Jam di tangan Farish pandang sekilas. Dah dekat 30 minit dia menunggu Aqish untuk keluar, namun batang hidung pun tak kelihatan. Ini kalau tidur dah boleh lima kali ni. Inilah perempuan, bila bersiap untuk keluar bukan main lama lagi. Mana taknya, baju, seluar dengan tudung kalau tak matching tak sah! Tudung tu selagi tak betul-betul menjadi selagi tu dia tercegat depan cermin, malah kadang-kadang tudung yang dipakai boleh mempengaruhi mood mereka. Mungkin sebab itulah sekarang sudah ada rekaan tudung yang boleh segera dipakai, tapi nampak gayanya macam tak menjadi sahaja. Kaum perempuan tetap lambat bila bersiap. Yalah, kalau tudung dah cun, benda lain pulak yang tak beres. Make up tak kenalah, apalah. Macam-macam. Perempuan ni sebenarnya lebih cantik tanpa make up. Barulah nampak cantik semulajadi gitu. Lagipun buat apa pakai make up tebal-tebal kalau wuduk jarang menyentuh anggota badan. Wuduklah sebenarnya yang menyerikan muka kita, memberi nur kepada wajah. Lepas tu ditambah dengan senyuman manis yang sentiasa menghiasi bibir. Subhanallah, indahnya. Nama lagi ciptaan Maha Esa, semua ciptaanNya sememangnya cantik dan indah. Kalau ada cacat cela di mana-mana, pada sudut lain Allah anugerahkan kelebihan kerana manusia itu memang diciptakan tidak sempurna dan ketidaksempurnaan setiap manusia berlainan. Supaya bila kita menjalinkan ukhwah kita dapat melengkapkan kekurangan masing-masing dengan kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
"Tadi sibuk ajak orang keluar, bila dah siap boleh pulak dia termenung." Sindir Aqish dalam masa yang sama menerbangkan lamunan Farish.
Farish bingkas dari duduknya di sofa.
"Saya termenung pun sebab terlalu lama menunggu orang bersiap." Wajah Aqish ditatap. Baru dia perasan Aqish ni bukanlah seorang yang suka
ber'make up'. Sewaktu mereka duduk sebilik, barang-barang milik Aqish yang berada di atas meja solek hanyalah bedak bayi, pelembap bibir dan minyak wangi sahaja."Semalam cakap saya yang kuat mengelamun, diri sendiri tak sedar." Bidas Aqish apabila perasan sedang mengelamun.
"Ehh, sorry." Ucap Farish. Malu juga dia, dua kali berturut-turut kantoi mengelamun.
"Dahlah. Jom pergi. Saya pun dah lapar ni." Tanpa menunggu jawapan daripada Farish, Aqish terlebih dahulu melangkah keluar daripada rumah itu.
Farish kemudian menyusuli. Kereta milik Tan Sri Hakim yang sememangnya berada di rumah itu dipandu menuju ke restoran halal yang biasa menjadi tempat mereka makan bila berada di sini.
Usai makan, Farish memandu kereta menuju ke Champs de Elysees.
"Awak pernah pergi Champs de Elysees?" Farish memulakan perbualan sambil matanya masih fokus pada pemanduan.
"Tak. Saya tak pernah teroka lagi Paris walapun dah banyak kali datang. Biasanya saya datang saya hanya akan pergi ke syarikat-syarikat klien saya dan restoran untuk makan. Itu aje." Sedih juga dia sebenarnya bila impiannya untuk datang dan meneroka kota cinta ini dengan suami a.k.a orang yang dicintainya tak kesampaian. Tadi puas dia menolak bila Farish beria-ria mengajaknya untuk keluar jalan-jalan. Tapi bila dia fikirkan balik, alang-alang impiannya memang tidak akan kesampaian jadi baik dia ikutkan sajalah Farish daripada dia mensia-siakan waktunya di Paris seperti sebelum ini. Biarlah impiannya yang satu itu terkubur. Memanglah Farish suaminya, tapi bukan orang yang dicintainya lagi. Dah dahlah tu Aqish menafikan perasaan sendiri, menyesal tak sudah nanti. Sindir hatinya sendiri.
Tapi macam mana dengan apa yang telah dia buat pada aku? Dia khianati aku, dia permainkan perasaan aku. Egonya mempersoalkan.
Benda dah lepas Aqish, kau benci macam mana pun dia, kau tetap tak boleh lari daripada status isteri kepada Farish yang kau pegang. Lagipun perasaan benci itu hanya akan menghancurkan diri sendiri. Rendahkanlah ego kau. Takdenya kau hilang hidung kalau kau rendahkan ego. Balas cik hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Ruang Bahagia
CasualePertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula menimbulkan perasaan aneh dalam diri Aqish Natasha Tan Sri Hakim. Tetapi pantas dipujuk hati supaya serik dengan apa yang baru beberapa min...