Bab 2

696 23 2
                                    

Pintu rumah Aqish buka. Dari jauh dia dapat melihat Danish yang berdiri di belakang pagar rumah.

Ishh, mamat ni mengada-ngada betullah! Daddy ajak masuk bercakap dengan aku dekat dalam rumah dia tolak, nak jugak dia berbincang dekat luar rumah. Aku terajang sampai ke langit tujuh jugak kau ni karang. Tapi bagus jugak mamat ni ajak aku bercakap dekat luar sebenarnya, kalau dekat dalam rumah mahu tiba-tiba datang angin gila aku, habis satu rumah riuh dan kemungkinan untuk mummy dan daddy dapat mengetahui sebab aku ingin putuskan pertunangan kami sangat tinggi. Bukan setakat kemungkinan, tapi akan mengetahui. Faham-fahamlah dia bila marah bukan pandai nak kawal kerana dia memang seorang yang panas baran. Setiap kali tahun baru, azamnya pasti ingin menjadi seorang yang penyabar, tapi sampai sekarang tidak tercapai. Nasiblah.

Langkah kaki Aqish atur mendekati Danish. "Ada apa lagi you datang nak jumpa I? Ke tak cukup lagi lamb chop tadi? Atau you datang sebab nak tunjuk gambar kekasih gelap you yang lain? Nak suruh I tolong pilihkan mana yang sesuai untuk dijadikan isteri you. Gitu?" Hahh. Ambik kau. Awal-awal lagi Aqish sudah tembak dengan meriam buluh. Kalau dulu permulaan bicara mereka mesti dengan salam, sapa menyapa. Tapi lain pula jadinya kali ini. Itulah orang cakap, masa bercinta semua benda manis, kunyah selipar jepun pun rasa manis, tapi bila dah putus hubungan, tengok bayangan dia pun dah rasa nak pergi bakar rumah dia, inikan pula bila nampak batang hidung dia, memang sah sah rasa macam nak bom sampai berkecai terus badan dia.

"Jom kita berbincang di dalam kereta I." Ajak Danish lembut.

"Kenapa perlu berbincang di dalam kereta you? Kenapa tak di sini aje?"

"I tak nak orang lain dengar kita bergaduh. Especially, parent you. Please, kita berbincang di dalam kereta I." Pinta Danish lagi.

Ada benarnya juga kata-kata Danish. Jadi Aqish turutkan saja permintaan itu. Danish membuka pintu kereta untuk Aqish. Dia memasuk ke dalam perut kereta dengan bibir yang masih tidak terukir walau seinci pun senyuman. Kalau dulu, bila Danish bukakan pintu kereta untuk dia, hatinya pasti berbunga riang tapi sekarang tidak lagi. Rasa jengkel adalah.

Setelah menutup pintu kereta untuk Aqish, Danish duduk di tempat pemandu.

"Cakaplah apa yang nak you bincangkan sangat tu sehinggakan tak boleh nak tunggu pagi esok." Aqish bersuara. Tak betah dia duduk satu kereta dengan orang yang telah sakitkan hatinya lama-lama. Pandangan dihadap ke hadapan. Tak kuasa aku nak pandang mamat tu. Haishh, tak kuasa tak kuasa pun bekas tunang kau jugak Aqish. Redha ajelah.

"I tahu I dah sakitkan hati you, I khianati cinta you, I khianati kepercayaan you, I curang dengan you."

"Baguslah kalau you tahu." Bidas Aqish dalam masa yang sama memotong bicara Danish.

"Bila you buat I macam ni baru I sedar yang I sebenarnya betul-betul cintakan you. I rasa kehilangan sangat bila you cakap hubungan kita dah berakhir. I tahu I bodoh sebab dah curang dengan you. I menyesal. I betul-betul menyesal. Please maafkan I. Bagi I peluang kedua untuk I tebus kesalahan I dan kita teruskan saja majlis perkahwinan kita. I janji akan cintakan you setulus hati I. I akan jaga you lebih daripada I jaga nyawa I sendiri. I akan cuba jadi suami yang terbaik untuk you. I juga janji yang I akan serahkan cinta I hanya pada you. Hanya pada you, sayang." Rayu Danish dengan muka yang penuh dengan pengharapan.

"Dah habis tanam tebu di tepi bibir? I boleh maafkan you. Tapi untuk teruskan perkahwinan kita, itu mustahil. I takkan beri you peluang kedua. Kalau you boleh curang dengan I sebulan sebelum kita kahwin, tak mustahil you juga boleh curang lepas kita kahwin. Dulu kata-kata manis tu jugalah yang you tabur pada I, tapi masa you curang dengan I ada you terfikir janji-janji manis you tu? Ada?!" Seboleh mungkin Aqish menahan air mata yang bergenang di tubir mata daripada mengalir.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now