya. Farish ingin cuba membaik pulih kembali hubungannya dengan Aqish.

"Aqish. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak."

"Kalau minta maaf awak tu boleh undur kembali masa, saya akan terima." Balas Aqish dingin.

"Kenapa awak berubah sampai macam ni sekali dengan saya?" Sungguh Farish sedih dilayan sebegitu oleh Aqish.

"Tanya diri awak sendiri. Apa awak dah buat pada saya sampaikan saya berubah macam ni." Aqish langsung tidak memandang Farish.

"Tapi bukan saya yang perangkap awak. Lagipun buat apa saya nak perangkap awak sedangkan saya dah dapat hati awak waktu tu."

"Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Hati orang kita tak boleh baca." Bidas Aqish . Perasaan cintanya terhadap Farish dulu telah bertukar menjadi benci.

Farish sudah tidak mampu membalas apa-apa lagi. Semua yang dia cakap Aqish langsung tidak mempercayai. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati supaya Allah SWT melembutkan hatinya.

                      * * * * *

Siling biliknya dipandang, namun pemikirannya tidak pada siling itu. Pemikirannya jauh menerawang memikirkan Aqish. Sungguh dia rindukan Aqish yang dulu. Betulkah apa yang dia buat ni? Atau dia perlu menghentikan perkahwinan ini? Kalau dia menghentikan perkahwinan dia dengan Aqish adakah Aqish akan berubah kembali seperti dulu? Atau Aqish akan lebih menjauhkan diri daripadanya?

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now