Bab 15

360 4 0
                                    

Langkah kaki diatur untuk keluar dari airport. Farish di sisi yang sedang menolak troli yang terdapat dua bagasi dia atasnya dipandang. Demi menjaga hati daddy akhirnya Aqish sampai juga ke Paris walaupun hati tidak rela. Mana mungkin dia rela untuk ber'honeymoon' bagai dengan Farish. Mujurlah mereka akan menetap di rumah milik daddy, di mana rumah yang selalu dia duduk bila datang ke sini atas urusan syarikat. Rumah itu mempunyai banyak bilik, jadi tak adalah dia terseksa untuk duduk sebilik dengan Farish. Lagipun Farish juga telah berjanji dengannya, untuk menganggap honeymoon ini sebagai holiday trip.

Ada debaran yang memuncak dalam dada Aqish bila kaki mereka melangkah saje di Paris. Dia takut dirinya akan kalah dengan jeritan hatinya yang seakan teringin untuk berbaik dengan Farish. Semakin hari semakin hebat peperangan yang berlaku antara hati dan egonya. Tapi setakat ini dia masih mampu menegakkan ego diri dan meletakkan keinginan hatinya di bawah. Dari hari ke hari dia berusaha menepis perasaan sayang terhadap Farish yang sentiasa menjengah sudut hatinya yang paling dalam. Sedaya upaya cuba ditolak perasaan itu dan diganti dengan perasaan benci. Namun dalam benci juga masih terselit secebis perasaan sayang. Dia sendiri sudah bengang. Apa yang telah dilakukan oleh Farish kepada dirinya sehinggakan dia terpaksa berkahwin dengan lelaki itu tanpa rela juga perlahan-lahan kian menghilang. Dicubanya sehabis mungkin untuk mengembalikan kenangan pahit itu supaya dia boleh terus-terusan membenci Farish, namun dia tidak mampu. Rayuan dan kenangan manis dia bersama Farish bagai mengambil tempat di ruang mata dan di sudut minda.

Semakin dia menjauhkan diri daripada Farish, semakin Farish datang mendekat dan dia juga sekarang sudah tidak mampu untuk menolak seperti sebelum ini. Bila menghadapi sahaja situasi itu dirinya akan kaku bagaikan mayat hidup. Rayuan yang kerap keluar dari mulut Farish sejak kebelakangan ini supaya diberikan peluang kedua juga kian meresap jauh ke dalam sudut hati. Kerisauan kian menujah diri. Risau dia akan berbaik dengan Farish. Mana mungkin dia hendak berbaik dengan Farish seawal ini. Tambahan pula mereka sekarang berada di Paris yang terkenal dengan kota cinta. Bimbang juga cintanya pada Farish kembali berputik di sini.

Tak, tak mungkin semua itu akan berlaku. Aku takkan biarkan. Tak akan! Mana mungkin aku ingin meletakkan diri di dalam zon berisiko untuk dikecewakan untuk kali ketiga. Kali pertama iaitu sewaktu menyukai Danish. Kali kedua sewaktu dia mengikut kata hati untuk mengaku cinta pada Farish. Jadi tak mungkin dia ingin meletakkan diri di dalam zon berisiko dilukai dengan memberikan kembali cintanya kepada Farish. Dia sudah serik dipermainkan dan dikhianati. Dia tidak sanggup lagi menanggungnya.

"Seronok nampak tenung suami sendiri. Saya nampak hensem ke bila duduk dekat Paris ni?" Usik Farish.

Aqish tersentak, lamunan tadi terbang jauh meninggalkan dirinya. Dia kembali ke alam nyata.

"Perasan! Makin nampak macam tong sampah adalah!" Muka meluat Aqish pamerkan.

Dushh! Serangan tepat mengenai mukanya. Haihh, apalah nasib ada isteri tak pandai langsung nak ambik hati suami. Cakap main sedap mulut aje. Langsung tak pandai nak tapis sebelum lontarkan ayat tu. Takde insuran betul mulut isteri aku. Tak boleh dibuat gurau langsung. Susah hidup! Sabor jelah!

"Muka macam tong sampah ni jugaklah suami awak, Puan Aqish woii." Perkataan 'suami' sengaja Farish tekankan.

"Ehh. Suami saya?" Dahi Aqish berkerut.

"Iyalah. Takkan dah tak ingat suami sendiri." Balas Farish.

"Kalau macam tu saya tarik baliklah kata-kata saya tadi."

"Sebab kalau suami saya muka bukan macam tong sampah. Tapi tempat pembuangan sampah." Sambung Aqish lagi. Seronok pula dapat hina suami sendiri ni.

Bibir Farish yang baru sahaja ingin mengukir senyum kembali kendur apabila mendengar sambungan bicara Aqish.

Woo! Kejam gila ayat dia. Ada pula cakap muka aku macam tempat pembuangan sampah. Apalah nasib aku. Ada isteri pun dikutuknya aku ni. Mujurlah hati aku ni bulletproof, takdelah tembus sangat hatinya bila diserang dengan ayat kutuk macam tu. Redho jelah! Asalkan dia gembira.

Ruang BahagiaWhere stories live. Discover now