Farish memusingkan sedikit tengkuknya memandang Aqish yang nyenyak tidur di tempat duduk belakang. Haishh.. kuat betul isteri aku ni tidur. Dalam kapal terbang tadi pun Aqish asyik tidur aje, dia bangun pun bila dah sampai, lepas tu bila masuk sahaja dalam kereta dia terus sambung balik tidur. Macam beruang betullah.
"Tak akan hilang punyalah isteri kau tidur dekat belakang tu." Usik Aqif apabila melihat Farish yang duduk di sebelahnya setiap 5 minit akan toleh ke belakang untuk melihat Aqish.
Apabila mendengar diri ditegur, Farish segera memusingkan badannya memandang abang iparnya. Senyuman jelas terukir di bibirnya. "Manalah tahu ada bunian nak culik Aqish ke."
"Haaa... eloklah tu. Masin mulut kau, mahu diculik bunian betul-betul isteri kau, menangis air mata darahlah kau." Balas Aqif.
"Wuishhh! Astaghfirullahalazim. Mintak jauhlah." Takut juga Farish kalau dibuat isterinya diculik bunian betul-betul. Yalah, kalau Aqish tak ada nanti, siapa yang nak marah-marah dia, sindir dia, merajuk dengan dia dan jaga dia masa demam.
Aqif ketawa kecil melihatkan tingkah adik iparnya. Tahu takut, tapi mulut tak ada insuran. Sayang benar Farish pada adiknya. Dia yakin lelaki di sebelahnya itu dapat menjaga Aqish sebaik mungkin. Memanglah dahulu sewaktu dia dapat mengetahui adiknya ditangkap khalwat dan Aqish pula menceritakan kepadanya bahawa Farish telah memerangkapnya, perasaan geramnya terhadap Farish hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Betapa dia rasa mahu membelasah lelaki yang bernama Farish itu sekuat hati, namun dia masih waras dan tidak mengikut kata hatinya yang juga merupakan hasutan syaitan itu. Tapi apabila bertemu mata dengan Farish dan mengenali Farish, dia yakin lelaki itu amat menyayangi adiknya dan hatinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku antara Aqish dan Farish.
"Macam mana honeymoon kau dengan Aqish?" Tanya Aqif.
"Ok aje, bang. Tapi bila bercakap pasal honeymoon ni, saya nak tanya abang sesuatu, boleh?" Ada sesuatu yang yang bermain di dalam fikiran Farish sejak mereka berada di Paris lagi.
"Apa? Tanya ajelah."
"Abang kan rapat dengan Aqish, abang tahu tak tentang mangga Aqish yang berwarna merah jambu, berbentuk hati dan ada terukir huruf A?" Farish mencuba nasib, manalah tahu abang iparnya itu tahu tentang mangga itu.
Lama Aqif berfikir sebelum menjawab, "Ouhh, mangga tu. Tahu."
"Abang ceritalah pada saya tentang mangga tu." Pinta Farish.
"Aqish takde bagitahu kau ke tentang mangga tu?" Soal Aqif, pelik.
"Takde."
"Sikit pun takde?" Tanya Aqif lagi.
"Takde."
"Emmm.. macam ni. Mangga tu sebenarnya mangga yang Aqish beli sewaktu kami berdua pergi bercuti di China. Dia cakap dekat abang, dia nak gantung mangga tu dengan mangga milik suaminya nanti di Pont des Art Bridge sewaktu berbulan madu di Paris. So, masa korang pergi sana mangga tu digantung ke tak?" Pandangan masih Aqif fokuskan pada pemanduan walaupun mulut sibuk berbicara.
"Gantung. Emm.. bang, saya nak tanya satu soalan lagi boleh?" Mungkin masa inilah aku boleh mengorek sedikit demi sedikit tentang Aqish daripada abang ipar aku. Fikir Farish.
"Tanyalah." Balas Aqif. Dia sebenarnya tahu bahawa Farish sedang menyelongkar tentang Aqish daripadanya.
"Aqish memang tak pernah menerokai Paris walaupun dah banyak kali pergi ke?" Kemusykilannya Farish luahkan.
"Yupp."
"Kenapa?" Soal Farish ingin tahu lebih lanjut. Yalah, setiap perbuatan yang kita lakukan pasti bersebab, kalau buat benda tak ada sebab tu gilalah pula orang panggil.
YOU ARE READING
Ruang Bahagia
RandomPertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...