bab 11

15.8K 616 12
                                    

Hari ni Mya terpaksa pergi ke pejabat Zafri. Geram sungguh dengan sikap Gila Kuasa dia tu. Ingat orang kaya boleh suruh orang sana sini ke? Mya melihat alamat yang diberikan oleh Zafri. Betul ke alamat ni?

Telefon nya dikeluarkan lalu nama Zafri di dail. Lama... "Ish, tak angkat pula. Geram betul! Tadi beria-ia suruh aku datang sini.. kalau aku jumpa dia siap aku kenakan." Mya masuk ke dalam pejabat yang tinggi.

"Maafkan saya.. boleh saya jumpa dengan encik Zafri iskandar?" Mya tanya kepada perempuan yang duduk di meja. Mungkin ini penyambut tetamu.

Amy tersenyum manis. "Cik ada buat appointment dengan bos ke?" Mya menggeleng kepala. Dia yang suruh aku datang sini, nak kena buat appointment dengan dia ke?

"Tapi dia yang suruh datang sini. Kenapa pula saya kena buat appointment? Panggil dia turun sekarang. Ni yang aku marah ni." Mya sudah hilang sabar. Dari jauh datang ke petaling jaya. Jauh tu KL dengan petaling jaya. Nak tercabut kaki mya, dari tadi asyik berjalan.

"Kejap ye. Hello, bos.. ada seorang perempuan datang nak jumpa bos. Katanya bos yang suruh datang sini?.... hmmm... ye, baik lah." Amy menekan interkom.

Mya menjeling, geram! "Cik, bos nak jumpa cik dekat tingkat 34. Silakan." Mya terus pergi tanpa mengucapkan terima kasih pada penyambut tetamu tu. Dia perlu serang Zafri. Hatinya sudah panas membara.

Puan Idah pergi ke pasar tani hendak membeli bahan untuk masak tengahari nanti. Kebiasaanya, anak sulung nya yang akan pergi pasar membeli bahan untuk masak, tapi puan Idah pula yang pergi ke pasar kerana anaknya ke Kuala Lumpur.

"Hai Idah, mana anak kesayangan kau? Selalunya dia yang pergi ke pasar. Takkan dah malas kot" Sindir Bedah. Puan Idah hanya memekakkan telinganya aja. Malas nak layan si bedah yang mulut tempayan itu.

"Tengok tu, bila orang tanya diam.. sama je anak dengan Mak. Mana tak nya anak dia tu kan tak laku dekat kampung ni. Apa orang bandar kata... tomboy sangat. Iya tak?" Lancang saja mulut bedah mengata Mya. Puan Idah hanya menahan air mata daripada mengalir keluar.

"Kau ni pun bedah, mulut hang lancang sangat. Bawak istighfar. Anak dengan suami hang tu jaga baik-baik. Jangan jaga tepi kain orang. Anak sendiri pun tak terjaga. Tu hah, si Mira.. jadi apa dekat anak hang? Tiba-tiba ja kawin." Pak dollah memulangkan paku yang keras. Puas hatinya..

Bedah diam. Dia tidak ada modal untuk membalas kata-kata pak dollah. "Diam lah. Sibuk je nak tahu. Dah la, aku nak balik." Puan Idah tersenyum, ada juga yang membela dirinya dan keluarga daripada mulut lancang itu.

"Terima kasih dollah. Aku pun tak tahu macam mana nak balas kata-kata si bedah tu. Nak marah, nanti jadi lain pula. Aku nak beli kangkung 2 ikat." Dia perlu bersedia menghadapi dugaan orang kampung yang bermulut lancang. Puan Idah balik ke rumahnya apabila bahan untuk di masak sudah di beli.


Pintu bilik Zafri di sergah tiba-tiba. Mya sudah terpacak di depan meja Zafri. Tangannya di ketuk di meja Zafri. "Kau nak apa suruh aku datang ni? Tak boleh ke kau je datang butik Fairuz?" Marah Mya. Senang-senang je nak suruh ke sini. Nasib baik dia tidak sesat.

Zafri mendongakkan kepalanya, dia dapat mengerti raut wajah Mya yang sedang marah. Nampak comel. "Marah ke? Aku tengah banyak kerja ni. Tak sempat datang butik Fairuz." Zafri menggalakan kaca matanya. Banyak kerja yang bertimbun sejak papa nya pergi outstation selama 2 minggu ni. Semua kerja papa, Zafri terpaksa memikul tanggungjawab demi syarikat ini.

Mya mendengus kasar. "Marah la, penat aku berjalan sana sini. Asal nak jumpa aku? Aku busy lah." Malas nak bercakap dengan mamat playboy ni.

"Kalau ye pun duduk lah dulu. Salam pun tak bagi, main sergah je. Kau ingat ni bapak kau punya?" Zafri meneruskan kerjanya.

Mya duduk di depan Zafri yang khusyuk menyiapkan kerjanya. Lama-lama Mya menjadi kebosanan di bilik Zafri, tak ada apa yang menarik perhatiannya. Dia bangun daripada tempat duduk nya.

Setiap sudut bilik Zafri, Mya sentuh. Ruang yang luas membuatkan Mya senang untuk bergerak sana sini. Ada frame yang terletak di atas meja bersebelahan dengan meja Zafri.

Gambar Zafri dan adik bongsunya yang sedang bermain salji. Mya tersenyum, mungkin di luar negara. Tak mungkin di malaysia ada salji. Seronoknya main salji, teringin juga nak main salji, biasanya dapat lihat di televisyen saja.

Zafri memandang Mya yang sedang melihat frame miliknya. "Woi, apa kau buat? Sini! Aku tak suruh kau sentuh kan?" Marah Zafri. Tapi bukan marah pun, Zafri sengaja nak menaikkan amarah perempuan itu

Mya mencebik bibir. Eleh, sentuh pun nak marah. Kedekut taik idung masin betul dia ni. Mya kembali duduk di depan Zafri.

Zafri meletakkan fail di depan Mya. "Baca, dan turunkan tanda tangan kau." Arah Zafri. Mya mengerutkan dahinya, tandatangan? Nak buat apa?

Dia menarik fail itu lalu di buka luas. Setiap perkataan Mya baca dengan teliti. Syarat-syarat dan peraturan kekasih part time? What? Merepek apa mamat gila ni? Mya mencampakkan fail itu dengan kasar.

"Ini tak adil. Kenapa aku kena ikut syarat-syarat mengarut kau tu? Kau ingat aku barang ke? No way! It's not fair!" Mya tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang di buat oleh Zafri.

"Kau dah janji nak tolong aku kan?" Zafri sudah mula mengungkit-ungkit. Mya mendengus kasar. Mengungkit pula mamat ni. Bila tengok perjanjian yang di buat oleh Zafri amat lah merepek, dia tak boleh ikut sangat kehendak mamat ni. Bahaya!

Mya terpaksa menurunkan tandatangannya. Terpaksa okey, bukan niat ikhlas nak menolong mamat ni. Tak hingin pon. "Puas hati kau?" Zafri tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Mya melihat lesung pipi Zafri. Boleh pula senyum sampai nampak lesung pipit. Pelik betul mamat gila ni. Sekejap okey, sekejap tak okey, sikit-sikit nak marah. "Kenapa kena buat benda alah ni? Menyusahkan tahu tak?"

Zafri senyum lagi, kali ni lebih manis. "First, kau kena ikut perjanjian yang aku buat." Zafri bangun daripada tempat duduk nya dan pergi mendekati Mya. "Second, kalau tak kau tak pegang janji kau, so, aku buat lah perjanjian." Zafri mendekatkan wajah dengan wajah Mya yang diam membisu. "Third, kalau kau tak ikut, kau akan tahu nanti. Arraso?" Kali ni mereka sangat dekat, kalau Mya bergerak wajah mereka akan bertemu. Dia tiada pilihan lain selain memandang wajah Zafri yang sangat hampir dengannya.

"Nae, Arraso. Hurmmm.... boleh tak kau tepi sikit. Nafas kau berbau lah." Bohong Mya, ini satu-satunya untuk dia melepaskan diri daripada mamat gila tu.

Zafri mengerutkan dahinya. Nafas aku berbau? Dia pergi ke tandas untuk berkumur-kumur. "Hey, sini. Jom lunch, kau belanja." Mya mencebik.

Aku belanja? Tak adil betul. Mya mencepatkan jalannya. Malas nak tunggu Zafri yang masih dengan nafas baunya. Percaya sangat dengan katanya, kan dah lambat.

Ahhh! Jeogmal Mianhae... (saya betul-betul minta maaf)

Lambat update, gwenchana.. saya buat double update. Reader boleh baca. I will try the best for my readers.

Please leave your vote and comment before going next page. Thanks you. ;)

Kekasih Part TimeWhere stories live. Discover now