Bab 18

50 0 0
                                    

"Kenapa awak ajak saya datang sini?" Tanya Farish. Genggaman tangannya pada tangan Aqish diperkemaskan lagi sambil kaki elok mengatur langkah beriringan dengan Aqish menuju ke arah Pont des Art Bridge. Pelik juga dia bila pagi-pagi lagi Aqish beria-ia mengajaknya datang ke Seine River sedangkan penerbangan mereka untuk pulang ke Malaysia hanya tinggal tiga jam lagi iaitu pada pukul 11 pagi.

Aqish hanya membalas pertanyaan Farish dengan senyuman manis yang diukir di bibir. Apabila diri sudah berdiri betul-betul di tengah Pont des Art Bridge, Aqish duduk bercangkung. Beg bimbit LV yang dibelanja oleh Farish sebagai ucapan terima kasih kerana telah menjaga lelaki itu sewaktu dia demam diselongkar. Mangga merah jambu berbentuk hati dikeluarkan dan digantung pada jambatan itu.

Farish yang melihat tindak-tanduk Aqish turut duduk bercangkung berhadapan dengan isterinya. Mangga yang baru sahaja digantung oleh Aqish dibelek. Alangkah gembiranya dia apabila melihat ada bentuk love yang berada di bawah ukiran huruf 'A' dan abjad 'F' pula yang berada di bawah bentuk hati yang ditulis dengan parmanent marker. Semua itu seakan melambangkan 'Aqish mencintai Farish'. Terharu pun ada rasanya. Wajah Aqish yang sedang tersenyum memandangnya ditatap. Tangan Aqish diraih.

"Thank you, sayang." Tangan lembut isterinya di dalam genggaman dikucup.

"My pleasure." Jawab Aqish, riak muka seboleh mungkin dikawal agar tidak nampak ketara seiring dengan jantungnya yang sedang mengepam tahap tak ingat dunia. Mana taknya, ini merupakan kali pertama Farish memanggilnya sayang. Luluh hatinya.

Aqish bingkas dari duduk bercangkung, tangan Farish ditarik untuk turut bangun berdiri dan Farish hanya menurut. Tahulah nak bersweet, pandang antara satu sama lain sambil senyum tapi tak bolehlah nak bersweet lama-lama dalam keadaan duduk bercangkung macam tu lama-lama. Mahu kena stroke dia nanti. Lenguh bukan main lagi kaki.

Tangan kiri diseluk ke dalam poket seluar jeans lalu Farish mengeluarkan gelang tangan emas putih bertatahkan berlian di sekelilingnya yang dibeli tanpa pengetahuan Aqish sewaktu di Champs de Elysees tempoh hari. Tangan Aqish yang berada di dalam genggaman tangan kanannya dipakaikan dengan gelang tersebut.

Aqish memegang gelang tangan yang elok tersarung di tangannya. Satu-persatu ditelitinya. Cantiknya bukan main lagi dengan berlian yang menghiasi sekelilingnya dan berdasarkan pemerhatian Aqish ia original, bukan tiruan. Ehh! Ke situ pulak aku, suami aku ni duit berkepuk, takkanlah nak beli yang tiruan pula. Tapi boleh tahan juga citarasa dia. Pandai dia pilih. Silap silap. Ni bukan boleh tahan juga dah ni, ni dah tahap kebabomm dah ni citarasa dia. Cantik gila kot gelang yang dia pilih ni. Aku nak buat mandi pun sayang rasa. Jawabnya memang jenuhlah aku nak kena buang gelang ni setiap kali nak mandi dan basuh pinggan. Cehh! Basuh pinggan la konon-kononnya, padahal dah lama aku tak sentuh sabun basuh pinggan.

"Awak tak suka ke?" Tanya Farish. Risau pula dia kalau Aqish tak berkenan dengan gelang tangan yang dihadiahinya.

"Mana ada. Saya suka sangat. Cantik. Pandai awak pilih. By the way, thank you for this pretty bracelet." Tangannya yang kemas tersarung gelang ditayang di hadapan muka Farish. Senyuman manis diukir, dalam masa yang sama menghilangkan perasaan risau yang bertamu di hati Farish.

"My pleasure. Anything for you, my baby."

Ketawa Aqish terburai mendengarkan dua perkataan akhir yang diungkapkan oleh suaminya. Entah kenapa perkataan itu bagai menggeletek hatinya. Haishh. Farish, Farish. Ada ke patut dia panggil aku baby.

"Kenapa awak ketawa?" Dahi Farish berkerut seribu. Hairan pastinya melihat Aqish tiba-tiba ketawa mendengarkan kata-katanya. Nak kata dia buat lawak, pastinya tidak sebab tadi dia buat ayat acah sweet bukan buat lawak. Ke dah kena sampuk dengan hantu Seine River isteri aku ni. Haihh! Nasib nasib.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now