Malam itu Mya gelisah, tak lama lagi lelaki itu akan datang mengambilnya. Apa yang harus di lakukan? Macam mana pula dengan Fairuz? Dia akan tahu semua ni? Mya mundar-mandir di biliknya.
Dress yang baru di beli oleh Zafri di gantung di dalam almari lagi. Pintu bilik Mya di ketuk.
"Mya, Zaf dah datang. Katanya nak ajak kau keluar. Kau dah siap ke belum?" Tanya Fairuz di luar bilik.
'Alamak! Dia dah datang pula. Macam mana ni?' Mya semakin gelisah. "Aaaaa... cakap dekat dia aku tak sihat. Sorry la tak dapat teman dia." Mya sengaja memberikan alasan untuk tidak pergi ke majlis perjumpaan family Zafri. Dia berasa segan jika ramai orang yang dia tidak kenali.
"Mya Umairah..... please kali ni teman kan aku...." Suara garau muncul di luar bilik Mya. Mujur pintunya berkunci.
Mya keliru. Sama ada nak tolong atau menolak saja. "Aku segan nak pergi..." Akhirnya Mya meluahkan juga pada Zafri.
"Kau ada aku. Cepat laa. Siap-siap. Aku tunggu dekat ruang tamu. 3 minit aku bagi untuk kau siap!" Arah Zafri. Mya mendengus kasar. 3 minit mana cukup untuk bersiap-siap. Mya segera mempercepatkan langkahnya.
Zafri menilik jam rolex di tangannya. Manalah perempuan ni, bersiap lama sangat. Bukan nak kawin pun. Budak kampung tak pernah bersolek, maklum laa. Zafri mengeluarkan iPhone 6s, permainan candy crush menjaga sasarannya untuk mengisi masa lapang sementara menunggu sang hawa sedang bersiap.
Candy crush permainan popular di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Zafri sudah masuk level 500, nak masuk 1000 dia akan menang. Yahoo!!! Zafri meneruskan permainan tanpa menghiraukan Fairuz yang sedang menonton televisyen.
"Ehem!!!" Mya sedikit berdehem. Dia malu bila berpakaian yang belum pernah dia pakai selama ni.
Fairuz terkejut. "OhMyGod, you're so beautiful this night." Puji Fairuz. Mya senyum malu bila diri nya di puji.
Zafri menghentikan permainan candy crush apabila melihat Mya sangat cantik malam ni. Dress yang dia belikan sesuai dengan tubuh Mya. Di padankan dengan Tudung berona biru terqoues membuatkan dia bertambah ayu. Mekap yang tidak terlalu tebal menampakkan keaslian wajahnya.
Zafri menggeleng kepalanya. "Jom, dah lambat. Kau punya pasallah umi aku asyik call je." Bebel Zafri. Mya mencebik bibirnya.
Penat dia berdandan demi lelaki di depannya, tetapi dia tidak memuji nya. Mya berjalan laju bila Zafri mempercepatkan langkah. "Zaf, tunggu lah.." Nasib baik Mya tidak memakai kasut rumit tinggi, masih boleh mengejar Zafri yang sudah jauh ke depan.
Nafas nya naik turun... Mya kepenatan mengejar Zafri. "Asal kau laju sangat?" Tanya Mya dengan perasaan geram. Zafri diam.
Mya mengetap giginya, benci betul melihat Zafri yang tiada apa-apa respon. Sepanjang perjalanan itu mereka banyak menghabiskan dengan menutup mulut dan termenung.
"Ermmmm, umi kau macam mana orangnya?" Mya bersuara memecahkan kesunyian di dalam kereta.
"Aaaaa, umi okey je. Kenapa? Takut ke? Dia tak makan orang." Selamba je Zafri berkata begitu.
Kereta Nisan skyline di letakkan di porch yang disediakan. Mya memandang rumah agam tiga tingkat yang berseragam indah pada waktu malam. Rupanya Zafri ni anak orang kaya yang bukan calang-calang orang. Baru Mya mengerti kenapa Zafri ramai sangat buah hati.
"Keluar la... atau kau nak aku angkat kau sampai pintu utama?" Sindir Zafri. Mya menjeling, tahulah. Tak payah nak gatal sangat angkat aku...
Mya memperbetulkan dress dan tudungnya. Takut senget je tudung ni, buat malu je. "Jom..." Mya sudah bersedia untuk berjumpa dengan keluarga Zafri.
Zafri membuka pintu lalu memberikan salam kepada keluarganya. "Umi, zaf dah balik." Ucap Zafri.
Dato' Zikri memandang Zafri dan Mya dengan pandangan serius. Mya takut. Dia menundukkan kepalanya. "Zaf bawa siapa? Girlfriend mana yang Zaf dapat?" Tanya Dato' Zikri dengan serius.
Zafri jadi gerun pula bila melihat pandangan serius papa nya. "Aaaaa... Zaf nak kenalkan dekat papa.. ni... Buah hati Zaf." Mya dapat mendengar suara Zafri agak bergetar, mungkin dia takut pada papa nya.
Dato' Zikri mengalihkan pandangan ke Mya yang masih kepalanya di tundukkan. "Jom, kita makan malam. Ada tetamu sekali yang umi jemput. Special buat umi." Pelawa Dato' Zikri.
Mya mendongakkan kembali kepalanya bila papa Zafri berbeda ke dapur. Mya menghembuskan nafasnya. "Lain kali jangan tunduk kepala bila aku kenalkan kau pada family aku. Faham?" Bisik Zafri dengan nada keras. Mya mengangguk. Salah dia juga kerana suka menundukkan kepala.
Mereka pergi ke dapur. Kelihatan tetamu istemewa umi sedang menolong Datin Eilza menyediakan makanan. Mya takut...
Zafri melihat bibir mungil Mya agak sedikit menggigil. "Hey, relax... Umi aku tak makan orang. Jom duduk.." Bisik Zafri, kali ni suara Zafri cukup lembut berbanding tadi. Mya tersenyum kelat.
Apabila semua ahli keluarga Zafri sudah berkumpul barulah Mereka menjamah makanan di atas meja. Zafri ada adik perempuan rupanya, kenapa sebelum ni dia tidak pernah cerita?
Mya menggeleng kepalanya. 'Stop Mya, kau jangan nak perasan Zaf akan kenalkan pada kau.. Kau hanyalah kekasih part time dia je.' Dia cepat-cepat menyedarkan dirinya, siapa lah dia untuk berdamping dengan lelaki kaya ni.
Datin Eilza memandang Mya dengan pelik. "Zaf? Siapa ni? Kamu tak kenal kan pada umi pun?" Datin Eilza seperti pernah lihat perempuan di sebelah anaknya.
"Umi, kenalkan. Mya Umairah, Mya, ni umi saya. Datin Eilza..." panggilan Zafri kepada Mya sudah di tukar demi lakonan.
Datin Eilza tersenyum gembira. "Kamu? Kamu kan yang kerja dekat butik FZ? So... Mya dengan Zaf baru bercinta la?" Kegembiraan datin Eilza mengundang kebencian pada Afrina.
Mya tersenyum, jadi datin Eilza ni umi Zafri. Ya Allah kecilnya dunia... Mya sedikit lega apabila dapat tahu umi Zafri adalah datin yang pernah dia jumpa di butik. "Baru je datin.. "
"Tak payah lah panggil datin. Panggil auntie.." Mya mengangguk. "Kenalkan, ni Afrina. Tetamu istimewa umi." Mya berjabat tangan dengan Afrina, Mya terkedu dengan Afrina apabila melihat Afrina berjabat tangan dengannya. Dia dapat melihat aura kebencian pada raut muka Afrina.
"Cantik lah teman wanita abang. Abang dapat dari mana?" Erina menyindir abangnya. Zafri menjeling ke arah adik kesayangannya. "Amboi, sindir nampak. Abang jumpa dia dekat.... butik la..." Bantai saja apa yang dia cakap.
"Malam ni kita dapat tengok Zafri bawa teman wanita dia yang sedap mata memandang." Perli Dato' Zikri. Mereka sekeluarga tertawa, kecuali Afrina.
Afrina menggenggam penumbuk nya. Seperti dirinya diabaikan. 'Aku ke dia tetamu istimewa datin? Urgh!'
Hai, sorry ye.. saya lambat update sebab uruskan persekolahan untuk tahun depan... korang pula macam mana? Dah sedia nak sekolah?
Jangan lupa tinggalkan vote anda sebelum pergi ke halaman seterusnya. Terima kasih. ;)
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...