Dress labuh berwarna merah hati dan shawl berwarna merah jambu menjadi pilihan Mya buat majlis pada malam ni. Nak tak nak dia terpaksa pergi ke majlis kesyukuran ZI holdings.
Masuk saja hotel yang bertaraf 5 bintang membuatkan muka Mya terus terpukau. Cantik nya suasana di sini, sangat romantik. Pinggang nya terasa di peluk, cepat-cepat Mya menolak badan lelaki itu.
"Shhh, be polite. You're my wife, so we should be a sweet couple, understand?" Rasanya muka Mya ni rasa nak meletup je. Ada ke Zafri ni peluk pinggang nya di hadapan khalayak ramai? Malu kut. Mana nak sorokkan muka ni.
Masuk saja ke dalam dewan yang sangat besar, muka Mya lagi teruja. Wow! Hebat nya. Dewan tersebut sudah di banjiri dengan kalangan staf di syarikat ZI holdings dan VVIP.
"Hey, bro. Apakah khabar? Dah lama tak jumpa sejak kau ada bini ni? Dah pencen ke jadi playboy?" Tanya Amir yang merupakan salah satu kawan nya memerangkap klien Zafri.
Zafri senyum. "Mungkin aku dah pencen, nak laungkan masa bersama isteri." Penyataan itu membuat Mya makin meluat. Nak laungkan dengan isteri konon. Cari gaduh selalu adalah.
Ramai lagi VVIP dan klien hendak berkenalan dengan Zafri, sepertinya dia orang yang terpenting di dalam majlis ini. Dia kan CEO. Mya sudah terasa bosan, tak ada apa yang menarik dalam majlis ni. Zafri pula tinggalkan Mya macam tu saja, tahu lah VVIP lagi penting. Terasa disisih oelh suami. Mya mengambil tempat duduk di dalam kalangan staf-staf Zafri.
Seorang lelaki menyapa Mya. "Hey, sorang je? Mana Zafri? Takkan dia dah tinggalkan kau sorang-sorang?" Tanya Aiman. Mya menunjukkan menyampahnya.
"Hmmm, Zafri ada dekat sana, dia tengah berbual dengan VVIP dan klien dia." Jawab Mya acuh tidak acuh.
Satu demi satu flash daripada kamera mereka di hidupkan kerana kehadiran Dato' Zikri dan Datin Eilza menyempurnakan lagi majlis ni. Ramai berkerumun meminta salam daripada mereka. Sepertinya Mya bukan lah sesiapa bagi mereka yang jauh lebih hebat. Mya terasa kekerdilan di majlis ni.
Aiman tersenyum sinis. "Tengok lah tu, mak mertua awak langsung tak pandang awak. Dia anggap awak ni kolot, budak dari kampung." Aiman cuba menghasut Mya.
Lama-lama Mya berfikir. Bahunya di sentuh lembut oleh seseorang, pantas Mya menoleh. Datin Eilza tersenyum manis pada Mya. "Jom Mya kita duduk sana. Zaf pun ada dekat sana." Datin Eilza menunjukkan tempat duduk VVIP. Nak tak nak Mya terpaksa ikut mak mertua nya.
Dalam satu meja bulat itu ada ayah mertua nya, Zafri, Aiman, Alfi seseorang yang sangat dia kenali,Afrina dan dua orang sepasang suami isteri berpangkat. Mya mengambil tempat duduk di sebelah Alfi
Zafri memandang pelik. Kenapa Mya memilih untuk duduk bersebelahan dengan Alfi? Padahal di sebelah dia kosong. Tiba-tiba hatinya terasa panas.
"Hey, awak Mya kan?" Sapa Alfi. Perempuan yang bertudung litup menarik perhatian nya sejak tadi di sapa dengan ramah.
Mya mengerutkan dahinya. Siapa? Lelaki ni? "Errr, awak.. Alfi kan? Pereka fesyen dekat butik Qaseh." Mya tidak berapa ingat sangat tentang lelaki di sebelahnya, tapi dari segi penampilan dan perwatakan nya, Mya yakin lelaki ni adalah lelaki yang sejati yang hanya berdamping dengan perempuan yang sempurna.
Alfi tersenyum manis. "Awak ingat lagi saya? Zafri jemput awak dalam majlis ni?" Pertanyaan itu membuatkan Mya diam seketika.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...