Aqish menolak tayar kerusi roda yang didudukinya keluar daripada bilik di mana Aqif ditempatkan untuk memanggil Farish yang berada di luar sedari tadi. Kesian pula dia membiarkan Farish duduk di luar lama seorang diri. Memanglah sekarang dia sakit hati dengan Farish, tapi dia masih manusia yang mempunyai sifat berperikemanusiaan.
Perlahan-lahan pintu wad persendirian Aqish buka. Matanya mula memainkan peranan, melilau mencari kelibat Farish. Dua batang tubuh yang dikenali dan tidak berapa dikenali dapat dilihat dari situ. Satu susuk tubuh milik seorang lelaki sedang dipeluk erat oleh seorang perempuan. Mencerlung mata Aqish melihat drama tidak berbayar di hadapan matanya sekarang. Dadanya berombak kasar menahan pelbagai perasaan yang berkecamuk dalam diri. Sakit hati, kecewa, marah dan cemburu semuanya bercampur menjadi satu sehingga membuatkan dia terasa seperti ingin menangis.
"Apa yang awak buat ni? Isteri saya ada dekat dalamlah."
Hanya dua baris ayat yang diungkapkan oleh Farish sempat menusuk gegendang telinga Aqish sebelum pintu bilik itu ditutup kemas. Namun, cukup merobek hatinya rakus.
Sakit Ya Allah, sakit. Adu hati Aqish. Dadanya yang terasa senak dipegang kejap.
Aqif yang masih terbaring lemah di atas katil hospital didekati. Tubuh itu dipeluk erat. Mukanya dihumban pada dada lelaki itu. Air mata yang ditahan mula mengalir laju. Sungguh hatinya sakit. Sakit yang amat!
"Abang, bangunlah, abang. Sihatlah cepat-cepat. Kan abang kata abang nak jaga Aqish, abang nak lindungi Aqish, abang tak nak tengok orang sakitkan Aqish, sakitkan hati Aqish, buat Aqish sedih. Abang tunaikanlah janji abang. Aqish perlukan abang. Hati Aqish sakit. Hati Aqish sakit, abang. Kenapa Farish buat Aqish macam ni, abang? Kenapa dia sakitkan hati Aqish? Apa salah Aqish? Apa dosa Aqish pada dia sampaikan dia buat Aqish macam ni? Kenapa dia buat Aqish jatuh cinta dengan dia kemudian dia seksa jiwa Aqish? Tak layakkah Aqish untuk bahagia? Tak layakkah, abang? Abang.... bangunlah. Aqish perlukan abang. Aqish perlukan abang sangat-sangat. Hanya abang yang dapat menghiburkan Aqish untuk menghilangkan rasa sedih Aqish." Teresak-esak Aqish menangis.
"Aqish."
Pelukan Aqish leraikan. Badannya dipusing menghadap insan yang menyapanya. Aqish terkejut apabila seraut wajah lelaki yang amat dikenali menyentuh pandangan mata.
"You buat apa dekat sini?" Tanya Aqish. Siapa tak terkejut melihat lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul. Di hospital pula tu.
"I dapat tahu yang Aqif masuk hospital. Tu yang I datang sini untuk lihat keadaan dia. Juga untuk lihat keadaan you. I tahu you pasti sedih dan perlukan seseorang sekarang." Senyuman Danish hadiahkan buat Aqish, berharap dapat menenangkan hati wanita itu.
"Ni I ada bawa buah tangan sikit." Sebekas buah-buahan Danish hulurkan kepada Aqish.
"Thank you." Huluran buah tangan daripada Danish, Aqish sambut dan diletakkan di atas meja sebelah katil Aqif. Jujur dia kekok untuk bercakap dengan Danish.
"Welcome. Look, I know you awkward dengan I sebab kenangan lepas. I'm really sorry about that. I menyesal sangat-sangat." Wajah Aqish ditatap. Mata wanita itu sembab, hidungnya kemerah-merahan. Sungguh dia sedih mengenangkan nasib Aqish. Dia tahu Aqish pasti sedih melihat Aqif sakit kerana dia tahu betapa rapatnya Aqish dengan Aqif.
Aqish hanya membisu. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan ketika itu.
"I tahu susah untuk memaafkan. Especially, apabila orang telah berlaku kejam terhadap kita. Kalau boleh pun ianya perlukan masa. So, take your time. I akan tunggu." Riak Danish jelas menunjukkan bahawa dia menyesal dengan apa yang telah dilakukan kepada Aqish.
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
RandomPertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...