Suasana pagi terasa sepi tanpa Afrina di sisi nya. Pada kebiasaannya, Afrina akan menolong nya membuat sarapan, teman dia pergi ke mana saja.
Qash memandang jauh tanah perkuburan adiknya di sebelah kubur ayah dan ibu nya. Qash menangis. 'Ayah, ibu... maafkan Qash. Qash gagal jadi kakak yang bertanggungjawab.' Bahunya di sentuh oleh seseorang.
Mya tersenyum nipis. "Sabar lah Qash. Semua yang hidup akan mati jua. Tabah, saya pasti Qash kuat hadapi semua ni." Ucap Mya dengan lembut. Qash memandang wajah Mya.
Qash memeluk erat Mya. "Maafkan saya Mya. Maafkan arwah Afrina. Arwah sempat kirim maaf pada saya." Mya tersenyum dan mengangguk. "Saya maafkan, dah lama saya maafkan. Saya tak ambil kisah pasal semua tu. Mungkin itu adalah ujian daripada Allah untuk rumah tangga saya." Kata Mya. Qash hanya diam. Dia masih lagi bersedih kerana kehilangan adiknya. Kini dia hanya lah sebatang kara.
_________
Sudah hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga, banyak dugaan yang mereka tempuhi semasa mereka bergelar suami isteri.
Kucing parsi berwarna kelabu diusap lembut. Mya suka melihat kucing itu bersama anak-nak nya bermain.
"Hey, kenapa termenung ni. Suka tak abang belikan kucing ni. Tak tahu pula yang kucing dah ada anak. Abang bawa lah anak nya sekali." Ujar Zafri sambil memeluk pinggang isterinya.
"Tak apa. Sayang pun suka anak kucing." Mya menyandarkan kepalanya pada dada Zafri.
"Tapikan, lagi bagus kalau Mya, sayang dekat anak. Kita belum ada anak lagi." Zafri sudah buat muka comel. Tak senonoh langsung. Mya menampar lembut lengan suami nya lalu tersenyum malu.
Mya memandang wajah Zafri yang sudah masam. Tangan nya dililit pada leher Zafri. "Abang, Mya sayang abang kerana Allah." Tutur Mya. Wajah tampan Zafri dipandang.
Zafri tersenyum bahagia. "So, Mya dah ready lah?" Tanya Zafri dengan wajah yang teruja. Tubuh cilik Mya diangkat dan diletak di atas katil. Lampu bilik dipadam.
Malam itu, Mya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sebenar. Malam yang paling bermakna buat mereka berdua.
__________
2 tahun kemudian...
Mya menjerit kuat memanggil nama suami nya. "Abang! Tolong lah sayang kejap." Zafri yang baru saja menidurkan anak kembar mereka mendengus kasar.
"Apa dia sayang. Baby Qamal dengan baby Qasih baru je tidur." Kata Zafri.
"Tolong lah saya kejap je. Jaga Qarina kejap. Dia tengah main air tu dekat bilik air." Mya yang sedang masak menjerit. Pening kepalanya melihat anak sulung perempuan nya yang begitu lincah sekali.
"Qarina ni, jom ikut papa naik atas, pakai baju dulu." Qarina yang baru saja berusia 2 tahun hanya ketawa saja melihat papa nya. Zafri segera mendukung anak nya naik ke atas. Ni kalau dibiarkan, boleh banjir satu rumah aku kalau ai Qarina ni main air.
Kini Mya dan Zafri mendapat tiga cahaya mata. Anak sulung mereka perempuan yang bernama Nur Qarina Lidya. Yang kedua pula kembar. Yang kembar pula lelaki perempuan. Nur Qasih Munirah dan Muhammad Qamal Muaz.
"Abang! Makanan dah siap. Jom lah makan." Mya masuk ke dalam bilik Qarina. Kelihatan Qarina sedang ditidurkan oleh Zafri.
"Abang, jom makan. Mesti abang penat jagakan anak-anak kita." Ujar Mya yang sedang memeluk pinggang Zafri.
Zafri memandang wajah isterinya dengan kasih sayang nya. "Terima kasih sayang kerana berikan kebahagiaan pada abang. Berikan zuriat yang comel dan kacak kepada abang." Dahi Mya dicium. Dia benar-benar gembira sekarang ni. Semoga keluarga ni akan bahagia berkekalan.
_________
Eppp! Belum tamat lagi. Ada lagi author nak type ni.
Qash sudah pun mendirikan rumah tangga bersama pasangan nya, Alfi. Memang tak sangka kan? Tak apalah dah jodoh kan.
Erina pula sedang menunggu calon suami yang sanggup meminang nya. Jadi Dara tua lah lepas ni.
Maya pula menyambung belajar nya dan mengambil Phd dalam bidang undang-undang. Hebat kan? Kamal pula menyambung pelajaran nya di Jerman, Kata nya nak jadi jurutera. Entah betul entah tidak.
Mya memandang langit yang kosong. 'Ibu, sekrang ni ibu ada dekat sana ke? Anak-anak ibu dah berjaya sekarang, apa yang ibu impikan sudah tercapai. Mya rindu ibu, semoga ibu tenang di sana.'
"Sayang... kenapa dekat beranda lagi? Tak sejuk ke? Jom lah masuk." Kata Zafri dengan suara yang nya cukup faham apa yang diingini kan oleh suami nya.
"Tak nak...." Balas Mya.
"Tak nak ye...." Tubuh Mya diangkat menyebabkan Mya terjerit kuat. Tangisan anak kembar itu bergema apabila mendengar mama nya menjerit kuat.
"Tengok tu, Qasih dengan Qamal tak nak adik baru. Turunkan saya. Saya nak susukan anak." Zafri memuncungkan bibir nya. Mya sudah tertawa, lepas juga akhirnya. Gatal betul suami nya ni. Mya mendodoikan Qasih dan Qamal.
Dia mengelus pipi Qasih. "Qasih bila besar jadi anak yang solehah ye?" Pipi cilik itu dicium Mya. Semoga kebahagian ini berkekalan selama dia bernafas di bumi ni.
Tamat... the end.
Author nak promote sikit ni.
BieyLaa "cinta miss badut." Baca tau my readers. Best dan masih lagi baru. 😊✌
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
Roman d'amourPublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...