Bab 26

31 1 0
                                    

Air bunga mawar Aqish jirus di atas pusara arwah abangnya. Setitik demi setitik air mata Aqish jatuh menyusuli jirusannya. Sayu, pilu, sedih dan kosong sahaja terasa hatinya. Pandangan orang ramai yang turut hadir untuk majlis pengebumian arwah abangnya dibiarkan saja. Otaknya kini hanya dipenuhi dengan kenangannya bersama arwah Aqif serta senyuman, gelak tawa, lawak, ucapan dan semua yang berkaitan dengan lelaki itu. Dia rindu. Teramat rindu.

Lagi menambah perit di hati Aqish apabila Nina turut ada bersama di situ. Betul-betul di sisi Farish. Hidupnya kini terasa musnah sepenuhnya. Seperti tiada lagi ruang untuk dia mengecapi kebahagian. Adakah ruang bahagia buat dirinya sudah tertutup rapat. Jujur dia tak kuat untuk menempuhi dugaan ini. Diri terasa seperti jasad yang hidup tanpa jiwa. Hidupnya seperti tidak bermakna lagi. Jiwanya kosong. Kosong sekosong kosongnya.

Selesai majlis pengebumian orang ramai beransur pulang. Kini hanya tinggal Aqish, Farish dan Danish di situ. Tan Sri Hakim sudah terlebih dahulu membawa Puan Sri Rose pulang kerana risau melihat keadaan wanita itu yang lemah. Anak perempuannya telah ditanggungjawabkan kepada Farish untuk menjaga. Dia taklah sehebat mana untuk menjaga dua wanita yang masing-masing dalam keadaan sedih dalam satu masa. Ditambah dengan dirinya sendiri yang juga turut masih sedih atas pemergian anak lelaki tunggalnya.

Air mata Aqish masih tidak henti mengalir, juga seperti tiada tanda-tanda untuk berhenti. Gelang tangan emas putih pemberian arwah abangnya yang kemas tersarung di tangan kanan digenggam erat. Matanya tidak beralih daripada terus menatap pusara milik Aqif.
Jujur dia masih tidak menyangka perkara ini akan berlaku secepat mungkin. Terasa seperti baru semalam dia bergurau senda dengan Aqif selepas balik daripada Paris dan Aqif membantunya membuat Sambutan Hari Lahir Farish. Benarlah maut itu datang tidak bersalam. Datangnya bila-bila masa sahaja tanpa mengira usia dan pangkat.

Farish menyentuh lembut bahu isterinya. "Aqish, jom balik."

"Kalau awak dah menyampah duduk sini lama-lama, awak balik ajelah dulu. Tak payahlah ajak saya." Tangan Farish di bahunya ditepis kasar.

"Bukan macam tu maksud saya. Hari ni awak tak makan apa-apa lagi. Saya ajak awak balik untuk makan. Saya risau awak sakit nanti." Jelas Farish lembut.

"Tak perlu risaukan saya. Saya tak perlukan prihatin awak. Saya tak nak balik!" Rasa benci Aqish terhadap Farish kembali hidup. Benci yang amat! Lelaki itu telah mempermainkan cintanya. Cintanya terasa seperti diletak di tapak kaki lelaki itu. Peluang yang diberi kepada lelaki itu dipermainkan begitu sahaja seperti tidak menghargai dan tidak bernilai.

"Aqish..." Farish masih cuba memujuk. Bahu Aqish disentuh lembut.

"Please go away! I don't need you!" Sekali lagi Aqish menepis tangan Farish. Nadanya kasar menyuruh Farish menjauhinya. Air mata Aqish kembali luruh.

Farish terpaku dengan tingkah Aqish. Setapak dia berundur menjauhi isterinya. Memberi ruang kepada wanita itu untuk tenangkan hati dan tidak ingin wanita itu mengamuk lagi.

Danish mendekati Aqish yang berkerusi roda. Ingin cuba memujuk wanita itu untuk pulang. Semakin lama Aqish berada di situ semakin sedih wanita itu akan rasakan kerana teringatkan arwah Aqif.

Danish memberanikan diri untuk duduk bercangkung betul-betul di hadapan Aqish. Pandangannya menyapu wajah lemah Aqish. Ini kali kedua dia melihat wanita itu menangis seperti ini. Pertama kalinya sewaktu dia mengasari Aqish ketika mereka putus tunang.

"Aqish... Jomlah kita balik. Lain kali kita datang lagi. Lagipun Aqif mesti tak suka tengok adik kesayangannya menangis macam ni. Kalau dia tengok keadaan you macam ni mesti dia sedih. You nak ke abang you sedih? Mesti tak nak, kan? Dah, you jangan nangis lagi, okey?" Lembut Danish memujuk seperti memujuk anak kecil yang menangis kerana kehilangan barang mainannya. Bibirnya tidak putus asa mengukir senyuman manis bagi memujuk wanita itu.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now