part 21

15.4K 579 3
                                    

Mya mengalirkan air matanya dengan deras sekali. Inikah takdirnya? Saat dia tidak mampu membahagiakan hanya seorang ibu yang menjaga nya pergi tanpa dipesan.

Flasback..

Mya mengangkat panggilan daripada telefon rumah nya di kampung. Mesti ibu yang menelefon nya. Hatinya berbunga riang.

"Assalamualikum ibu... ibu sihat?" Tanya Mya. Senyuman tetap terukir di bibir Mya. Jawapan masih menanti daripada ibunya, namun hanya dapat mendengar tangisan daripada adik nya, Maya.

"Ibu... ibu kak. Ibu dah tak ada." Maya menangis teresak-esak. Dia sebenarnya tak sanggup melihat kakak sulung nya dalam kesedihan. Susah untuk menghilang kesedihan nya apatah lagi orang yang dia sayang.

Cepat saja air mata Mya mengalir dengan deras. Ibu dah tak ada? Kenapa ibu pergi dengan sekelip mata saja. Beberapa hari yang lalu dia melihat ibu nya sihat saja semasa menghadiri majlis pernikahan nya. Inikah kuasaMu, Ya Allah!

Tumpuan Zafri terganggu apabila mendengar tangisan seorang perempuan. "Mya? What happened? Hey, why you crying dear?" Zafri mengambil tempat di sebelah Mya.

"Ibu aku.. dia dah tak ada. Ibu dah tak ada.." Mya menangis dengan tangisan yang kuat. Saat ini dia mungkin belum dapat menerima kematian ibu nya.

Zafri menarik tubuh kecil Mya dalam pelukan nya. Dia turut simpati atas kematian ibu mertuanya. Zafri belum sempat mengenali lebih dekat dengan ibu mertuanya. Takdir sudah menentukan segalanya. "Hey, don't crying okey? Kita balik kampung sekarang ni ek?" Mya mengangguk perlahan. Mya membalas pelukan Zafri, dia rasa selesa didakapan Zafri.


Angin sepoi-sepoi bahasa meniup di tanah perkuburan. Kedengaran tangisan kecil di tanah perkuburan tersebut. Mya mengusap air matanya. Biarlah ibu nya pergi dengan aman. Ibu, Mya janji akan bahagikan diri Mya sendiri. Walaupun Mya tak sempat nak bahagia kan ibu dengan memberikan cucu, tapi Mya janji akan bahagia kan diri Mya dulu.

Bahu Mya di sentuh. "My dear, come on. Adik awak tengah tunggu dekat rumah. Malam nanti nak buat kenduri tahlil untuk arwah ibu. Umi dengan papa kejap lagi akan sampai." Mya hanya membalas dengan anggukan saja.


**********

Usai bacaan tahlil dan menjamu makanan ringan, orang-orang kampung pulang ke rumah. Mya keluar dari bilik tidurnya, sejak bacaan tahlil mula, Mya mengurangkan diri di dalam bilik.

"Tengok tu anak siapa? Mak dia dah takde sedap-sedap je nak tidur dalam bilik. Kenduri tahlil pula tu." Sindir Bedah. Apa lagi kalau bukan si mulut laser lagi kan celupar. Mya hanya buat tak tahu saja. Maafkan Mya ibu, Mya tak kuat nak hadapi semua ni. Mana lagi mya nak mengadu, bergurau senda dengan ibu.

Anak dara bedah turut menyampuk percakapan mak nya. "Mak ni tak payah lah nak nasihatkan orang yang tak sedar dek untung ni. Biasalah Dia kan dah kahwin dengan orang kaya. Dah lupa ibu nya dekat kampung." Berdas-das peluru yang di keluarkan pada mulut Aqila, anak dara bedah.

Datin Eilza hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat sikap dua anak beranak ni. "Hello, puan boleh tak jangan sesuka hati menuduh anak menantu saya tanpa usul periksa." Nasib baik datin Eilza mampu menahan amarah nya. Setiap manusia mesti ada had kesabaran mereka.

Bedah tersenyum sinis. "Datin ni bukan kenal sangat dengan dengan Mya ni. Dia biarkan ibu nya bekerja sedangkan dia? Goyang kaki di rumah. Macam tu anak solehah?" Tuduhan itu semua tidak benar. Saat ini Mya hanya mampu mengalirkan air matanya, dia tidak dapat melawan kata-kata bedah.

Zafri dapat mendengar pertelingkahan antara umi dan seorang perempuan berbadan gempal bersama seorang gadis yang tinggi lampai. Apa yang sudah terjadi? Dia dapat menangkap tangisan isterinya.

"Umi, enough, my wife need rest. Auntie boleh balik, sekarang semua kerja dah selesai.terima kasih datang tolong kami." Walaupun perempuan berbadan gempal ni agak bengis tapi Zafri tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

"Zaf, aku nak ke bilik." Perlahan saja suara Mya. Zafri membawa isterinya ke bilik. Buat masa dia terpaksa ketepikan ego nya dulu, Mya perlukan seseorang untuk tempat mengadunya, tempat yang menghamburkan kan segala kesedihan nya.

Maya sedih melihat perubahan kakak nya. Semenjak arwah ayah meninggal, kak Mya menjadi murung. Mujur ada ibu yang sentiasa menasihati memberi kekuatan kepada kakak. Tapi, ibu dah tak ada, siapa yang akan pulihkan kakak kepada seorang kakak yang periang, sentiasa buat orang disekeliling tersenyum.

Datin Eilza melihat adik nya sedang duduk di ruang tamu. Dia turut bersimpati atas pemergian arwah puan Idah. Baru saja berkenalan, ajal nya sudah tiba. "Maya, bersabarlah, nak. Maya kena terima hakikat yang ibu maya dah tak ada." Maya masih lagi termenung jauh. Air mata yang di tahan akhirnya mengalir juga.

"Maya terima pemergian arwah ibu, tapi maya risaukan keadaan kak Mya. Maya takut kak Mya dah murung. Maya nak kak Mya yang dulu." Tangisan maya semakin kuat. Datin Eilza hanya mampu mengusap belakang maya.

"Bersabarlah nak, setiap manusia mesti ada dugaan yang kita tak boleh duga. Ujian pada Allah kita perlu tempuhi walau apa pun cara sekalipun. Tapi, kena banyak berdoa, beristighfar kepada Allah. In Sha Allah, Allah akan permudahkan urusan kita." Panjang lebar datin Eilza menasihati maya. Walaupun dia banyak kekurangan dalam diri nya, dia tidak lupa berdoa kepada Allah.

Maya hanya mengangguk. "terima kasih auntie." Mya mengusap air matanya. Kata-kata datin Eilza sedikit sebanyak menyentuh hatinya.

"Tak payah panggil auntie, panggil umi. Mulai sekarang umi akan tanggung kehidupan kamu berdua. Umi akan menggantikan ibu maya walaupun hati maya tetap ada nama ibu maya." Dia tak kisah, asal kan mereka bahagia. Kekayaan tak menjamin kebahagian hidup seseorang itu.

******

Mya membuka matanya apabila kedengaran laugan azan subuh berkumandang di masjid berhampiran dengan kampung nya. Ada tangan yang melingkari pinggang Mya membuatkan Mya susah mahu bangun.

Perlahan-lahan Mya mengangkat tangan Zafri. Berat betul tangan dia ni. Kelihatan tangan Zafri berurat menandakan dia ni selalu bersenam. Rangkulan Zafri dieratkan lagi tanpa sedar. Mya tergamam.

Berkali-kali Mya cuba untuk meloloskan diri daripada Zafri. Badan Mya di pusing 360 darjah menghadap wajah Zafri yang sedang lena diulit mimpi. "Betul ke kau ni suami aku?" Tanya Mya. Kejadian malam tadi amat memalukan, aku terlalu manja sangat dekat Zafri. Arrrr!

Mya tersenyum sendirian. Muka Zafri terlalu macho baginya. Rasa nak cium je! Tapi ini bukan masa yang tepat untuk meluahkan perasaan sebenarnya. Bibir seksi Zafri disentuh lembut.

Mata Zafri di buka perlahan. Terasa ada seseorang yang sedang memerhatikan nya. Mya! Serta merta senyuman nya terukir di bibirnya. "Assalamualikum. Dah lama bangun?" Suara serak Zafri dapat didengar menandakan dia baru saja bangun daripada tidurnya.

"Waalaikumussalam, baru je bangun." Mya menundukkan muka nya. Malu menatap wajah Zafri yang sudah bangun.

"Jom solat subuh. Saya nak mandi dulu." Zafri bergegas bangun daripada katil. Mya menyorokkan muka nya di dalam comforter , adakah aku telah di lamun cinta? Tak! No way!

Sweet tak part ni. She's falling in love.
Hey! I'm so sorry! Maybe bukan part ni Zafri bercakap berbahasa francis. Tapi teruskan vote korang semua. Comment apa yang korang rasa semasa membaca cerita ni. Comment apa-apa je, syira kan reply. ✌😘

Kekasih Part TimeWhere stories live. Discover now