Lampu bilik menjadi terang-benderang apabila Mya menghidupkan suis lampu. Dia melihat jam dinding sudah menunjukkan pukul 6.30 minit pagi.
Kedengaran Zafri merungut. "Asal on lampu? Saya nak tidur lah." Zafri menarik comfoter sehingga menutup seluruh badannya.
Mya menjeling. Ceh, dasar suami pemalas. Dia pergi ke katil untuk mengejutkan suaminya untuk mendirikan solat subuh. Perlahan-lahan tangan Mya menyentuh comfoter milik Zafri. Mana muka, mana badan, Mya pun tidak pasti, asal kejutkan si Zafri sudah.
"Hoi! Bangun lah! Solat subuh jom. Bangunlah, kau jadi imam, cepat!" Mya menggoncangkan badan Zafri dengan kuat. Masih lagi tiada respon daripada Zafri. Ini tak boleh jadi.. Mya mendapat idea untuk mengenakan Zafri.
Comfoter yang tebal di tarik perlahan oleh Mya. Jelas wajah Zafri ketika tidur, seperti budak berusia 4 tahun. Comel! Kepala Mya menggeleng. 'Uish, Mya. Kau dah angau ke dengan dia? Tak!' Cepat-cepat Mya mengusir perasaan itu yang hadir tidak dijemput.
Tangan Mya ringan saja mengusik hidung dan telinga Zafri. Itu saja cara nak bangunkan suaminya daripada tidur. Kalau nak simbah dengan air, kena tukar cadar. Zafri mengerutkan dahinya.
Tangannya mula merayap pada pipi Zafri. "Bangun lah, dah nak habis subuh. Jom lah solat!" Lembut saja suara Mya. Entah kenapa dia suka melihat Zafri tidur, selama ni dia tidak perasan suaminya mempunyai daya tarikan ketika tidur.
"Nak cium tu cium lah, tak payah nak usap-usap je." Suara Zafri tiba-tiba muncul. Mya terkejut, ingatkan masih tidur.
Zafri membuka matanya. Dia bangun dan menghadap Mya. "Saya ada satu permintaan dekat awak. Just it simple. Awak pasti akan tunaikan punya." Zafri mengenyitkan matanya dan senyuman yang menggoda.
"Apa dia? Aku malas nak tunggu, just straight to the point." Mya hanya beriak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan sikapnya yang lemah didepan lelaki.
Zafri menggeleng kepala nya. "Saya nak awak tukar cara panggilan kau, aku tu kepada saya, awak. Hmmm, lagi bagus, abang, sayang. Baru sweet." Mya membulatkan matanya. Erk! Aku rasa dia ada penyakit, tiba-tiba je nak bersaya awak ni. Lagi tak tahan bersayang, abang bagai. Eee, geli lah.
Mya menggeleng kepala. "Tak nak. Okey apa "aku kau" aku geli lah nak bersaya awak." Bantah Mya. Melihat saja reaksi Mya, Zafri sakit hati.
Idea timbul secara tiba-tiba untuk mengenakan Mya. Zafri mendekatkan badannya ke arah Mya yang sudah mengerutkan dahinya. "Ouh, tak nak panggil saya awak. Geli nak panggil? Ke nak saya cium baru awak nak tukar panggilan?" Suara goda Zafri sudah muncul membuatkan Mya cair.
Muka Mya sudah cuak apabila jarak antara mereka sangatlah dekat sehingga Mya dapat mendengar hembusan nafas Zafri. "Okey, fine. Aku tukar panggilan, tapi boleh tak jangan terlalu dekat sangat. Kau tu belum lagi basuh muka. Busuk!" Mya menutup hidungnya. Zafri tersengih.
"Saya nak dengar awak cakap." Zafri hanya menunggu Mya menukar panggilannya. Zafri rasa tak salah dia menegur isterinya untuk melakukan kebaikan bukan untuk kejahatan.
Mya menjeling. Tak pasal-pasal pagi ni dia kena berlatih bercakap. "Aw... awak.." Seperti suaranya susah untuk mengeluarkan empat perkataan itu. Dia pun tak tahu kenapa begitu payah sangat untuk menyebut perkataan itu.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...