bab 1

44.2K 1.1K 22
                                    


Bunyi burung berkicauan menenangkan dan menceriakan suasana kampung.. Mya Umairah berjalan untuk mencari sarapan untuk keluarganya..

Jam 7 pagi Mya Umairah keluar dari rumah. "Bangun pagi-pagi siram pokok bunga, pokok bunga melur, tanam tepi pantai.... cik baba jatuh dalam parit.. cik aminah ketawa jerit-jerit. Naik kereta api sampai kuala lumpur.. nampak bini cantik, terselit bawah dapur.." Mya menyanyi sekuat hati di tepi jalan.

Sambil berjalan sambil tu menyanyi.. apabila sampai di warung Pak Mat Hitam, Mya terus memesan makanan untuk bawa balik rumah.

"Pak Mat.. nasi lemak 4 bungkus!!!" Jerit Mya. Orang kampung sudah biasa dengan Mya. Jerit sana, jerit sini.. itu mesti Mya.

"Tipah.. kau tengok tu anak si Idah tu.. kasar betul perwatakan dia. Nama dah cantik, tapi... sikap dia tu macam lelaki. Kalau anak aku macam tu, dah lama aku marah dia." Kata Bedah kepada kawannya yang bernama Tipah.

Mya hanya buat tidak tahu saja. Almaklumlah.. Dia sudah lali dengan kata-kata pedas, sindiran orang-orang kampung yang bermulut laser.. "Pak Mat.. boleh tak cepat sikit. Mya rasa panas dekat sini... banyak orang bergosip.." Perli Mya.

Dia banyak bersabar dalam hal ni. Ada masanya had kesabaran dia akan menipis. Mya hanya ingat pesan ibunya.. Bersabar itu adalah separuh daripada iman. "Nah, jalan hati-hati, ya nak. Jangan kamu ambil hati sangat dengan mereka ni. Maklumlah, mulut tidak boleh nak diam.. ada je nak cakap itu ini." Mya menyokong Pak Mat. Yey! Kita ada geng. Thanks Pak Mat.

"Mya balik dulu Pak Mat." Mya minta pamitan dahulu. Mereka berdua mencebik bibir. "Mat! Kau ni kenapa baik sangat dengan budak tu." Bedah mula meracuni meracuni fikiran Pak Mat.

"Sudah lah bedah. Daripada kau bergosip, tambahkan dosa. Baik kau balik. Jaga suami dengan anak kau. Jangan nak sibuk hal orang." Kata-kata Pak Mat membuatkan bedah tertunduk kepala. 'Memang patut perempuan itu dah meracuni fikiran Pak Mat. Aku kena bagi tahu orang kampung ni.' Hatinya berkata begitu.

Mya masuk ke dalam rumah kayu yang agak usang, tapi masih boleh di masuki orang. "Ibu, Mya dah balik..." Jerit Mya. Puan Idah mencubit pipi anak daranya. Mya mengerang kesakitan.

"Ibu!!! Sakit lah. Habis kendur pipi Mya.." Mya mengerutkan dahinya. Pipi gebunya di sosok perlahan-lahan. "Berapa kali ibu dah pesan? Jangan suka jerit-jerit. Orang dekat rumah ni tak pekak lagi. Geram betul." Puan Idah pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk anak-anaknya.

Mya meletakkan bungkusan nasi lemak di atas meja. Dia naik atas. Nampaknya adik-adik nya masih belum bangun lagi. Dia masuk ke dalam bilik adik nya. Mya duduk di birai katil untuk melihat adik-adik nya.

Kepala adik nya di usap perlahan. "Angah.. Bangun sarapan." Maya membuka matanya apabila kakak sulungnya mengusap kepalanya.

"Bangunkan adik-adik.. Kak Mya nak siram pokok." Mya meninggalkan Angah yang masih lagi mamai.

Maya tersenyum.. walaupun kakaknya agak kasar, tapi hatinya lembut. Dia banyak mengambil berat tentang adik-adiknya. Dalam masa yang sama dia bersyukur mempunyai kakak seperti itu.
Maya menolong ibunya mengemas rumah. Mya pula siram pokok, tanam pokok. Kamal pula menyapu daun-daun yang kering di halaman rumah. Mya gembira, nampaknya adik-adik nya dah mula meringankan tulang.

"Mya!!! Meh lah duduk dulu dekat sini. Panas ni." Puan Idah memanggil Mya untuk berehat di pangkin. Mya hanya menurut. Memang panas pon, tapi Mya tidak mengeluh penat. Dia tahu pengorbanan seorang Ibu lagi besar dan memenatkan.

"Kak Mya.. Maya nak kerja boleh tak?" Tanya Maya. Maya baru berumur 18 tahun. Baru saja menamatkan peperiksaan terbesar, SPM. Kamal pula baru saja tingkatan 4. Mya pula baru menamatkan pelajaran dan mendapat ijazah. Tapi tak ke mana pun dengan mendapat ijazah. Mya masih tiada niat untuk mencari kerja.

Dia mahu meluangkan masa sepenuhnya kepada keluarganya. Sejak ayahnya meninggal, Mya berazam akan jadi tulang belakang mereka. Dia tidak mahu menambahkan beban Ibunya.

"Boleh.. tapi kena bagi tahu ibu kalau nak kerja." Mya meneguk air dengan rakus.. Ah!!! Segar betul air ni.

Maya mencebik. "Kalau ibu tak kasi macam mana? Maya takut nak bagi tahu ibu." Dia tahu adiknya takut untuk berterus-terang dengan ibunya.

"Mana lah kakak tahu. Angah yang nak sangat kerja.. cakaplah sendiri. Hahaha." Mya gelak jahat. Kamal sudah ketawa melihat wajah kakaknya yang menakutkan tapi kelakar baginya. Mya meninggalkan adik di pangkin.

Kedengaran Angah menjerit memanggil namanya. Mya senyum, siapa suruh bagi tahu.. Mya takkan tolong Angah kalau hal-hal macam ni. Biarlah sendiri yang uruskan. Sekurang-kurangnya biarlah Angah berdikari sikit.

Malam itu Mya sedang melipat baju. Kedengaran handphone milik Mya berbunyi. "Assalamualaikum.. ye saya Mya Umairah. Puan siapa?" Tanya Mya. "Cik Mya, saya dari butik FZ nak melaporkan yang cik Mya ni akan di terima bekerja. Mulai lusa, boleh cik Mya datang ke butik kami?" Mya sedikit tergamam. Bekerja? Alhamdulillah, Ya Allah.

Akhirnya dia boleh menyara keluarganya sendiri. Dengan hasil titik peluh dia, mesti ibu bangga. Ibu!!!

Hai readers... harap korang suka cerita ni. Permulaan memang bosan. Tapi conflict mesti best.

Jangan lupa tinggalkan vote and comment anda. Terima kasih

Kekasih Part TimeWhere stories live. Discover now