Sudah dua hari berlalu, kejadian itu seperti sedang bermain di minda Zafri. Betul ke apa yang dia lakukan dua hari yang lalu? Dia sanggup tampar kekasihnya demi kasihankan Mya?
Pen di tangannya di mainkan. Bosan rasanya bila berada di pejabat. Zafri senyum tiba-tiba. Teringat 2 hari yang lepas.
Mya keluar dari kereta Zafri lalu masuk ke dalam butik. Dia takut dia akan menjadi sasaran utama. Zafri hanya membuntuti Mya dari belakang.
"Apa yang kau buat dekat sini. Pergi lah. Aku tak perlukan kau." Mya menghalau Zafri yang asyik mengekorinya dari belakang. Zafri tetap mengikuti Mya.
"Kau nak apa?" Suara Mya sudah bertukar marah. Zafri tertunduk seketika. "Maafkan aku sebab kau jadi macam ni." Mya ketawa seperti orang gila.
"Maaf? Senang je kau nak minta maaf. Aku yang rasa sakit ni tahu? Kau apa tahu? Tunjuk hero." Mya seperti mengejek Zafri. Dia pergi ke pantri, mungkin ada ais ketul di dalam peti sejuk untuk meredakan sakit di pipinya.
"Tapi... aku betul-betul nak minta maaf dekat kau." Mya diam. Dia sedang mencari ais ketul, tetapi tiada.
Zafri tahu Mya sedang mencari sesuatu yang sejuk untuk meredakan sakit di pipi. Dia keluar dari butik untuk mencari sesuatu yang sejuk.
Mya mengeluh. Sampai bila dia harus seperti ni. Lelaki itu masih belum putus asa lagi untuk kata putus dari Mya. Mya masuk ke dalam surau untuk menenangkan hatinya. Hari ni cukup memenatkan baginya. Dia perlu mencari ketenangan dengan menghadap Allah.
Pintu butik di buka. Sunyi saja suasana di sini. Zafri pergi mencari Mya di setiap bilik tetapi tiada. Dia pergi ke surau yang kecil. Zafri melihat Mya sedang solat.
Perempuan itu solat. Zafri tersenyum. Seperti hatinya tenang bila melihat perempuan itu solat. Zafri duduk di tempat pelanggan untuk menunggu Mya selesai solat.
Mya keluar dari surau kecil. Tenang rasanya bila selesai solat. Mya pergi ke depan, takut jika ada pelanggan yang datang. Pintu butik itu terbuka sedikit membuatkan Mya pelik.
"Siapa yang buka pintu ni? Bukan dah tutup ke?" Mya kembali menutup pintu butik.
"Mya..." Mya segera menoleh ke belakang. Terkejut bila namanya di panggil. Rupanya lelaki itu lagi.
"Ingat dah balik. Kau buat apa dekat sini? Dahlah, jangan kacau aku lagi." Rayu Mya. Zafri diam. Dia memberikan ais ketul dua plastik kepada Mya.
Mya tergamam. "Apa ni?" Dia pelik melihat Zafri memberikan dua plastik ais ketul.
Zafri mengeluh. Dia menarik Mya ke tempat duduk pelanggan. "Jangan gerak." Zafri memberi amaran. Mya tidak tahu apa yang lelaki ini ingin lakukan kepadanya.
Cepat-cepat Mya menutup matanya. Dia takut lelaki itu akan apa-apakan dia. Pipinya tiba-tiba menjadi sejuk. Mya membuka matanya semula. Dia melihat Zafri meletakkan plastik ais di pipinya.
Zafri memandang wajah Mya. Putih bersih tanpa sebarang jerawat. Matanya cantik dapat menarik minat semua jejaka. Hidungnya mancung, bibirnya merah bak delima. Ditambah tahi lalat di bawah kelopak mata membuatkan perempuan di depannya sangat manis.
Mya perasan dirinya diperhatikan oleh Zafri. Dia mula tidak berasa selesa. Kepalanya ditundukkan.
"Hey, aku nak letakkan ais ni macam mana kalau kau asyik tunduk kepala je." Mya diam. Plastik ais bertukar tangannya. Mya masih ada tangan untuk buat sendiri.
"Kau boleh pergi dari sini." Mya menghalau Zafri keluar dari butik. Dia tidak sanggup bersukan dengan lelaki yang bukan mahram nya.
Zafri hanya menurut kata-kata Mya. Dia cukup rasa bahagia saat ini. Dapat melihat wajah Mya cukup membahagiakan. Entah apa perasaan yang dia sedang rasai.
Lamunan Zafri di kejutkan oleh sepupunya, Aiman. Zafri mendengus kasar. Sepupunya tak lain tak bukan mesti datang lepak di sini, macam tak ada kerja lain yang ingin dia lakukan.
"Kau ke? Hmmm nak apa? Masuk tak ketuk pintu pun." Tanya Zafri.
Aiman sudah tersengih-sengih. "Ini mesti kes dapat tangkap anak ikan? Wei, kau ni berapa banyak perempuan nak di usung sana sini. Cukup lah wei!" Aiman sudah tidak tahan dengan sepupunya sorang ni.
Zafri menggeleng kepalanya. "Yang ni, lain. Perempuan ni pakai tudung. Ayu je aku nampak, tapi dia kasar sikit. Susah nak ambil hati dia." Zafri memulakan dengan mukadimah dahulu.
"Jadi kau nak pikat dia lah?" Aiman hanya meneka. "No, aku nak ambil dia sebagai kekasih part time aku." Zafri senyum sinis.
"Wei, agak-agak lah. Kau ingat perempuan tu kerja part time ke? Ingat perempuan tu barang ke? Insaf lah wei!" Perbuatan Zafri sudah melampau. Sampai perempuan yang bertudung pun nak mainakan perasaan?
'Apa muslihat kau sampai kau jadi macam ni. Syaitan apa yang sudah merasuk dalam badan kau?' Aiman berharap sepupunya akan berubah dan kembali ke jalan yang benar.
"Ala, relax la. Kau pun dua kali lima dengan aku." Zafri menyamakan Aiman dengan dirinya.
"Aku tak lah seteruk kau. Kau dah permainkan perasaan perempuan yang tak bersalah. Dia masih lagi ada perasaan bro."
Dia tak kisah. Dendam pada Perempuan itu masih belum lagi terbalas. Zafri tertawa jahat.
Aiman hanya menggeleng melihat Zafri. Dia berdoa agar sepupunya dapat menjauhi perkara ni. Cukup setakat ni saja.
Amacam? Jahat tak Zafri ni. Apa yang korang rasa kalau ada lelaki permainkan perasan korang. Sakit kan. Jangan tengok Zafri ni pada sebelah mata. Teruskan membaca. Wait and see.Jangan lupa tinggalkan vote dan comment and sebelum meninggalkan halaman ni. Terima kasih. ;)
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomansaPublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...