Bab 12

478 8 3
                                        

Aqish memandang pantulan dirinya pada cermin. Dia yang lengkap memakai gaun pengantin sedang menunggu masa untuk bersanding. Saat dia diijab kabulkan tadi bagaikan terimbau kembali di minda.

"Aku terima nikahnya Aqish Natasha Binti Tan Sri Hakim dengan mas kahwin sepuluh ribu ringgit tunai." Hanya dengan sekali lafaz Aqish sah menjadi isteri kepada Farish.

Aqish menitiskan air mata. Biasanya kalau diijab kabul, pengantin perempuan akan menangis kerana kegembiraan, tapi lain pula situasi Aqish. Dia menangis kerana kesedihan dan tak sanggup nak menghadapi hari-harinya bersama Farish, orang yang telah melukai hatinya dan mengkhianatinya.

Setelah selesai semua, Farish mendekati Aqish untuk sesi pembatalan wuduk. Aqish yang tertunduk sedang menangis itu diangkatkan sedikit kepala memandangnya. Air mata Aqish dikesat perlahan dengan ibu jarinya. Senyuman manis dihadiahkan buat isterinya itu walaupun Aqish tidak membalas. Cincin yang dihulurkan oleh Puan Sri Zahra diambil dan disarungkan pada jari manis tangan kanan Aqish.

Aqish mengambil cincin dari Puan Sri Rose dan menyarungkannya pada jari Farish. Kalau diikutkan memang dia tidak mahu berbuat sedemikian, tapi itu sudah menjadi adat orang melayu, jadi dia hanya menurut dengan hati yang separuh redha. Tangan Farish dicapai dan dicium sehingga jurukamera memberi isyarat 'ok' kepadanya. Haihh. Susah betullah nak kahwin sekarang, nak mengambil gambar bagai apa tahh.

Farish memegang dagu Aqish dan mencium dahi Aqish lama. Dia bagaikan sedang menyalurkan kasih sayangnya buat wanita yang baru bergelar isterinya itu. Dia yakin lepas ni susah untuk dia mencium lagi dahi isterinya, jadi sengaja dia mencium lama.

Haihh. Kenapalah lama sangat cium dahi aku ni. Dah naik lemas dah aku ni. Sengaja ye kau ambik kesempatan, Farish. Aku layangkan kaki ni baru tahu. Yang semua orang ni pun apa pasal pandang kitorang senyum-senyum kambing macam tu. Geram pulak aku dengan Farish ni. Tak apa, daun tembakau, daun palas, hari ni hari kau, esok aku balas. Kau pun satu jantung, jangan nak marathon sangat, penat aku. Huhh! Bebel Aqish sendiri di dalam, hati namun masih membiarkan Farish mencium dahinya. Yalah, masakan dia hendak menolak, nanti apa pula kata orang ramai.

"Aqish." Panggil Aqif dalam masa yang sama menerbangkan lamunan Aqish pergi.

"Ehh, suka hati abang aje ye  masuk bilik orang tak bagi salam." Bebel Aqish. Aqif dipandang. Dia sekarang berada di bilik hotel. Memandangkan majlis persandingan akan diadakan di dewan hotel ini, jadi selepas majlis ijab kabul di masjid tadi dia dan keluarga serta keluarga Farish segera datang ke hotel ini untuk menukar baju pengantin.

"Berbuih mulut abang bagi salam dan ketuk pintu dekat luar, Aqish tak sahut pun sebab tu abang main redah aje." Balas Aqif.

"Hehehe. Padan muka."

Aqif mencubit geram pipi Aqish.

"Abang, alang-alang dah cubit pipi Aqish tu, apa kata kalau abang sapu sekali make up ni. Senang sikit nanti Aqish nak jawab dengan mummy. Aqish rimaslah make up tebal-tebal macam ni." Adu Aqish.

"Hishh, biasalah kahwin, kena make up."

"Abang.... Aqish tak nak kahwin." Muka Aqish kembali redup.

"Buang tebiat ke? Tak nak kahwin apanya dah sah jadi isteri orang sekarang." Aqif ketawa.

"Ehh. Silap pulak. Tak nak bersandinglah." Aqish turut ketawa apabila melihat abangnya sudah mengekek ketawa. Dia sekarang memang mudah ketawa seperti sebelum ini sejak Aqif balik kerana Aqif banyak menghabiskan masa dengannya dan menghiburkannya.

"Dah, tak payah nak ngada-ngada sangat. Bersanding aje. Janji dengan abang jangan masamkan muka masa atas pelamin. Bagaimana sakit sekalipun kita, jangan sampai orang nampak kesakitan kita. Jangan biarkan kita nampak lemah di depan semua orang dan salah satu cara untuk sentiasa kelihatan tabah ialah senyum. Janji dengan abang, Aqish akan senyum? Pinky promise?" Aqif  mengangkat anak jari kanannya dan menunggu sambutan dari Aqish. Dari dia dan Aqish kecil lagi mereka selalu membuat pinky promise dan Aqishlah yang mengajarnya perkataan itu.

Ruang BahagiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang