Tudung yang diterbangkan angin, Aqish biarkan saja selagi tidak menampakkan auratnya. Terasa angin menampar lembut pipinya. Sungguh nyaman dan segar udara di situ. Pemandangan senja di sini juga sangat cantik ditambah dengan cruise boat yang kadang-kadang melalui bawah jambatan di mana tempat dia dan Farish berdiri. Memang tak boleh dinafikan keindahan Seine River. Kalaulah dari dulu lagi dia tahu yang semua ini akan berlaku pasti impiannya untuk menikmati keindahan Paris bersama suami yang tercinta akan terus dilupakan dan mengikuti kawan-kawannya datang ke sini sewaktu mereka di universiti dulu. Haishhh... tapi itulah orang cakap, kalau main dengan perkataan kalau ni, sampai mati pun tak habis.
Tapi tak apalah, mungkin ini takdir hidupnya, dia redha. Alang-alang dia dah menjejakkan kaki di Paris bersama suami sendiri walaupun bukan tercinta, dia tetap melepaskan semua keinginan hatinya untuk menerokai Paris yang dari dulu ditahan atas dasar impiannya yang satu itu daripada dia mensia-siakan masanya berada di Paris seperti dulu.
Pandangan Aqish yang sedari tadi memandang keindahan sungai itu dijatuhkan ke bawah. Dapat dia lihat banyak mangga cinta yang tergantung di jambatan tempat dia berada sehinggakan tidak mampu dibilang dan seolah-olah melitupi jambatan. Jambatan ini bernama Pont des Art bridge. Memang di Seine River terdapat banyak jambatan, namun jambatan ini yang menjadi kesukaan dan mangsa orang ramai mengantungkan mangga tanda cinta mereka bersama pasangan masing-masing.
Dulu sewaktu Aqish ke China bersama Aqif dia ternampak mangga yang berbentuk love dan berwarna merah jambu. Rupanya sangat menarik pada pandangan Aqish, lalu dibelinya dan siap disuruh penjual itu mengukir abjad 'A' pada mangga itu untuk mewakili namanya Aqish. Hasratnya membeli mangga itu ialah untuk mengantungkannya bersama dengan mangga milik suami a.k.a orang yang dia cinta di jambatan ini. Namun punah hasratnya bila impiannya hancur menjadi debu. Tapi dari dulu sehingga sekarang Aqish sentiasa membawa mangga tersebut di dalam beg bimbitnya, walaupun sudah tak terkira berapa kali dia menukar beg bimbitnya, namun mangga itu tidak pernah dilupakainya dan sentiasa berada di dalam beg bimbit yang Aqish bawa ke mana-mana. Malah, sekarang pun ada di dalam beg Prada yang berada di tangannya itu. Ingin juga hatinya turut mahu menggantung mangganya di sini, tapi takkan dia nak letak mangganya bersendirian tanpa ada pasangan. Nanti orang lain elok-elok gantung mangga dekat situ sebagai tanda cinta mereka dengan pasangan masing-masing, dia pula gantung tidak bertanda.
Semua mangga cinta yang tergantung di Pont des Art bridge itu, Aqish perhatikan. Terdapat bermacam-macam bentuk, saiz, warna, tulisan serta ukiran pada mangga yang terdapat di situ. Dalam asyik Aqish memerhatikan mangga-mangga yang tergantung di jambatan itu, tiba-tiba pandangannya jatuh pada mangga merah jambu berbentuk hati yang tergantung pada mangga merah yang turut berbentuk hati dan mangga merah itu tergantung pada jambatan. Lama Aqish memandang kedua-dua mangga tersebut dengan pandangan pelik sebelum tempat mangga itu tergantung dihampiri dan dia duduk bercangkung untuk memudahkan dia melihat mangga itu dengan lebih jelas. Mangga berwarna merah jambu dan berbentuk hati tersebut dibelek-belek. Sungguh mengejutkannya apabila terdapat ukiran abjad 'A' pada mangga itu sebijik macam mangga yang dibelinya di China.
Tanpa berlengah, beg bimbitnya diselongkar. Puas menyelongkar, mangga itu dipandang kembali dengan perasaan pelik binti aneh bin hairan. Ni padlock aku ke? Atau padlock orang lain tapi menyerupai padlock aku. Yalah kan, kilang bukan buat satu. Tapi apa yang peliknya kenapa padlock yang selalu aku simpan dalam handbag aku boleh hilang dan padlock yang tergantung dekat sini siap ada ukiran huruf 'A' sebijik sejibik macam aku punya! Kalau padlock ni memang aku punya, jadi dengan padlock siapa padlock aku tergantung ni? Takkanlah ada orang curi padlock aku lepas tu gantung dengan padlock dia. Lagipun seingat aku, handbag ni tak pernah ada orang lain pegang. Ehhh! Kejap! Bukan ke semalam aku ada suruh Farish tolong pegangkan handbag aku masa aku nak masuk fitting room. Ha'a.. betullah. Bebel
Aqish sendiri dalam hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/57494344-288-k544159.jpg)
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
RandomPertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...