Beg tangan di hempas kuat oleh Afrina. Rasa sakit hati di hatinya masih terasa dengan kejadian pagi tadi. Melihat kemesraan Mya dan Zafri membuatkan dia ingin memiliki Zafri dengan cepat. Hal ini tidak boleh dibiarkan, dia mesti bertindak cepat.
"Hey, nampak macam bad mood je. Apa yang buat adik jadi macam ni?" Tanya Qash. Sejak kebelakangan ni dia memerhati perubahan adiknya sangat berlainan dengan dulu.
"Adik sakit hati bila orang yang adik suka bahagia dengan isterinya. Itu milik adik!" Bentak Afrina. Qash sedikit terkejut dengan cara percakapan adiknya.
Qash menggeleng kepalanya. "Adik, orang yang adik minat tu, adalah suami orang. Siapa nama yang adik minat? Baik sangat ke orangnya?" Qash seperti ingin mengetahui siapa lelaki yang adik nya minat.
Afrina menayangkan giginya yang tersusun. "Nama nya Zafri Iskandar. Dia baik, handsome, ada kalanya dia sombong, itu yang buat adik sakit hati. Sekarang dia dah kahwin. Adik rasa nak menangis je saat tu." Afrina menundukkan kepalanya.
Zafri? Nama yang disebut oleh adiknya adalah bekas tunangnya. Adik nya tidak tahu, dia sudah putus tunang dengan siapa. Andai dia memberitahu kepada adiknya bahawa lelaki yang dia tinggalkan itu adalah bekas tunangnya. Apa reaksi adik? Qash terpaksa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan adiknya. "Sabarlah adik, mungkin itu bukan jodoh adik dengan lelaki tu." Memang dia akui Zafri adalah orang yang baik, romantik, handsome, tapi sayangnya Qash meninggalkan Zafri semata-mata untuk bersama dengan lelaki lain. Patutkah dia merasa kekesalan tu? Qash mengeluh berat.
************
Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk bagi sepasang suami isteri. Melihat kepetahan Zafri berkata membuatkan Mya pening kepala. Hanya memilih baju pengantin untuk majlis resepsi pun nak komen baju ni tak sesuai dengan warna kulit lah, baju ni nampak macam tak selesa lah, macam-macam dia komen tentang baju pengantin. Kesian siapa yang buat pereka fesyen baju pengantin ni.
"Awak.. dah la tu. Saya dah penat pakai baju pengantin banyak kali. Sekali dah cukup. Ini tidak, lebih 10 pasang saya pakai. Apa yang tak puas?" Mya sudah membebel, dia tidak tahan melihat sikap Zafri yang terlalu memilih. Sekarang sifat Zafri yang terbaru sudah Mya ketahui.
Kepala Zafri menggeleng. "Shhh! Senyap lah. Saya tak puas hati sebab semua baju tak sesuai dengan warna kulit awak. Kulit awak cerah.." Tangannya masih lagi membelek pakaian busana pengantin. Warna terqouse menjadi pilihan Zafri. "Nah, ini last untuk kau." Zafri memberi baju pengantin kepada Mya. Mya hanya mengeluh.
Selepas beberapa minit, Mya keluar dengan persalinan baju pengantin yang sangat cantik membuatkan Zafri terkesima seketika. "Awak! Cepat bayar. Saya tak tahan, penat kaki saya tau. Dari tadi saya tak kasi duduk pun." Mya memuncungkan bibir tanda merajuk dengan Zafri.
**********
Telefon Samsung Galaxy Note III berdering dengan kuat membuatkan Mya sedikit terkejut. Alfi? Apa tujuan dia menelefon Mya? "Assalamualaikum... kenapa Alfi?" Lembut saja suara Mya menjawab panggilan Alfi. Hati Zafri membara. Kenapa dia nak telefon Mya sedangkan dia boleh telefon aku? Mesti ada hal yang aku tak tahu.
"Saya nak cakap dekat awak yang hari jumaat ni adalah hari lahir Zafri. Tapi kita akan buat surprise time resepsi awak. Okey? Esok saya nak jumpa awak dekat taman dekat dengan rumah awak. Bye." Mya meletakkan telefonnya apabila perbualan mereka selesai. Hurmm, birthday Zafri? Macam best je nak kenakan dia.
Senyuman Mya membuatkan Zafri sakit hati. Apa yang mereka bualkan tadi? "Alfi telefon awak buat apa?" Dingin saja suara Zafri. Mya mengangkat bahunya saja lalu meneruskan makan nya yang tertangguh.
"Eleh, kedekut betul. Dengan suami sendiri pun nak berahsia. Awak ada skandal ke dengan Alfi?" Tuduh Zafri. Mya membulatkan matanya, sampai hati dia cakap aku ada skandal dengan Alfi. Senyuman terukir dibibir Mya.
"Haah, dia jadi skandal saya? Kenapa? Any problem?" Tanya Mya. Sengaja menaikkan kemarahan Zafri. Lantak lah kalau Zafri marah padanya.
Wajah yang ceria bertukar kepada wajah yang ketat. Zafri merenung wajah Mya yang dari tadi senyum. "Ikut saya! Jangan banyak tanya." Tangan Mya di tarik kuat menyebabkan Mya agak tersentak sedikit.
Saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya hari Zafri melihat Mya bahagia bersama orang lain iaitu kawan baik nya. Zafri membawa Mya ke parking kereta. "Listen to me. You're my wife and I is your husband. We married but you still has a scandal. Saya dah tinggalkan sifat saya dulu sebab saya dah pikul tanggungjawab besar dalam hidup saya. Awak?" Mya tergamam melihat Zafri berkata begitu. Niat nya untuk bersenda gurau bertukar menjadi serius. Ikhlaskah Zafri sayang dekat aku? Atau semata-mata nak pikul tanggungjawab saja?
Perlahan-lahan Mya mengusap pipi Zafri. "Maafkan saya, tadi saya hanya bergurau dengan awak je. Tak tahu pula awak cemburu." Mya menayangkan giginya yang putih tersusun. Zafri terkedu, dia tipu?
Zafri mengetap giginya. Dia terasa dirinya dipermainkan oleh isterinya sendiri. "Awak ingat perasaan saya mainan ke? Saya nak balik, awak drive." Arah Zafri . Angin suaminya tidak baik, lebih baik Mya menurut saja permintaan suaminya.
**************
Pintu bilik ditutup dengan kuat sehingga boleh didengari dari ruang tamu. Erina yang baru saja pulang dari rumah kerana menetap seketika di Paris terkejut melihat wajah bengis abangnya. Apa kena dengan abang aku hari ni? Bini dia salah bagi makan ke?
Erina mendekati kakak iparnya. "Hey kak, Rina nak tanya. Kenapa dengan abang Zaf? Dia tak sihat ke? Rina risau lah abang Zaf macam tu, takut je penyakit dia suku datang lagi." Kata Erina. Mya hanya mengangguk. Dia malas memberitahu adik iparnya, yang dia penyebab abangnya jadi seperti itu.
Erina pergi melihat adik-adik angkatnya yang sedang bermain badminton. "Hey, Maya dan Kamal, mari sini. Akak ada hadiah untuk korang." Kata Erina dengan gembira. Pertama kali ini uminya memaklumkan kepadanya untuk mengambil anak angkat. Erina tidak setuju dengan cadangan umi. Lama kelamaan Erina terfikir juga, kalau ada adik angkat mesti aku takkan keseorangan.
Maya dan Kamal berlari menuju ke Erina yang sedang memegang bungkusan hadiah daripada Paris. "Satu untuk Maya dan satu lagi untuk Kamal. Buka lah." Maya dan Kamal teruja melihat sebungkus hadiah yang sangat cantik. Perlahan-lahan mereka membuka hadiah tersebut.
"Wow, PS2. Thanks akak. Hadiah ni sangat bermakna buat Kamal." Kamal memeluk erat kakak angkatnya. Erina tersenyum manis. "Akak? Kenapa akak bagi Maya rantai ni? Mahal lah." Maya tidak selesa untuk memakai nya.
Erina mengambil rantai berbentuk paris daripada Maya lalu di pakai kan di leher Maya. "Adik nampak sangat cantik bila memakainya. Rantai ni milik adik. Akak ikhlas memberinya." Maya mengucapkan terima kasih atas hadiah yang diberikan oleh kakak angkatnya.
Sorry lah, bab ni terlalu boring bagi syira. Dah lama tak update, banyak homework sbb tahun depan nak exam besar spm. Gerun nya.
Btw, don't forget vote dan comment my story. Babai
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...