part 28

15.7K 518 6
                                    

Hari resepsi bakal berlangsung tak lama lagi. Tinggal beberapa jam lagi, pasangan pengantin itu akan bersanding. Mya yang sedang duduk termenung apabila jurusolek itu sedang menyolek nya. "Chris, You rasa I ni layak ke dengan Zafri?" Tiba-tiba saja nya berkata begitu. Entah kenapa dia merasa begitu.

Chris si jurusolek itu mengerutkan dahinya. "Kenapa You cakap macam tu? I tengok You dengan Zafri sangat sesuai. Macam pinang dibelah dua." Pujian yang melambung membuatkan nya tersenyum nipis. Terima kasih Chris.

Pintu bilik di buka oleh Alfi. "Hey pengantin lama, baru nak bersanding ke?" Perli Alfi. Mya menjeling. Perli nampak? "So, macam mana? Dengan plan kita? Nak teruskan?" Alfi duduk di hadapan Mya yang masih disolekkan.

Mya menggeleng kepalanya perlahan. "Saya takut Zafri akan benci saya kalau saya buat macam tu nanti." Alfi mengeluh. Kalau itu yang Mya nak, dia tak boleh halang. Mungkin Alfi akan mengeruhkan lagi keadaan rumah tangga kawan baiknya.

Saya tak nak paksa Mya kalau Mya tak mampu lakukan itu. Saya faham. Okey, selamat bersanding. Saya nampak lelaki awak sangat handsome malam ni." Sempat lagi Alfi memberikan senyuman yang manis kepada Mya.

Chris mencuit bahu Mya. "Handsome betul mamat tadi. Jealous pula I tengok You di kelilingi oleh jejaka tampan." Puji Chris. Mya mencebik.

*************

Mya membelek baju pengantin nya yang sudah melekat pada tubuhnya. Tak nampak ketat sangat ke? Aish! Ni yang aku tak suka ni. Baju pengantin ni ketat sangat lah. Zafri pilih betul ke tak? Pintu bilik di buka. Kelihatan Maya dan Erina masuk ke bilik pengantin.

"Hey kak. Selamat pengantin baru. Maya sedih, sebab tak lama lagi akak akan pindah ke rumah. Duduk dengan abang Zaf." Maya memeluk erat kakak nya. Mya mengusap bahu adik nya. Sebenarnya dia tahan nangis, takut make up rosak gara-gara air mata ni. Kesian Chris, buat penat ke dia make up aku.

"Jangan lah nangis. Akak sengsara tau tahan nangis ni." Mya membuat jenaka di malam hari. Saja nak menceriakan mood suasana sekelilingnya. Erina dan Maya tertawa.

Erina memeluk erat kakak iparnya. "Jaga abang Zaf betul-betul tau. Akak pikat je abang Zaf, In Sha Allah abang Zaf akan cair tengok akak. Jangan lupa kasi anak buah dekat Rina. Hehehe." Erina bergurau. Walhal itu betul.

Mya membulatkan matanya. Gatal betul adik iparnya. Kalau dia kahwin mesti gatal dengan suami nya. Hahaha. Apa yang aku merepek ni? "Mya, pengantin lelaki dah siap. Cepat. Mya kena tunggu dekat pintu dewan." Kata Datin Eilza. Perbualan mereka terputus apabila Datin Eilza datang.

__________

Mya sudah menunggu di pintu dewan seperti yang di janjikan oleh Datin Eilza. Majlis resepsi ini bertemakan konsep Ala Inggeris. Di mana pihak pengantin perempuan perlu dipimpin oleh ayah atau ibu nya dan menuju ke arah pengantin lelaki yang sedang menuggu di pelamin. Macam itu lah agak nya, aku main teka je. Tak tahu betul ke tidak.

Datin Eilza memaut lengan Mya. "Umi akan ganti ibu Mya. Mya harap Mya sudi untuk terima umi sebagai pengganti ibu nya." Sebak saja Mya dengar kata-kata ibu mertua nya. Kenapa hari banyak menyedihkan hah? Tadi Maya buat aku nangis, sekarang ni nak mertua aku pula.

Mya mengangguk perlahan. Cuba untuk menahan air mata yang sudah bertakung di mata. "Shhh! Pengantin mana boleh boleh menangis. Hari ni hari paling bererti buat kamu. Jadi kena lah senyum." Pujuk Datin Eilza. Mya tersenyum manis.

Mereka mula memasuki dewan yang sangat besar, dimana pelamin pengantin di atas pentas dihiasi dengan bunga-bunga yang Mya suka. Tetamu-tetamu memandang Mya yang sedang berjalan dangan Datin Eilza. Sempat lagi nya mendengar pujian orang yang hadir. Mya sedikit lega mendengar kata-kata positif mengenai dirinya. Setidaknya Mya tak mahu mendengar kata-kata negetif. Dia cukup sensitif.

Alfi berbisik kepada Zafri yang sedang bersembang dengan Aiman. "Bro, she is coming. She so beautiful dan cute adorable." Pujian Alfi membuatkan Zafri rasa cemburu. Adakah Alfi mempunyai hubungan dengan isterinya?

Zafri memandang Mya yang sedang menuju ke sini. Jantungnya berdegup pantas apabila melihat isterinya sangat cantik malam ni. Iman nya sedikit tergugat...

Fairuz tersenyum manis di atas pentas dimana Fairuz menjadi pengapit Mya, dan Alfi menjadi pengapit Zafri. Mya menghembuskan nafasnya apabila dia sudah tiba di atas pelamin. Kini Mya bertukar tangan dan memegang tangan Zafri.

Sejuk betul tangannya. Macam mayat hidup pun ada. "Sejuk nya tangan awak. Nevours ke? Bisik Zafri. Mya hanya mengangguk.

Mereka duduk di pelamin. Rasa sedikit sebak apabila Mya teringatkan ibu nya yang sudah meninggal. Ibu nya teringin melihatnya naik pelamin. 'Ibu, Mya mulai saat ini Mya janji akan laksanakan tugas Mya sebagai seorang isteri yang solehah.' Kata Mya di dalam hati. Dia melihat wajah suaminya yang berseri-seri. Semoga kebahagian ini kekal sehingga ke syurga.

*********

Hari ni hari yang sungguh penat buat mereka berdua. Mya naik ke bilik oleh kerana tetamu sudah pun beransur pulang ke rumah. Zafri? Dia masih lagi bersembang dengan kawan-kawan nya. Katanya tak puas lagi bersembang sebab jarang jumpa. Mya pun mengiakan saja. Lantak kau lah. Aku dah penat sangat ni.

Zafri masuk ke dalam bilik apabila kawan-kawannya sudah pulang. Pintu bilik dibuka luas. Kelihatan Mya sedang tidur di atas katil dengan baju pengantin nya yang masih lagi melekat pada badannya.

Perlahan-lahan Zafri mendekati isterinya yang sedang tidur. Nampak comel. Imannya sedikit tergugat apabila melihat leher Mya yang putih melepak. Dia mendekatkan wajahnya dengan isterinya. Buat kali ketiga Zafri mencium dahi isterinya dengan penuh syahdu.

Mya dapat merasakan dahinya di sentuh oleh seseorang. Cepat-cepat dia membuka matanya. Zafri? Dia cium dahi aku? Mya menundukkan kepalanya sedikit. "Awak dah bangun ke?" Kata Zafri. Dia tahu kalau isterinya malu mesti akan tundukkan mukanya. Zafri memegang dagu isterinya lalu di donggak kan menghadap wajah nya. "Are you shy? You're cheek is red." Kata Zafri dengan penuh romantik. Jantung Mya berdegup kencang melihat wajah Zafri yang handsome hari ni.

Pipi Zafri diusap lembut oleh Mya. Zafri sedikit tergamam melihat tindak balas isterinya. "Jeogmal sarangheyo. Aishiteru. Don't leave me." Ucap Mya dengan suara yang perlahan tapi dapat didengari oleh Zafri.

Pipi Mya menjadi sasaran Zafri buat kali ni. Dia geram melihat wajah isterinya yang comel ni. Mya terkedu. "Today you look so beautiful like angle. You're my angle. You're my everything in my life." Ayat yang membuatkan hati Mya kembang seperti bunga yang mekar.

Mya tersenyum nipis. "Saya nak mandi." Tiba-tiba Mya memotong line saat suasana romantik ni. "Jom, saya pun ank mandi juga. Boleh la awak tolong gosokkan belakang badan saya." Kata Zafri dengan sengihan yang penuh makna.

"Yaahh! Gatal lah awak ni. Pergi sana, tak payah nak sibuk. Baru sekarang nak mandi." Marah Mya. Marah bukan marah sangat, sekadar marah manja gitu. Zafri senyum manis. Tak sangka perempuan yang dia upah menjadi kekasih part time itu telah menjadi isterinya. Dia memanjatkan kesyukuran ke atas Ilahi kerana dipertemukan Mya Umairah sebagai teman seumur hidupnya. Semoga rumah tangga yang terbina ini kekal selamanya. Amin...

Hey gaiss, sorry coz dah lama.rak update cerita ni. Busy melampau.

Btw jangan lupa tinggalkan vote korang semua. Kalau nak comment pun tak apa. Kasi idea sikit, tolong author buat cerita ni. Huahaha

Kekasih Part TimeWhere stories live. Discover now