Pagi itu Aqish bersarapan bersama ibu bapanya dan Mia. Tan Sri Hakim dan Puan Sri Rose sibuk menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut masing-masing, berlainan dengan Aqish yang sibuk menyuap Mia makan dan hanya sesekali sahaja suapan masuk ke dalam mulutnya. Memanglah Mia boleh makan sendiri, tapi dia yang meminta untuk menyuap kanak-kanak itu. Biarlah, bukannya selalu dia dapat manjakan Mia, esok dia dan Farish dah nak hantar Mia pulang ke Rumah Anak Yatim Sri Kasih. Pastinya dia akan merindui telatah Mia nanti.
"Mama. Kenapa papa tak sarapan bersama kita?" Tanya Mia, kehairanan mungkin.
"Sebab papa Mia sarapan dengan keluarga dia." Jawab Aqish ringkas. Senyuman diberikan kepada Mia.
"Kenapa mama tak kahwin dengan papa? Kalau tak mesti papa dapat sarapan bersama kita." Mata Mia tepat memandang wajah Aqish. Inginkan jawapan pastinya.
Dushh! Sekali lagi soalan Mia menjerut leher Aqish. Terbuntang matanya menerima soalan tak berasas daripada Mia. Benda macam nilah yang paling dia takuti apabila bersama Mia. Kalau Mia tanya dia soalan cepumas sebegini masa mereka duduk berdua saja bolehlah dia main ikut sedap hati aje jawab. Ini tak, ditanya masa orang lain ada bersama, memang matilah dia nak menjawab. Yalah, kalau tersilap jawab sikit pasti ibu bapanya akan turut menyoalnya dengan soalan yang seumpama soalan Mia. Aduhh! Apa pulaklah aku nak jawab kali ni. Keluh Aqish sendiri. Dahinya berkerut memikirkan ayat terbaik untuk diberikan kepada Mia.
Tan Sri Hakim dan Puan Sri Rose yang mendengarkan soalan daripada Mia sudah ketawa kecil. Mereka memang sudah sedia maklum siapa papa yang Mia maksudkan dan mereka juga tahu bahawa Aqish sekarang sedang tersepit dalam soalan yang diaju oleh Mia. Namun jauh di sudut hati mereka juga turut tertunggu-tunggu jawapan yang akan keluar dari bibir Aqish. Apabila melihat kemesraan antara Aqish dan Farish, ditambah pula dengan perlakuan Aqish yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sedih selepas putus tunang dan dipermainkan oleh Danish, mereka jadi tertanya-tanya apakah hubungan sebenar antara Farish dan Aqish tapi sampai sekarang masih tidak dapat diketahui. Aqish juga tidak nampak seperti ada ura-ura hendak bercerita. Tapi bagi mereka siapa orang yang Aqish pilih untuk memegang takhta di hatinya untuk kali kedua mereka tak kisah, asalkan orang itu mampu menjaga Aqish sebaik mungkin dan tidak akan mempermainkan perasaan anak mereka seperti mana yang telah dilakukan oleh Danish, itu sudah mencukupi. Yalah, ibu bapa mana tak sedih dan marah melihat perasaan anak mereka dipermainkan dan kepercayaannya dikhianati begitu saja. Seperti bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri turut terasa.
"Takpe Mia. Mama tak payah kahwin dengan papa pun kita boleh makan sekali malam ni sebab kita nak pergi fun fair." Ujar Aqish cuba lari daripada menjawab soalan Mia itu di hadapan ibu bapanya.
"Yeayy! Boleh makan dengan papa. Boleh pergi fun fair. Terima kasih mama." Mia menjerit keriangan. Pinggang Aqish dipeluk erat. Sungguh dia sayangkan mamanya itu.
"Sama-sama, sayang." Rambut Mia dibelai lembut.
"Aqish, mummy tengok Aqish bukan main gembira lagi rapat dengan Farish. Mummy turut tumpang gembira, sekurang-kurangnya Aqish tak terlalu bersedih dengan apa yang telah Danish lakukan pada Aqish. Kalau boleh mummy tahu, Aqish dengan Farish ada apa-apa hubungan ke?" Puan Sri Rose bersuara dengan pelatnya. Walaupun sudah lebih dua puluh tahun tinggal di Malaysia, namun pelat inggerisnya masih kedengaran apabila bercakap bahasa melayu.
"Kita orang kawan aje, mummy." Aqish memandang wanita kesayangan yang duduk bertentangan dengannya.
"Kalau lebih daripada kawan pun apa salahnya. Mummy teringin sangat nak ada menantu, cucu. Lagipun umur Aqish dah mencecah 27 tahun." Balas Puan Sri Rose, meluahkan rasa hati.
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
RandomPertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...