Selepas selesai menunaikan solat maghrib berjemaah bersama Tan Sri Hakim dan Puan Sri Rose, Aqish segera bersiap-siap dan menunggu Farish di ruang tamu. Tan Sri Hakim dan Puan Sri Rose juga sudah Aqish maklumkan yang dia akan keluar dengan Farish malam ni dan kedua-dua ibu bapanya memberi kebenaran.
Jujur, Aqish masih keliru, adakah keputusannya menerima ajakkan Farish untuk keluar makan malam bersama betul? Tidakkah nanti ia akan memakan dirinya sendiri? Tidakkah dengan menerima ajakkan Farish untuk keluar makan malam bersama ia akan memberi peluang untuk mereka berdua rapat dan bolehkah dia jamin bahawa dia tidak akan jatuh cinta pada Farish, sedangkan sewaktu terlihat Farish di lampu isyarat tempoh hari dirinya sudah merasakan sesuatu yang aneh? Tidakkan semua ini terlalu cepat dan tidakkah dia serik dengan kekecewaan dan kesakitan yang perlu ditanggungnya selepas cintanya dikhianati, dipermainkan dan diri dipergunakan? Tidakkah dia takut untuk menempuh benda yang sama berulang kali? Bolehkah dia mempercayai Farish yang baru sahaja dikenali selama dua hari, sedangkan Danish yang telah dikenali selama dua tahun boleh mengkhianati dan mempergunakannya begitu saja tanpa belas kasihan? Bolehkah? Persoalan demi persoalan mengusutkan minda Aqish. Sungguh dia tiada jawapan bagi soalannya sendiri.
Dalam asyik Aqish melayan perasaan, kedengaran bunyi loceng bergema di seluruh ruang rumah. Aqish bingkas bangun dari duduk. Skirt labuh, blaus dan selendang yang tersarung kemas pada tubuh dibetulkan sedikit. Beg bimbitnya dicapai.
"It's okay, Aqish. Niat kau terima ajakkan dia hanya kerana untuk membalas jasa dia yang telah menyelamatkan kau." Bisik Aqish kepada diri sendiri untuk menyedapkan hati sebelum pintu rumah dibuka dan langkah kaki diatur menghampiri Farish yang menunggunya di luar pagar rumah dengan ditemani oleh senyuman manis di bibir.
Pintu kereta Farish bukakan untuk Aqish. Setelah Aqish meloloskan diri ke dalam perut kereta, dia menutup pintu kereta dan mengambil tempat di sebelah Aqish, iaitu tempat pemandu. Kemudian kereta itu bergerak laju menyelusuri jalan.
Aqish pula hanya mendiamkan diri. Ke mana Farish mahu bawa dia makan, dia tak tahu. Dia ikut saja, asal boleh kenyangkan perut.
"Cantik awak malam ni." Farish memulakan perbualan.
"Hahh? Ouhh.. terima kasih. Awak pun kelihatan segak." Jawab Aqish teragak-agak. Haihh.. lain macam aje aku dengar pujian tu. Ishh! No no no. Be positive, Aqish. Getus Aqish sendiri. Pelik pastinya mendengarkan pujian yang terpacul keluar daripada mulut lelaki di sebelahnya.
"Always." Balas Farish bersama tawa kecil di bibir.
Aqish yang mendengar juga turut ketawa. Inilah manusia zaman sekarang, dipuji sedikit terus perasan. Tapi apa kurangnya dengan dia, dipuji sedikit terus berfikiran negatif.
"Macam mana dengan kepala awak? Dah tak rasa sakit?" Soal Aqish. Tidak mahu suasana mereka berdua kelihatan hambar.
"Dah ok. Sudah baik dan pulih seperti sedia kala." Jawab Farish, bibirnya menguntum senyum. Mujurlah Aqish ada topik untuk berbual kerana sejak Aqish menjejakkan kaki ke dalam keretanya tadi lagi dia sudah miskin dengan idea bagi mencari topik untuk berbual dengan Aqish. Itu yang tiba-tiba dia pergi puji Aqish.
Aqish ketawa lagi mendengarkan kata-kata Farish. Ayat dia ni kalau tak over memang tak sah agaknya.
"Pagi tadi bukan main lagi saya tengok dahi awak berkerut lepas jatuh. Sampaikan kena papah bagai masuk rumah, lepas tu petang tadi elok-elok aje awak hantar mesej dekat saya cakap dinner diteruskan seperti yang dirancang. Awak tipu saya kan? Kalau bukan awak tipu cakap kepala awak dah ok sekarang, mesti awak tipu buat-buat sakit yang teramat masa jatuh pagi tadi. Kan?" Duga Aqish. Masakan secepat itu kesakitan di kepala Farish hilang. Yalah, tinggi kot Farish jatuh tadi. Bunyi dia jatuh pula bukan main kuat lagi sehinggakan terkejut dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/57494344-288-k544159.jpg)
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
AléatoirePertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...