Pagi keesokannya, mata Mya dibuka luas apabila mendengar dengusan yang kuat pada leher nya. Dia melihat Zafri tidur pada lehernya, patut lah terasa geli.
Perlahan-lahan dia mengalihkan kedudukan mereka untuk memberikan ruang pergerakan. Kenapa? Sebab Zafri lilit kaki Mya dan pinggang Mya pun di peluk. Macam mana nak bergerak, macam ular sawa pula lilit-lilit orang ni.
"Nak pergi mana?" Suara serak basah Zafri sudah keluar walaupun matanya masih lagi tutup. "Nak mandi lah. Lepas tu buat sarapan." Kata Mya dengan lemah lembut. Cair Zafri mendengar suara isteri tercinta nya.
Tangan nya ditarik sehingga tubuh Mya berada di atas badan Zafri. Zafri mengaduh kesakitan. "Awak ni berat lah." Dalam mengantuk nya, masih lagi boleh kutuk-kutuk orang. Mya menumbuk dada Zafri. Zafri hanya tersenyum manis.
"Nak tidur." Kepala Zafri diletakkan pada leher Mya. Part leher lah Mya geli. Tiba-tiba terasa kehangatan pada lehernya. "Zaf, apa ni? Geli lah." Mya cuba menolak tetapi Zafri makin rapat.
Makin lama-lama tindakan Zafri kasar membuatkan Mya mengambil keputusan untuk menolak Zafri. Mya pergi ke bilik air dengan tergesa-gesa. Tak sangka Zafri akan bertindak agresif.
"ZAFRI!!! What happens to my neck. Oh My Gosh." Mya menjerit kuat di dalam bilik air. Apa yang dia terkejut adalah kesan merah pada leher nya. Mya keluar dari bilik air dan menuju ke Zafri yang masih lagi tidur. "Zaf, bangun lah. Apa awak dah buat ni." Zafri membuka matanya apabila mendengar suara isterinya hendak menangis.
"Yes? Kenapa dengan awak ni?" Tanya Zafri. Mya menunjukkan kesan merah pada leher nya. "Jahat lah awak ni. Macam mana nak hilang?" Mya sudah monyok. Zafri ketawa terbahak-bahak. Ingatkan apalah tadi, rupanya pasal tu.
"Alahai, sayangku ni. Itu love bite yang saya bagi dekat awak. Tak payah lah hilangkan. Bukan orang nampak pon. Kalau boleh saya nak buat lebih banyak daripada tu." Zafri sudah jadi miang. Sejak mereka mendirikan rumah tangga ni, Zafri makin lama makin gatal perangai nya. Sabar jelah.
Mya membaling bantal ke arah tubuh Zafri. "Jahat! Saya nak merajuk... tak payah nak dekat dengan saya." Mya pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Dalam diam, Mya mengukir senyuman manis. Adakah Zafri betul-betul mencintai nya?
****
Cawan-cawan di letakkan ke sinki apabila mereka sekeluarga sudah selesai bersaparan pagi. Nampaknya kesan merah pada lehernya tiada sesiapa yang nampak. Mya membasuh cawan dan pinggan di dalam sinki.
Pinggang nya di peluk erat oleh sesorang, siapa lagi kalau bukan suaminya menggatal ni. "Awak, dah lah. Malu lah saya." Mya cuba melepaskan pelukan suaminya tetapi tidak berdaya.
Sejak dia berkahwin ni sikap Zafri semakin menjadi-jadi membuatkan Mya terasa takut. "Ala... tak apalah. Umi dengan papa semua dekat depan. Tinggal kita berdua je." Zafri bermain-main rambut Mya yang panjang mengurai, dia suka bau rambut isterinya. Wangi!
"Bila kita nak anak?" Tanya Zafri. Tiba-tiba Zafri bertanya tentang anak. Apasal ni? Mya mengangkat bahu nya. "Entah lerr. Saya tak ready lagi." Sengaja Mya berkata begitu. Dia nak tengok sejauh mana suami nya merajuk padanya. Saja je nak tengok Zafri merajuk...
Pelukan terlerai dan Zafri bergerak jauh daripada Mya. "Tak apalah kalau awak tak ready lagi. Saya faham." Arrgh kenapa dia sensitif sangat ni? Zafri pergi meninggalkan isterinya di dapur. Betul ke Mya betul-betul cintakan aku?
Mya mencebik, merajuk lah tu. Nak suruh orang pujuk ke? Sesudah membasuh pinggan dan cawan dia pergi ke taman rumah. Kelihatan mereka sekeluarga sedang berborak dan bermain di taman. "Eh? Mya... mari lah sini duduk." Pelawa Datin Eilza. Mya tersenyum apabila melihat ada anak kecil yang sedang didukung oleh Datin Eilza.
"Umi, baby siapa? Takkan umi mengandung lagi kot?" Tanya Mya. Soalan apakah itu? Lengan Mya dicubit membuatkan Mya mengasuh kesakitan. "Umi! Mya gurau je lah. Baby siapa ni? Nampak comel la. Mya nak dukung." Datin Eilza menyerahkan anak kecil itu kepada Mya.
"Anak jiran sebelah. Katanya dia dengan isterinya Nia pergi outstation sebab ada hal mustahak nak diselesaikan. Sebab tu lah dia suruh kita jaga, memandangkan ramai orang yang nak juga baby ni." Mya mengangguk. Wajah nya disematkan pada wajah baby yang berusia 7 bulan ini. Geram melihat nya!
"Akak, Meh lah sini. Erina pula nak dukung Faris." Mya menjelir lidah. Tak nak. Namanya Faris rupanya, mesti kacak kan bila besar?
"Eee... akak kenapa ada warna merah dekat leher tu? Banyak nya..." Kata Maya. Mya tersentak lalu menutup kesan merah dengan rambutnya. Buat malu jelah! Saje je nak kenakan aku!
Zafri hanya memerhati daripada jauh isterinya. Malas nak layan! Dia bukan merajuk pun pada isterinya, tapi dia nak tengok sejauh mana isterinya cuba memujuk nya.
Datin Eilza tersenyum manis. "Nampaknya umi akan dapat cucu tak lama lagi." Mya tersenyum kelat. Aish! Malunya aku. Asal lah kesan ni tak hilang lagi daripada pagi tadi. Banyak sangat ke?
"Mya nak naik atas dulu." Faris di serahkan pada Datin Eilza. "Malu lah tu..." Kata Datin Eilza kepada mereka berdua. Mereka tertawa.
Mya membuka pintu bilik, tiada sesiapa? Mana suaminya pergi? Biasanya dia merajuk duduk bilik je. Mya pergi ke kolam renang untuk mencari suaminya yang kuat merajuk itu. Susah betul nak pujuk dia tu.
Hah, ada pun dia. Nasib baik dekat dalam rumah dia jumpa kalau dekat luar rumah, sampai ke petang baru jumpa. Mya duduk di kerusi malas melihat Zafri sedang berenang di kolam renang. Dah mandi nak mandi lagi dekat sini. "Awak, jom lah masuk... dah nak hujan ni. Awak kan takkan boleh kena hujan." Kata Mya dengan nada yang risau. Suaminya memang degil betul, kalau dia cakap A, A jelah yang dia nak.
"Berikan saya satu sebab kenapa saya perlu ikut arahan awak?" Kata Zafri di dalam kolam renang. Awww, sexy nya Zafri. Mya cuba menahan daripada melayan godaan suaminya.
"Pertama, dah nak mendung... awak tak boleh kena air hujan. Nanti awak demam." Tegas Mya. Zafri hanya mengangguk, lalu dia menyambung berenang.
Mya mengetap gigi nya. "Suka hati awak lah. Kalau awak demam jangan cari saya." Mya pergi masuk ke dalam meninggalkan Zafri.
Setelah isterinya masuk ke dalam rumah, Zafri keluar dari kolam renang dan duduk di kerusi malas. Hujan rintik-rintik jatuh ke tanah dan semakin lebat. Zafri yang duduk di kerusi tanpa memakai baju menggigil kesejukan kerana air hujan yang sungguh lebat
Dimanakah Mya? Adakah dia sudah tidak memperdulikan suaminya?
Hey semua! Author lambat update story coz baru saja habis exam.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...