Bab 3

684 23 0
                                    

Memandangkan hari ini masih hujung minggu, selepas bersarapan dengan mummy dan daddynya, Aqish ke taman mini di sayap kiri rumah untuk menyiram pokok bunga dan menghirup udara segar bagi menenangkan fikiran yang agak kusut. Bukan agak, tapi memang kusut dengan kejadian semalam. Sungguh dia trauma. Mujurlah dia tak di apa-apakan. Hanya tangan, leher dan pipinya yang meninggalkan kesan merah-merah akibat cengkaman dan pautan Danish yang kuat. Kurang asam betul dia tu, mummy dengan daddy dia cubit dia pun tak pernah, Danish boleh selamba badak cengkam, paut tengkuk dia macam dia ni anak patung. Ciss!

Pokok-pokok bunga yang berbagai jenis itu disiram dengan memggunakan bekas yang memang disediakan untuk menyiram pokok bunga. Mereka sudah banyak berbakti untuk Aqish. Merekalah yang menjadi penenang hati Aqish saat dia dalam keresahan. Kalau malam-malam dia tak boleh tidur, di sinilah tempat dia lepak seorang diri. Bila dia bosan, pokok-pokok bunga inilah yang selalu mendengar dia bercakap.

Entah kenapa dari semalam lagi fikiran Aqish asyik dihantui dengan kejadian sewaktu berada di dalam kereta Danish. Berani sungguh Danish memperlakukan perkara tersebut kepada dia. Sesedap hati aje Danish nak cium dia, cengkam pipi dan tangan dia, paut tengkuk dia. Memang menyesal betul dulu dia tak belajar taekwondo, silat ataupun karate. Kalau tak memang dah nahas Danish dikerjakannya. Tapi main dengan perkataan 'kalau' ni sampai kiamat pun tak habis kerana perkataan kalau ni ibarat suatu impian yang apabila kita berusaha untuk mendapatkannya, maka kita akan memperolehinya, tetapi jika kita tidak berusaha, maka perkataan kalau itu akan selalu menemani bibir. Mujurlah hero dia datang untuk menyelamatkannya semalam. Dengan kedatangan heronya, Aqish jadi bersemangat balik untuk melepaskan diri daripada Danish dan keluar dari kereta neraka mamat tu walaupun masa tu dia tak tahu pun lagi bahawa heronya itu sebenarnya orang yang dilihat dekat lampu isyarat, yang dia cakap mustahil untuk dia jumpa kali kedua. Alih-alih lelaki tu sebenarnya jiran dia aje.

Haihh. Kenapalah hati aku berbunga riang ni. Wahaii hati, kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta dengan Farish. Kau tak ingat ke semalam baru kau disakitkan, dilunyai, disiat, dikoyak rabak dan dipermainkan. Kau tak ingat ke wahai cik hati? Takkan kau tak reti serik. Aku dah takut nak jatuh cinta. Cukuplah cinta pertama aku dipermainkan dan dikhianati. Cukuplah sekali sahaja. Aku takkan biarkan kau disakiti untuk kali kedua, wahai cik hati. Tak sanggup aku nak menanggung seksa itu lagi. Betapa tergamaknya Danish buat aku macam tu, dia permainkan perasaan aku tanpa belas kasihan. Lepas tu boleh pula dia berpakat dengan family dia untuk mempergunakan aku demi mendapatkan syarikat daddynya dalam kata lain syarikat yang Aqish pegang sekarang. Apa jenis manusialah macam tu, memang tak berhati perut langsung.

Semalam semasa Aqish menceritakan perkara sebenar kepada Tan Sri Hakim dan Puan Sri Rose, dia orang terus angin satu badan, terutama sekali daddynya. Puan Sri Rose pula mengucap panjang. Mereka memang tak sangka yang keluarga Danish sanggup berbuat sedemikian kepada kami. Especially, bila Aqish cerita part yang dalam kereta. Memang meletup terus daddynya. Aqish yang bercerita pun rasa bercampur baur habis perasaannya, nak aje dia tumbuk dinding untuk lepaskan apa yang terbuku di hati. Tapi mujurlah dia tak gila lagi untuk sakitkan diri sendiri hanya kerana mamat tak guna tu.

Semalam Tan Sri Hakim juga ada cakap, hari ni dia akan pergi bersemuka dengan keluarga Danish. Bukan untuk cari gaduh dan memperbesarkan masalah kerana dia seorang yang cukup berfikiran rasional. Jadi tak mungkin untuk dia pergi bergaduh dengan keluarga Danish kerana benda itu hanya akan menjatuhkan reputasinya. Tetapi dia nak jumpa keluarga Danish untuk beri amaran supaya jangan cuba dekati keluarganya lagi, kalau tak dia tak akan teragak-agak untuk mufliskan syarikat Dato Fattah. Tan Sri Hakim memang tak pernah bermain-main dengan kata-katanya. Lagipun benda tu tak mustahil untuk dia buat, kerana dia seorang yang berpengaruh.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now