Bab 24

36 0 0
                                    

Bubur ayam Mc Donald Farish sudu sedikit sebelum disuakan ke mulut Aqish. Yalah, bubur ayam Mc Donald ajelah yang mampu dia beli, nak buat bubur sendiri dia tidak pandai. Kang kalau cuba dibuat tak jadi bubur pula nanti, jadi nasi.

Aqish memandang kosong huluran bubur daripada suaminya tanpa ada rasa ingin membuka mulut untuk menerima suapan itu.

"Saya sakit kaki bukan sakit tangan, jadi saya masih mampu untuk makan sendiri." Aqish mengambil bekas bubur dan sudu daripada Farish sebelum perlahan-lahan bubur itu dinikmati.

Farish hanya membiarkan. Setiap tingkah Aqish diperhati. Betullah apa yang selalu diperkatakan bahawa kita perlu menghargai setiap detik masa bahagia yang kita lalui kerana sekelip mata sahaja dugaan boleh datang menerjah. Buktinya, pagi semalam elok-elok saja dia bergelak sakan dengan wanita yang disayanginya itu, tetapi sekarang ingin melihat senyumannya pun sudah susah, kalau selepas Aqish menyaksikan dirinya dipeluk oleh perempuan yang dia sendiri tidak kenal, Aqish hanya menunjukkan reaksi tenang namun tanpa gelak tawanya saja, tapi kali ini hanya riak dingin yang diterimanya sejak Aqish tersedar daripada pengsan. Kenapa semua benda itu berlaku? Dia sendiri tidak mengerti. Perlukah dia bertanyakan kepada Aqish sekarang dalam keadaan wanita itu sedang sakit?

Aku tak rasa sekarang ialah masa yang sesuai. Biarkanlah dulu. Lagipun soalan yang bermain di minda aku sekarang tidak penting. Apa yang penting ialah kesihatan Aqish. Mungkin juga Aqish berkelakuan dingin sebegitu sejak tersedar daripada pengsan kerana marahkan aku yang tidak bertanggungjawab dan bersikap sambil lewa dalam menjaganya sehinggakan dia dia jatuh tangga pun aku tiada. Lepas tu aku siap balik rumah lewat lagi. Emmm... mungkin! Bisik hati Farish perlahan.

Aqish meletakkan bekas bubur yang telah separuh dihabiskan olehnya di atas meja kecil di tepi katil.

Ubat dan segelas air kosong di atas meja yang dibawa olehnya tadi diambil. Ubat bertukar tangan sebelum air kosong pula Farish hulurkan kepada Aqish.

Perlahan-lahan Aqish menelan setiap biji ubat yang diberikan oleh Farish. Mujurlah dia bukanlah seorang yang takut untuk makan ubat. Kalau tak memang jenuhlah dia nak makan ubat yang berbagai-bagai jenis dan saiz itu.

Usai menelan ubat, Aqish meletakkan gelas tersebut pada tempat di mana Farish mengambilnya. Posisi badannya diubah berbaring di atas katil untuk kembali menyambung tidur. Biasalah, bila sakit semua orang perlukan rehat yang secukupnya, kan?

Farish menarik comforter melepasi paras dada Aqish.

"Rehat ye, sayang." Dahi Aqish dikucup lembut tanpa sempat dihalang oleh empunya dahi itu.

Belum sempat Aqish bersuara, dendangan lagu yang menandakan ada panggilan masuk daripada telefon bimbit milik Farish terlebih dahulu memotong.

Telefon di atas meja di tepi katil Farish capai. Nama pemanggil ditatap sebelum pandangannya menyapu wajah Aqish dan panggilan dijawab.

"Assalamualaikum." Farish memberi salam.

Aqish hanya memerhati tingkah suaminya. Pasti ada sesuatu yang berkaitan dengannya sebab itulah lelaki itu terlebih dahulu memandangnya sebelum menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam. Farish, Aqif sekarang berada di hospital. Dalam keadaan kritikal. Boleh tak Farish datang ke hospital sekarang, bawa bersama Aqish." Tenang Tan Sri Hakim menyampaikan berita itu, namun disebalik ketenangan itu masih dapat didengari sedikit keresahan. Yalah, setenang mana pun lelaki menghadapi cabaran yang menimpa pasti ada juga keresahan yang bertandang.

"Okey, daddy. Kejap lagi kami sampai." Segera Farish membalas. Tidak mahu memanjangkan perbualan melalui talian.

"Kenapa daddy call?" Aqish segera menerjah suaminya dengan soalan setelah talian dilihatnya dimatikan sambil dir perlahan-lahan bingkas dari pembaringan.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now