Pagi-pagi lagi Mya sudah membuka butik. Fairuz pergi outstation untuk ke kursus. Jadinya Mya akan menjaga butik ini dalam masa 5 hari. Ah!!! Bosan tanpa kawan baik nya. Selalunya Fairuz akan menjangka dia sarapan dulu baru melakukan kerja. Tetapi hari ni Mya rasa tidak selera ingin mengisi perutnya.
Telefon berdering. Lambat-lambat Mya menjawab telefon. "Assalamulaikum, iya.. Aku kebosanan dekat butik ni. Kau tak de nak hiburkan hati aku." Walaupun baru beberapa jam Fairuz pergi, Mya tetap akan rindu kawan baiknya.
"Ala, relax ah! Aku baru je pergi beberapa jam yang lalu. Ni dah breakfast Blom? Nanti perut masuk angin." Mya jadi terharu pula, kawannya banyak mengambil berat tentangnya.
"Hmmm, aku kejap lagi breakfast. Apa hal kau telefon aku? Rindu juga eh?" Baru Mya menanyakan tujuan Fairuz menelefonnya.
"Ni hah? Datin call aku. Aku cakap dekat dia ada pekerja baru yang handle butik tu. So.... bila datin datang butik tu, kau layan dia baik-baik tau. Datin tu pelanggan tetap aku. Apa yang datin nak... kau ikut je. Okey? Bye." Belum apa-apa lagi Fairuz sudah memutuskan talian.
Mya mendengus kasar. "Aku belum sempat nak tanya, dia dah matikan awal-awal. Bertuah punya kawan." Mya membebel sendirian.
Stor di belakang di masuki oleh Mya. Mengira stok bukan lah kerja dia, tapi demi kawan baik... dia sanggup mengira stok walaupun tak berapa faham sangat. Kemudian Mya mengemop lantai, mengemas barang. Melukis baju...
Dia menilik jam tangannya, jam menunjukkan pukul 10 pagi. Perutnya tiba-tiba berbunyi... Mya mengusap perutnya. "Sabar ye perut. Aku tak ada selera nak makan. Kejap lah ada coustmer datang. Sabar ye?" Mya bercakap sendiri. Apabila datin itu sudah pergi, baru dia akan mengisi perutnya.
Kedengaran pintu butik FZ di buka. Mya menjadi gementar tiba-tiba pula. Dia belum pernah lihat rupa datin itu seperti apa? Garang dan menakutkan ke? Peramah dan periang ke? Perasaan Mya sudah bercampur baur. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik kerjanya.
"Selamat datang ke butik FZ." Mya memulakan perbualan apabila datin itu sedang membelek-belek baju. Mya sedikit kekok apabila bertemu dengan golongan bangsawan.
Datin Eilza memandang perempuan di depannya. 'Inikah yang dikatakan oleh Fairuz. Pekerja baru? Hmmm... cantik, muka nampak lemah-lembut. Sejuk hati ibu, mengandungkan dia.' Puji Datin Eilza.
Kepalanya di tundukkan, malu kerana datin asyik memandangnya. 'Ada aku hati salah ke?' Mya menggigit bibirnya.
"So... awak lah pekerja baru? Baru saya nampak awak. Fairuz yang cakap dekat saya. Nama awak siapa?" Ramah Datin Eilza. Mya hanya mampu tersenyum.
"Aaaa... Nama saya Mya Umairah. Datin nak apa-apa?" Tanya Mya. Datin Eilza menggeleng. Cantik nama dia. Mya Umairah, secantik orangnya.
Mya mengerutkan dahi. 'Kalau tak nak apa-apa, kenapa datin datang sini?' Gumam Mya.
Datin Eilza mengeluh. "Saya datang sini saja je. Nak tenangkan fikiran. Anak teruna saya buat hal lagi... banyak kali saya nasihat dia jangan malukan saya dengan suami saya. Dia degil!" Datin Eilza meluahkan rasa sakit hati nya pada Mya. Mya hanya menjadi pendengar setia Datin Eilza.
"Akhirnya, saya mengambil kata putus nak jodohkan anak saya.. tapi saya masih belum ada calon.. saya dah penat dengar omongan dari pihak sana, pihak sini. Saya perlakukan telinga saja." Perlahan-lah Mya mengusap belakang datin dengan niat untuk menenangkan datin.
"Datin, sabar lah. Kadang-kadang kesalahan anak itu berpunca dari ibubapa sendiri, terlalu memanjakan anak sampai anak itu jadi keras kepala. Saya tak salahkan datin kerana mendidik anak seperti itu. Tapi saya yakin, datin mampu mengubah perangai anak datin. Banyakkan berdoa dengan Allah, hanya Allah yang mampu memakbulkan doa kita." Panjang lebar nasihat Mya kepada Datin. Dia tidak berniat mencampuri urusan keluarga datin, tapi itu apa yang dia katakan itu adalah benar. Dia tidak nafikan semua itu.
Datin Eilza senyum kelat. "Mungkin salah saya kerana terlalu maka dia sampai dia degil. Awak betul, saya dah lama tak berdoa kepada Allah. Terima kasih Mya." Datin Eilza memeluk Mya. Mya terkedu.
Pelukan seorang ibu, tiba-tiba Mya teringat akan ibunya di kampung. Ibu!!!
Setelah Datin meminta diri untuk pulang, barulah Mya akan keluar makan. Dah masuk waktu makan tengahari. Perutnya semakin perit. Bila berbual dengan datin, perutnya tak pula meragam. Mya mengunci pintu sebelum keluar.
"Assalamualaikum...." Suara garau itu dapat didengari oleh Mya. Mungkin coustmer yang baru sampai. Dengan perlahan Mya menoleh ke belakang.
"Mak kau!!!" Mya melatah. Dadanya di urut. Bukan apa, lelaki itu hanya di belakangnya dan sangat dekat dengannya. "Ish! Kau nak apa? Tak boleh ke bagi salam dulu." Marah Mya.
Zafri mengerutkan dahi. "Bukan ke aku dah bagi salam? Kau je tak nak jawab salam." Ambik kau Mya... Marah tak tentu hala lagi. Kan dah kena malu.
"Hmmm.. Waalaikumussalam. Kau nak apa? Sibuk jelah. Aku buat ni." Mya cepat-cepat mengunci pintu.
Zafri menilik jam tangannya. "Lunch hour.. jom lunch, aku belanja. Takkan buat masa lunch kot." Mya menggigit bibirnya. Dah tak ada idea nak bagi sebab pada lelaki ini.
Perut Mya berbunyi kuat sehingga dapat didengari oleh Zafri. Zafri sudah senyum sinis. "Jual mahal ke? Perut tu yang meronta-ronta minta diisi, kau pula yang keras kepala. Tak nak sudah." Zafri ingin pergi tetapi Mya menghalang.
"Yelah, aku ikut. Tapi ni yang pertama dan yang terakhir aku keluar dengan kau." Mya menjeling mata dengan Zafri.
Zafri senyum. 'Termakan juga dengan kata-kata aku. Perempuan ni boleh tahan kasar bila bercakap.' Seperti ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran Zafri.
Hai readers, amacam? Best tak? Saya perah otak sampai kering untuk reader semua.
Jangan lupa tinggalkan vote dan comment anda semua sebelum beralih ke halaman yang lain. Terima kasih. ;)
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...