Aqish mengeluarkan comforter dari dalam almari dan diletakkan di atas katil. Punggung dia labuhkan di birai katil. Penat seharian sepanjang majlis perkahwinannya masih terasa. Keluhan berat dia lepaskan. Kenapalah aku kena sebilik dengan Farish? Tak sukalah macam ni.
Aqish tepuk dahi. "Ehhh, mestilah kena sebilik, nama lagi suami isteri. Hishhh! Kalau boleh nak je aku suruh dia tidur di bilik tetamu, tapi takut juga aku kalau daddy tahu, mesti daddy mengamuk punyalah. Tak sangguplah aku nak hadap muka Farish ni dua puluh empat jam selepas apa yang telah dia lakukan pada aku. Apa aku perlu buat ni? Aku tak sanggup sebilik macam ni lama-lama."
Bunyi pintu bilik air dibuka menerbangkan lamunan Aqish. Dia segera bingkas dari duduk.
"Awak nak tidur atas sofa tu atau lantai?" Aqish menujukkan sofa yang duduk berhadapan dengan katil dan lantai di sebelah katil.
"Atas katil." Jawab Farish ringkas.
"Ok." Balas Aqish sepatah kemudian terus mengambil comforter dan berjalan menuju ke arah sofa kerana malas mahu bertengkar atau lebih tepat sudah penat nak marah-marah.
"Ehh, saya gurau ajelah. Awak tidurlah atas katil. Biar saya tidur atas sofa." Farish cuba mengambil comforter di tangan Aqish, namun Aqish menepis.
"Awak bergurau tapi saya tak." Tanpa menunggu balasan dari Farish, dia segera berbaring di atas sofa dan menyelimutkan dirinya dengan comforter.
"Aqish, pergilah tidur atas katil. Nanti sakit badan tidur dekat sini." Pujuk Farish.
"Sakit badan lebih baik daripada sakit hati. Dahlah, awak pergi ajelah tidur atas katil tu kalau tak nak tengok saya mengamuk malam-malam ni." Bidas Aqish.
"Kenapa Aqish tidur pakai tudung?" Tanya Farish. Hairan pastinya.
"Jangan banyak tanya, please. Saya mengantuk ni." Balas Aqish. Huhh! Semak betul kena jawab soalan masa mengantuk macam ni.
"Good night, Aqish." Ucap Farish. Kepala Aqish dibelainya lembut sebelum berlalu ke katil.
Aqish kelu. Aduu, Aqish! Kenapa kau biarkan dia belai kau? Tapi tak biar macam mana bila dia sentuh je kepala aku, aku terus kaku. Dah dah. Jangan nak semakkan kepala sangatlah dengan aku yang mengantuknya ni. Tidur lagi bagus.
* * * * *
Setelah siap solat subuh, Aqish melipat kain sembahyangnya dan diletakkan di dalam almari. Tudungnya yang berada di penyidai diambil dan dipakai. Sejadah sengaja dibiarkan di situ kerana Farish belum solat lagi. Bukan setakat solat belum lagi, bangun pun belum lagi. Haishh, macam mana aku nak kejutkan ni. Malaslah aku nak hadap muka dia, buat serabuk kepala otak aje. Tapi macam mana sekalipun aku tetap kena kejutkan dia bangun untuk solat subuh, nanti tak pasal-pasal aku pulak yang berdosa. Emmm... kejutkan jelah.
Perlahan-lahan Aqish menghampiri Farish yang sedang nyenyak tidur. Wajah Farish dipandang dengan bermacam-macam perasaan. Sebelum kes ditangkap khalwat dia teringin sangat nak hidup bahagia dengan Farish dalam ikatan yang sah sebegini. Tapi selepas itu semua perasaan itu bagaikan hancur berterabur seperti hatinya ketika itu, berkahwin dengan Farish bagaikan malapetaka yang perlu dia hadapi. Rasa cintanya pada Farish serta merta bertukar menjadi benci. Benci yang teramat.
"Farish, bangunlah, dah subuh." Bahu Farish, Aqish goyangkan sedikit.
Farish masih tidak bangun. Bergerak pun tak. Aqish mengeluh.
"Bangunlah." Aqish menggoyangkan lagi bahu Farish.
Farish mengeliat sedikit, namun tidak bangun daripada tidur. Keluhan Aqish lepaskan melihat kelakuan Farish. Ya Allah, Kau sabarkanlah hati aku daripada aku angkat kaki ke mukanya.
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
RandomPertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...