Dari jauh dapat Farish lihat isterinya sedang ralik memasak. Sudah seminggu mereka duduk di rumah mereka sendiri dan sudah seminggu jugalah Aqish memasak setiap kali waktu makan menjengah. Memang Farish tidak dapat menafikan keenakkan masakan isterinya. Biasalah, air tangan isterilah katakan!
Dengan kaki berjengket-jengket Farish memasuki ruang dapur. Aqish yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk didekati. Secara mengejut pinggang kecil Aqish dirangkul dari belakang.
"Allahuakhbar!" Terhencut badan Aqish akibat terkejut. Dada diurut perlahan untuk menghilangkan rasa terkejut. Ini tak lain tak bukan mesti Farish yang memeluknya. Yalah, siapa lagi kalau bukan suaminya. Takkanlah pak cik kawasan perumahan sebelah pula ingin memeluknya.
Farish menongkat dagunya di atas bahu Aqish bersama tawa di bibir kerana berjaya membuat isterinya terperanjat. Pelukan dieratkan lagi.
Farish dikerling sekilas sebelum rambut lelaki itu dicekak dan ditarik sekuat hati bagi melepaskan geram. Haa.. berani sangatkan buat saya terkejut, terimalah padahnya! Buat lagi saya terperanjat lain kali, saya cabut terus semua rambut biar botak. Desis hati Aqish. Suami ke, perdana menteri ke dia dah tak ambil kisah dah bila perasaan geram mengusai diri.
"Aduhh! Aduhh! Sakitlah!" Cengkaman Aqish pada rambutnya dilepaskan. Kepalanya digosok-gosok bagi menghilangkan rasa perit. Rasa macam terkoyak kulit kepalanya dibuat Aqish. Nasiblah ada isteri macam gorilla plus ketam ni. Dia buat terkejut sikit ditarik rambut, dia usik sikit dicubit. Kalau cubit-cubit sayang tu takpelah jugak, ni cubit sampai lebam. Aqish tarik rambut pula bukan tarik sikit-sikit. Tapi tarik macam nak kasi kulit kepalanya tertanggal terus. Sakit woo! Nasib badanlah ada isteri pengusti macam ni. Ditambah pula dengan perangainya yang susah untuk dijangka. Kalau datang mood ayu dia, buatlah apa-apa pun, nak usik sampai rahang jatuh ke kaki pun wanita itu pasti hanya akan membalas dengan mulut saja. Tapi kalau datang mood ganas dia, memang masaklah. Tak boleh dicuit sikit, pasti akan bertukar menjadi ahli pengusti seperti sekarang.
"Apa ni? Tak baiklah buat suami macam ni. Tak bau syurga nanti baru tahu." Duga Farish.
"Habis tu suami yang buat isterinya yang sedang memasak untuk disumbat ke mulut dia terkejut baiklah? Awak patut bersyukur saya hanya tarik rambut, kalau saya bakar kepala awak tadi macam mana?" Bidas Aqish.
"Alaa.. saya bergurau aje. Janganlah ambil serius." Pinggang Aqish kembali dirangkul.
"Bergurau ke tak bergurau, kalau awak buat sekali lagi saya rendam terus awak dalam air panas." Ugut Aqish.
"Okey, okey. Saya salah. Sorry." Farish mengalah. Tidak mahu memanjangkan perbalahan.
"Ermm.. kali ni saya maafkan. Tapi kalau awak buat lagi lain kali, saya takkan teragak-agak untuk cabut kulit kepala awak."
"Yalah, yalah. Awak masak apa ni?" Sebelah tangan Farish memeluk erat pinggang Aqish, sebelah lagi asyik bermain dengan rambut isterinya. Haruman rambut Aqish menusuk hidungnya. Sungguh wangi. Namun, cepat-cepat Farish sedarkan diri sebelum perasaan khayal menghantui diri.
"Saya masak tomyam aje. Awak dah lapar ke?" Tangan Aqish masih sibuk mengacau tomyam di dalam periuk.
"Taklah. Saya tengok awak pun dah rasa kenyang." Farish masih bermanja di bahu Aqish.
"Baguslah kalau macam tu. Tak payah susah-susah saya nak masak. Ni tomyam yang saya dah masak ni, saya buang ajelah. Lagipun awak dah kenyang." Aqish memandang Farish sekilas. Yalah, kalau pandang lama-lama boleh naik juling dia.
"Boleh jugak." Balas Farish. Pelukan di pinggang Aqish diperkemaskan.
"Tepilah sikit." Aqish menolak Farish menjauhinya. Dalam masa yang sama merungkai pelukan Farish pada pinggangnya.
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
RandomPertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...