Bab 5

557 17 4
                                    

Guni-guni beras dan minyak masak yang berbotol-botol itu Farish angkat dan dimasukkan ke dalam kereta milik Tan Sri Hakim dengan dibantu oleh Tan Sri Hakim dan Tan Sri Farraz. Nampaknya hari ini terpaksalah Aqish meminjam kereta Alphard daddynya bagi memuatkan barang-barang yang akan dibawa ke rumah anak yatim. Yalah, takkan nak sumbat barang-barang ni semua dalam kereta lamborghini dia, mahu runtuh kereta tu nanti menangis tak berlagulah dia kerana itulah satu-satunya kereta kesayangan yang Aqish beli dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Aqish, Puan Sri Rose dan Puan Sri Zahra pula hanya membantu mengangkat benda-benda yang ringan seperti gula dan milo yang berpaket-paket itu. Semua barangan itu ialah hasil sumbangan daripada keluarga Aqish dan keluarga Farish. Barang-barang yang lain pula kawan-kawan Aqish yang akan bawakan kerana kami telah membahagikan tugas. Alhamdulillah, banyak sumbangan yang mereka dapat daripada keluarga masing-masing yang menyokong mereka melakukan kerja amal.

Dua hari yang lepas dan semalam, balik sahaja daripada kerja Aqish dan Farish terus ke supermarket untuk membeli barang-barang tersebut secara borong. Penat tu tak payah cakaplah, tapi apa salahnya berkorban ke arah kebaikan. Selagi benda tu tak salah, mereka pun gembira melakukannya. Lagipun mereka memang sudah tidak sabar-sabar lagi ingin pergi ke rumah anak yatim Sri Kasih itu. Aqish pula tak sabar nak tengok kanak-kanak yang comel-comel dan menghiburkan hati. Dia teringin sangat nak bermain dengan kanak-kanak, maklumlah dia tak ada adik, anak saudara pun tak ada, sepupu pun kalau ada semua dah besar-besar. Nak tunggu main dengan anak sendiri? Memang tak tahu bilalah. Entah kahwin entah tidak dia ni. Ehh! Astaghfirullahalazim, apa yang aku cakap ni. Merepek betullah. Adalah tu jodoh aku nanti.

Setelah semua barang dimasukkan ke dalam kereta, Aqish dan Farish bersalaman dengan orang tua mereka. Orang tua mereka tidak dapat turut serta kerana ada hal tersendiri, tapi tak apalah, sekurang-kurangnya mereka dah beri sumbangan. Selepas meminta diri, kereta Farish pandu menuju ke rumah anak yatim Sri Kasih. Aqish pula hanya mendiamkan diri kerana sibuk melayan perasaan.

"Awak janji dengan kawan-kawan awak nak jumpa dekat mana?" Tanya Farish, memulakan perbualan.

"Kitorang janji nak jumpa dekat rumah anak yatim tu." Balas Aqish. Kemudian masing-masing mendiamkan diri.

Farish di sebelah Aqish pandang. Tekun betul dia memandu. Raut wajah Farish, Aqish perhatikan, tampan semestinya. Dengan anak matanya pula yang berwarna biru itu pasti dapat memukau dan mencair leburkan hati mana-mana perempuan. Jadi tak mungkin lelaki disebelahnya itu tidak mempunyai kekasih hati. Tapi kenapa aku tak pernah tengok ye, atau kekasih dia duduk di luar negara? Emmm. Mungkin jugak. Mesti bertuah perempuan yang dapat memiliki hati Farish itu. Haihh . Kenapa pilu pulak ni cik hati. Kau jangan ngada-ngadalah, kan tak pasal-pasal kau sakit pulak. Kalau kau sakit aku tak nak bertanggungjawab ye cik hati. Pandai-pandailah kau jaga diri sendiri kalau sakit. Tapi kalau kau sakit aku pun akan kena tempiasnya, sebab kau duduk dalam badan aku. Tak kisahlah, macam-macam mana pun kau tetap tak boleh nak jatuh cinta dengan sesiapa pun buat masa ni sebab aku belum bersedia. Lagipun aku muda lagi, baru 27 tahun. Emmm... Mudalah jugak. Selagi kulit tak berkedut tu mudalah maksudnya.

"Kenapa pandang saya lama-lama ni? Berkenang ke? Kalau awak berkenang bolehlah jumpa parent saya, hantar rombongan meminang. Saya on aje." Usik Farish bersama tawa di bibir, dalam masa yang sama menyedarkan Aqish daripada lamunannya.

Termalu sendiri Aqish apabila ditegur sedemikian oleh Farish. Yang kau pun satu Aqish, ada ke patut kau usha anak teruna orang lama-lama. Buat malu kaum aje.

"Ishh, merepeklah awak ni." Balas Aqish, pipinya sudah kemerah-merahan akibat menahan malu. Kepalanya pula ditundukkan.

"Habis tu kenapa awak pandang saya lama-lama?" Tanya Farish, senyuman mengusik masih menguntum di bibir.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now