Bab 8

477 10 0
                                    

Seperti biasa, setelah selesai menunaikan solat maghrib bersama Tan Sri Hakim dan Puan Sri Rose, Aqish segera bersiap-siap dan menunggu Farish di ruang tamu.

Rindu pula rasanya pada Mia walau tak sampai sehari pun lagi tidak berjumpa. Selepas mandikan Mia tadi dia terus menghantar Mia ke rumah Farish. Dia tahu mesti Farish pun nak luangkan masa dengan Mia memandangkan esok mereka sudah mahu menghantar Mia pulang ke runah anak yatim dan entah bila pula mereka dapat berjumpa dengan budak nakal itu. Keluarga Farish sebenarnya sama seperti keluarganya yang masih tiada menantu dan cucu. Jadi pastinya ibu bapa Farish teringin untuk bermain dengan budak.

Loceng rumah yang berbunyi menyedarkan Aqish daripada lamunan panjangnya. Dia segera bingkas daripada duduk. Beg bimbit dicapai dan berjalan keluar dari rumah. Dari jauh dapat dilihat Mia yang berada di atas dukungan Farish melambai tangan kepadanya dan lambaian itu Aqish balas bersama senyuman yang mula menguntum.

"Assalamualaikum." Aqish memberi salam.

"Waalaikumussalam." Balas Farish yang juga turut tersenyum.

"Jom." Ajak Farish.

Aqish hanya menurut, belum sempat pintu kereta dibuka, Farish terlebih dahulu membuka pintu kereta itu dengan mengangkatnya ke atas. Maklumlah nama lagi Lamborghini Veneno, kalau cara untuk membuka pintu kereta itu seperti membuka pintu kereta Myvi, bukan lamborghinilah namanya tu kerana selain tahap kelajuan dan reka bentuk kereta lamborghini, cara pintu kereta itu dibuka juga menjadi tarikan orang ramai.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Farish, Aqish segera meloloskan diri ke dalam kereta. Kemudian Farish hulurkan Mia kepada Aqish dan dia mengambil tempat di tempat pemandu. Mujurlah Mia ni kecil sahaja orangnya, kalau tak memang lenguhlah kaki Aqish hendak meriba.

"Papa, Mia nak masuk rumah hantu nanti boleh tak?" Mia memulakan perbualan. Farish di sebelah dipandang.

"Mia berani ke nak masuk rumah hantu?" Soalan berbalas soalan daripada Farish.

"Mestilah berani." Dengan penuh yakinnya Mia membalas.

"Iyalah tu, tengok-tengok Mia nangis nanti." Pipi Mia, Farish cubit geram.

"Mana ada. Mia takkan nangislah. Bolehlah papa. Mia teringin sangat nak masuk rumah hantu. Mia tak pernah masuk." Baju Farish, Mia tarik-tarik. Muka minta simpati dipamerkan kepada lelaki itu bagi memujuk.

"Ok, Mia boleh masuk rumah hantu. Tapi kita pergi makan dulu ye, lepas tu baru kita pergi fun fair." Akhirnya Farish termakan jua pujukan Mia. Baginya biarlah semua keinginan Mia dituruti dan segala permintaan kanak-kanak itu dipenuhi kerana kalau bukan dia dan Aqish yang memenuhi kehendak Mia siapa lagi yang akan berbuat hal sedemikian. Lagipun di Rumah Anak Sri Kasih itu bukan hanya ada seorang dua penghuni, malah seratus lebih, jadi manalah sempat untuk pekerja di rumah anak yatim itu menurutkan semua kehendak kanak-kanak di situ. Mungkin inilah hikmahnya Allah kenalkan dia dan Aqish dengan kanak-kanak periang yang bernama Mia itu. Untuk memenuhi semua kehendak hati Mia dan mencurahkan kasih sayang mereka kepada Mia. Dalam masa yang sama dia juga menjadi semakin rapat dengan Aqish dengan kehadiran Mia. Alhamdulillah. Entah kenapa hidupnya dirasakan seperti sudah lengkap saat bersama dua orang insan yang berada di sebelahnya sekarang. Tetapi lengkap itu tidaklah lengkap sepenuhnya lagi kerana masih ada sesuatu yang perlu dilakukannya.

"Terima kasih papa." Mia mencium lembut pipi Farish dan ciuman Mia, Farish balas dengan mengusap kepala. Yalah, kalau dia turut mencium pipi Mia mahu kemalangan mereka malam itu.

"Cium papa Mia aje? Mama, Mia tak nak cium?" Aqish yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati kini bersuara.

Mia tersenyum, lantas pipi Aqish dicium sayang dan Aqish turut mencium pipi gebu milik Mia.

Ruang BahagiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang