Mya melihat alamat syarikat itu. Hah! Betul. Pandai pak cik teksi pandu kereta, tak sesat pun. Mya masuk pejabat yang Besar.
Mungkin itu penyambut tetamu. Baik aku pergi tanya dulu. Mya pergi ke kaunter pertanyaan. "Maaf, selamat pagi. Saya Mya Umairah. Datang nak melaporkan diri." Teragak-agak Mya ingin bercakap. Takut tersalah kata.
Penyambut tetamu itu tersenyum manis. Ada tag nama terlekat pada baju perempuan itu. Sarah.. hmmm cantik nama. "Cik Mya ye. Sekejap ye." Mya hanya membalas anggukan saja. "Cik Mya boleh ke tingkat 20. Dekat situ cik Mya boleh jumpa dengan Intan, P.A bos." Mya mengangguk. Tingkat 20? Ma aik.. tingginya. "Terima kasih Cik Sarah." Mya pergi ke tingkat 20. Nasib baik ada lif, kalau tak ada mahu tercabut kaki aku.
Mya keluar dari lif dan menuju ke meja tersebut. Mungkin ni kut P.A bos. "Selamat pagi. Saya Mya Umairah. Bos ada tak?" Tanya Mya. Intan meningkatkan wajahnya.
Senyuman manis terukir di bibir Intan. "Cik Mya..... Dah lama tunggu? Mari saya bawa awak jumpa bos." Intan membawa Mya ke bilik bos atau lebih dikenali CEO.
"Bos, Cik Mya dah sampai." Kata Intan. Mya ingin tahu siapa gerangan bos nya itu. Perempuan atau lelaki. "Okey, terima kasih. Awak boleh keluar." Dah sah! Suara perempuan. Yes! Tak adalah majikan aku lelaki. Selalu bila tengok drama, mesti majikan lelaki. Lepas tu jatuh cinta dengan majikan. Merepek je semua tu.
"Mya.... aku ni." Fairuz tersenyum. Mya sudah melompong. Fairuz!!! Mya memeluk kawan baiknya di universiti. Sudah lama tidak berjumpa.
"Mya,rindu aku dekat kau." Mereka masing-masing meluahkan rasa rindu antara satu sama lain. "Aku pon rindu dekat kau. Ni apa kes? Sekarang kau dah berjaya. Tahniah!" Tidak lupa juga Mya mengucapkan tahniah kepada kawa baiknya.
"Kau pula? Makin cantik.. lawa. Tapi tetap brutal.. hahaha." Pipi Mya di cubit oleh Fairuz. Tembam betul kawan aku ni.
Sudah masuk seminggu Mya bekerja di butik FZ milik kawan baiknya. Seminggu juga dia tinggal bersama Fairuz di kondominium milik Fairuz. Dia bersyukur mempunyai kawan seperti itu.
Mya dilantik sebagai pereka fesyen baju muslimah. Fairuz tahu bakat kawan baiknya. Dia pernah terjumpa helaian kertas di selit di celah buku-buku belajar Mya semasa di USM. Rekaan baju yang menarik dan cantik. Baru dia tahu kawan baiknya mempunyai bakat dalam bidang fesyen...
Mya melukis baju untuk membuat baju yang terbaru. Baginya cukup lah sederhana dan tidak menyerlah pada pandangan orang ramai. "Mya! Lunch time. Jom lunch, aku belanja." Fairuz sudah mempelawa kawan baiknya.
"Hah! Lunch time? Kejap je dah lunch. Jom lah. Nasib baik ada orang yang belanja aku. Hehehe." Mya tersenyum. Fairuz mencebik bibir tanda geram sama kawan baik nya.
Mya memandang handphone samsung galaxy note lll. Sudah lama dia tidak mendapat khabar berita dari kampung. Rindu rasanya bila berjauhan dengan ibu dan adik beradik nya.
Fairuz perasan kawan di sebelahnya diam membisu sejak masuk ke dalam kereta. "Asal dia Ni? Anything wrong with me?" Dia takut jika ada kesalahan yang dia lakukan kepada kawan baiknya menyinggung perasaan.
Mya menggeleng. "Tak lah. Kau tak salah apa-apa. Just, aku rindu kan iBu aku dengan adik beradik aku. Dah lama tak dengar khabar berita daripada diaorang. Risau juga. Kut-kut ada sesuatu yang terjadi dekat diorang." Suara Mya muka sebak. Fairuz mengusap bahu kawan nya.
"Kau call ibu kau. Tanya khabar dia. Dapat juga kau dengar suara ibu kau. Sekurang-kurangnya dapat dengar suara pun dah cukup." Kata Fairuz. Mya senyum. Betul juga. 'Asal aku ni bodoh sangat sampai tak bilah fikir macam tu.' Gumam Mya dalam hati.
Mereka sudah sampai di restoren ala-ala europe. Makanan pun ala-ala europe. Tapi Mya masih belum biasakan di KL lagi. Banyak sangat makanan halal dan haram, dia pun masih keliru. Biasanya di kampung hanya makanan kampung saja yang dia jumpa.
"Mya nak makan apa?" Tanya Fairuz. Mya meletakkan jari telunjuk di dagunya tanda sedang berfikir. "Hmmm, makan speggeti carbonara dengan jus anggur." Dia bukan tahu makanan jenis apa yang nak makan. Nama pun pelik-pelik.
Kereta Nisan skyline di parking berdekatan dengan butik FZ. Zafri mendengarnya kasar. Bukan dia tidak tahu umi nak sangat menantu sampai di suruh tunggu depan butik ni. Zafri menyandarkan badannya di kereta.
Telefonnya berdering. Bibirnya mengukir senyuman. "Helo sayang, sayang ada dekat mana ni? Penat saya tunggu dekat shopping mall." Sally merengek. Zafri hanya senyum. Buah hatinya yang selalu manja membuatkan dia bertambah sayang dengan perempuan itu.
Apa langkah baiknya kalau umi menerima sally sebagai menantunya. Tentu dia sekarang sudah berada di pelamin. "You, Sorry lah. Umi I suruh I pergi butik. Katanya suruh ambil kan baju untuk dia. Next time kita keluar sama-sama eh?" Kedengaran keluhan daripada buah hatinya.Talian diputus secara tiba-tiba. Zafri terkejut. Mungkin buah hatinya merajuk dengannya. Argh!!! Lantak lah. Banyak lagi yang masih nakkan aku. Zafri memandang dua orang perempuan yang sedang berjalan ke butik FZ. Mungkin itu pemilik butik FZ.
Hai readers ... best tak. Harap korang rasa terhibur apabila membaca cerita ini. Jangan risau, saya akan buat yang terbaik buat readers.
Jangan lupa tinggalkan vote dan comment anda sebelum meninggalkan halaman ini. Terima kasih.
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...