Bab 28

38 0 0
                                    

Sudu dan garfu di tangan diletakkan di atas pinggan. Setiap wajah yang berada di meja makan itu dipandang. Dari wajah Aqish ke wajah Mia, Puan Sri Rose dan berakhir dengan wajah Tan Sri Hakim. Tetapi wajah Aqishlah yang Farish pandang paling lama. Dia tahu bila dia beritahu keputusan itu wanita itu akan naik angin kerana keputusan dibuat tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Namun, awal-awal lagi dia telah persiapkan diri untuk menempuh amukan Aqish nanti. Aqish nak maki pun makilah, yang penting apa yang dia rasa betul itu tetap perlu dilakukan. Lagipun dia suami, dia ada hak untuk membuat keputusan walaupun tanpa persetujuan si isteri.

"Daddy, mummy." Panggil Farish.

"Ya, Farish. Ada apa?" Sahut Tan Sri Hakim.

"Nanti apabila kaki Aqish telah pulih, Farish nak minta panjangkan sedikit cuti Aqish. Farish nak bawa Aqish dengan Mia balik ke kampung Farish di Kelantan, jumpa bonda dan atuk. Lagipun, dah lama kami tak bawa Mia jalan-jalan." Panjang lebar Farish menerangkan hasrat hatinya.

Di sebalik tujuan Farish ingin membawa Mia dan Aqish balik ke kampung untuk bawa Mia jalan-jalan dan berjumpa bonda serta ayahanda, sebenarnya tersembunyi niat lain. Dia ingin kembalikan Aqish yang sebelum ini. Aqish yang periang, Aqish yang tidak dingin dengannya dan Aqish yang mencintainya. Manalah tahu perubahan keadaan atau tempat boleh membuatkan hati Aqish lebih mudah untuk memaafkannya dan memberikannya peluang untuk menghuni kembali hatinya seperti di Paris dahulu. Harapannya apa yang berlaku di Paris kembali berlaku apabila mereka di Kelantan. Di Paris Aqish telah menyerahkan kembali hatinya kepada dia dan dia berharap di Kelantan sekali lagi Aqish akan membuka pintu hati untuknya.

Aqish yang baru hendak menyuap bihun goreng ke mulut, membatalkan niat apabila terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Farish. Matanya menikam tajam wajah Farish bagaikan ingin kasi tembus. Berani-beraninya lelaki itu membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan daripadanya. Kalau dia nak pergi seorang diri ataupun berdua dengan Mia saja tak apalah kalau tak minta persetujuan daripadanya. Ini tak, nama dia terbabit sekali dalam senarai orang yang Farish ingin bawa balik ke kampung.

Apa dia ingat aku ni apa dia nak main angkut aje pergi mana-mana tanpa perlu tanya nak ke tidak. Kalau pergi dengan orang lain aku tak kisah. Ini nak kena pergi dengan dia. Semak betullah aku nak kena hadap muka ni tiap-tiap hari! Ya Allah, sakitnya hati aku. Tak boleh ke kalau sehari dia tak sakitkan hati aku? Apalah salah aku sehingga dilayan sebegini. Tak cukup dia tipu aku, permainkan perasaan aku, kali ini dia buat keputusan ikut sedap hati dia pula. Ya Allah, Kau sabarkanlah hati aku. Cool Aqish, cool. Calm down.

"Okey, nanti daddy panjangkan cuti Aqish. Ambillah seberapa banyak masa yang Farish dan Aqish perlukan untuk duduk di kampung. Tenangkan fikiran di sana." Tan Sri Hakim memberi respon positif. Lagipun dia tahu Aqish masih bersedih di atas pemergian Aqif. Buktinya hari ini sudah masuk lima hari arwah Aqif meninggalkan mereka dan mata Aqish masih sembap menandakan Aqish masih tidak berhenti menangis. Dia yang melihat keadaan anaknya itu pun risau. Ditambah kekeruhan hubungan anaknya dan Farish yang dapat dirasakan melihatkan karenah Aqish. Mungkin rumahtangga mereka sekarang sedang bergoyang ditiup dugaan dan cabaran. Buktinya, tengok sajalah perubahan air muka Aqish apabila Farish memberitahu ingin membawanya balik ke kampung dan bagaimana Aqish melayan Farish. Walaupun hebat Aqish menyembunyikan kedinginannya terhadap Farish, dia masih dapat menebak. Dia dah masak dengan perangai anaknya yang satu itu. Tapi apa-apa pun dia doakan Farish berjaya memujuk kembali hati Aqish dan rumahtangga mereka bertahan hingga ke Jannah. Lagipun, Aqish bukannya keras hati sangat sebenarnya kalau kena cara memujuk.

"Thank you, daddy." Ucap Farish, senyuman menguntum di bibir.

Tan Sri Hakim mengangguk membalas ucapan menantunya. Isterinya pula hanya menjadi pendengar setia bagi perbualan mereka berdua.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now