Bab 30

40 1 0
                                    

Aqish sendukkan lauk ikan patin masak lemak tempoyak ke dalam pinggan Farish walaupun dia tak rela. Lakonannya diperkemaskan lagi dengan memaniskan muka. Kalau dilihat dia bagaikan isteri paling mithali abad ini.

Kemudian kuah ikan patin masak lemak tempoyak disendukkan pula ke dalam pinggan Mia sebelum paha ayam diambil dan diletakkan di atas pinggan anak angkatnya. Aqish kembali duduk di kerusinya. Kerusinya dirapatkan sedikit ke arah Mia.

"Sayang makan elok-elok ye, panas ni." pesan Aqish sambil menggaul nasi dengan kuah di dalam pinggan Mia.

"Baik mama." Balas Mia, akur. Kali ni Mia minta nak makan sendiri, tak nak Aqish atau Farish suapkan. Dah besar katanya. Alahaii, padahal sebelum ni sama aja umur dengan sekarang, tapi masih makan bersuap juga. Nak bermanjalah katakan.

Selesai menggaul nasi, Aqish cubit pula daging ayam untuk memudahkan Mia makan. Sesekali kelihatan Aqish mengangkat jari-jemarinya akibat panas. Yalah ayam baru siap dimasak.

Farish yang melihat segera membantu Aqish mengasingkan daging ayam daripada tulang. Aqish pula hanya membiarkan tingkah suaminya.

"Dah, makan sayang." Farish bersuara selesai mencubit daging ayam.

"Terima kasih papa, terima kasih mama." Ucap Mia ceria. Dia sudah tidak sabar untuk makan sendiri. Sepanjang dia bersama dengan mama dan papa angkatnya itu, itu merupakan kali pertama dia makan sendiri.

Aqish dan Farish mengangguk sambil memandang si kecil yang sudah memulakan suapan. Aqish menjeling suaminya, kebetulan pada waktu yang sama Farish sedang memandangnya. Aqish kaku buat beberapa saat sebelum bersuara.

"Makan, bang."

Farish tersentak sebelum perlahan-lahan senyuman beribu makna terukir di bibir. Untuk pertama kalinya Aqish membahasakan dirinya abang. Bahagianya dirinya. Hatinya berbunga riang walaupun dia tahu Aqish sebenarnya sedang berlakon kerana tidak mahu nenek dan atuknya menghidu pergaduhan mereka.

Aqish juga turut tersentak dengan kata-kata sendiri, namun secepatnya dikawal reaksi muka. Nasi di dalam pinggan digaul dan disuap ke dalam mulut. Aduhh, dah kenapa aku ni. Gedik semacam ni kenapa. Hebat betul aku berlakon sampai ber'abang' bagai. Mulut pun satu, dah teringin sangat ke nak panggil dia macam tu sampai boleh tiba-tiba terkeluar. Buat malu tuan je. Ishh! Bebel Aqish sendiri.

"Ehh kenapa Aqish makan nasi kosong aje?" tegur Encik Sulaiman.

Aqish senyum malu. Baru dia perasan dalam pinggannya hanya ada nasi saja. Satu lauk pun dia tak letak. Kiranya yang dia suap ke mulut sambil membebel tadi hanya nasi kosong semata-mata. Itulah, kalau dah malu makan nasi kosong pun boleh tak perasan. Mujur ditegur oleh atuk Farish, kalau tak sampai habis nasi dia masih tak perasan.

"Sibuk dia sendukkan lauk ke dalam pinggan Farish dengan Mia sampaikan pinggan sendiri lupa." Ujar Puan Saenah sambil ketawa kecil.

Farish turut tersenyum. Tanpa menunggu Farish segera sendukkan lauk ikan patin masak lemak tempoyak ke dalam pinggan isterinya. Ayam goreng pula diletakkan di atas pinggan Aqish.

"Budu nak, sayang?" Farish sudah pegang mangkuk budu. Hanya tunggu masa nak dituang ke dalam pinggan isterinya jika isterinya angguk kepala.

Aqish menggeleng, "saya tak pernah makan."

"Kalau tak pernah kenalah cuba. Sedap. Kalau awak tak nak makan dengan ulam, awak gaul dengan nasi. Nak cuba sikit?" Farish cuba memujuk isterinya merasa budu.

Sempat Aqish memandang Puan Saenah dan Encik Sulaiman yang duduk bertentangan dengannya sebelum mengangguk. Terpaksalah dia cuba demi menjaga hati datuk dan nenek Farish memandangkan budu telah menjadi makanan harian mereka sejak mereka menetap di Kelantan. Lagipun bila lagi dia hendak merasa budu kalau bukan sekarang. Yalah, dia pun bukannya ada saudara mara dia Kelantan.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now