Ruang bilik Mya sudah di penuhi dengan kertas. Penat dia melakar idea untuk membuat baju yang baru tapi tidak menjadi. Fikirannya asyik merawang tentang perjanjian yang dia sudah tandatangan pada minggu lepas.
Kekasih Part Time? Hanya untuk hari isnin dan jumaat saja.. tepat pada waktu malam Mya akan keluar bersama Zafri. Pada hari selasa dan khamis pagi pula Mya terpaksa pergi ke rumah Zafri, kononnya nak eratkan hubungan silaturrahim dengan family. Mya akhirnya mengeluh perlahan. Walaupun ibu menasihati jangan sesekali mengeluh walau apa pun terjadi, tapi Mya mengeluarkan keluhan yang dia tidak sanggup untuk mengikuti idea bodoh mamat gila tu.
Mya menjerit sekuat hati, dengan menjerit Mya akan berasa sedikit lega. Biar... biar fairuz dengar, biar jiran sebelah dan depan dengar. Dia tidak peduli dengan omongan daripada sesiapa. Dia perlukan istirehat yang cukup.
Akhirnya Mya terlena di meja kerjanya. Dia penat berfikir tentang Zafri, tentang ibunya di kampung, tentang kerja, tentang dirinya... Argh! Ini semua hal dunia yang memeningkan.
Datin Eilza pergi ke bilik anak teruna nya. Sudah lama dia tidak menjenguk anak teruna nya yang asyik terperap di dalam bilik kerana ada masalah peribadi.
"Boleh umi masuk?" Zafri hanya diam, datin Eilza mengeluh. Sampai bila anak teruna akan mengurangkan diri. Sejak bekas tunangnya datang ke sini dan minta untuk rujuk semula, Zafri terus mengamuk.
Datin Eilza tidak mampu untuk menghalang keputusan anak nya. "Zaf okey? Dah lama Zaf terperuk dalam bilik. Siapa nak jaga syarikat? Zaf tak kasihankan dekat umi ke? Berapa lama Zaf nak terperuk dekat dalam bilik?" Bertalu-talu pertanyaan yang di ajukan oleh datin Eilza.
Zafri tetap diam membisu. Sejarah hitam kembali menguasai fikirannya. "Sampai Zaf dah rasa diri Zaf dah waras." Selamba saja Zafri berkata sebegitu. Datin Eilza menggeleng kepalanya.
"Zaf, wake up! You must be strong. Just forget about you and Qash! Dia hanyalah kisah silam Zaf yang sering bermain di fikiran Zaf. Lupakan dia dan teruskan hisap Zaf yang sekarang. Yang ceria, suka mengusik umi dan adik. Jangan jadi Zaf yang dulu. Zaf yang pengecut, yang pendiam dah tiada. He's gone." Datin Eilza cuba memberikan kata-kata semangat kepada anaknya. Dia perlu ubah anak teruna nya. Dia perlukan pertolongan untuk melupakan bekas tunang anak nya.
Zafri tiba-tiba menggigil. Datin Eilza gelisah, penyakit anak nya sudah menyerang semula. "Adik! Adik!" Datin Eilza menjerit kuat. Erina sudah terjegil di muka pintu bilik abang nya.
"Tolong umi bawa abang Zaf ke hospital, penyakit dia menyerang semula. Umi takut!" Erina segera memapah abang nya pergi ke hospital. Erina takut kejadian 2 tahun lalu berulang semula, cukup lah semua itu terjadi, dia tak nak melihat abangnya murung semula.
Padang yang luas membuatkan Mya terpegun, di manakah dia sekarang ni? Mya menoleh ke belakang apabila ada sesuatu cahaya datang mendekati nya.
"Mya.... Mya sihat?" Mya membuka matanya, suara lelaki itu seperti dia pernah dengar, suara yang dia sangat rindukan. Ayah!!! Air mata Mya mengalir selebatnya.
"Ayah! Ayah ke ni? Mya rindukan ayah! Mya rindukan ayah..." Mya menangis kerinduan. Encik Razak mengusap air mata anak nya yang mengalir di pipi. Dia tersenyum nipis.
"Mya tengah rasa keliru sebenarnya." Mya meluahkan perasaannya pada ayah.
"Mya kena terima dia sebagai teman hidup Mya, bimbing dia ke jalan yang benar. Dia adalah imam Mya dan suami Mya." Kata encik razak. Mya tidak mengerti apa yang di sampaikan oleh ayah nya. Dia belum berkahwin lagi.
"Kenapa ayah cakap macam tu. Siapa dia tu? Kenapa Mya perlu bimbing dia? Mya tak faham.." Encik razak hanya mampu tersenyum. "Mya akan faham semua ni. Selamat tinggal anak ku." Cahaya itu terus hilang serta-merta.
Tidak ayah tak boleh pergi. Mya mengejar cahaya yang sudah hilang. "Ayah!!!" Mya bangun daripada tidur. Dia beristighfar. Mimpi rupanya.
Mya bangun dan pergi mengambil air wuduk untuk menenangkan fikirannya. Adakah kata-kata ayah dalam mimpinya itu benar? Siapa yang sanggup menjadi suami dia?
Datin Eilza mundar-mandir di depan wad Zafri. Dia risau anaknya akan jadi seperti orang tidak waras.
Dato' Zikri pening melihat isterinya sana sini. "Hai, awak ni, kalau ye pun bawa istighfar.. banyakkan berdoa, jangan asyik mundar-mandir je. Pening saya tengok awak. Duduk!" Arah Dato' Zikri.
Isterinya hanya menurut kata Dato' Zikri. Dia juga risau anaknya akan jadi seperti dulu. Semua ini sebab bekas tunang anak nya yang datang beberapa hari yang lepas. Dia tidak boleh terima.
Doktor keluar dari wad Zafri. "Datin dengan Dato', saya nak bagi tahu tentang anak Dato'. Dia kena banyakkan berehat, jangan terlalu stress sangat. Dalam masa ni dia tidak mengalami stress yang sangat teruk. Jangan bagi dia stress. Okey. Saya pergi dulu." Datin Eilza menghembus lega. Syukur anak teruna nya tidak teruk sangat keadaannya.
Mereka masuk ke dalam wad Zafri. Wayar yang melekat pada lengan Zafri membuatkan datin Eilza sebak. Sekali lagi anaknya masuk ke dalam hospital.
Dato' zikri mengusap bahu isterinya untuk menenangkan hati isterinya yang sedang menangis. "Sabar lah, jangan nangis. Zaf nanti sedih tengok awak nangis." Dato' zikri mengusap air mata isterinya.
Kring! Kring! Kring!Mya mengangkat panggilan tersebut. "Assalamualaikum, ye.. kenapa datin. Hmmm ye. Saya ke sana sekarang." Mya mengerutkan dahinya. Zafri masuk hospital?
Dia pergi ke hospital selayang. Kata datin Eilza, Zafri ada dekat hospital ni. "Maaf ye cik, ada tak pesakit bernama Zafri iskandar?" Tanya Mya. Jururawat itu memeriksa list pesakit di hospital.
"Ada, dia berada di wad A-10." Mya mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu. Wad A-10? Dekat mana eh? Mya pergi setiap tingkat hospital dan akhirnya dia jumpa. Tinggi juga wad dia.
Perlahan-lahan Mya masuk ke dalam wad Zafri. Kelihatan Erina sedang menjaga Zafri yang terlantar di katil. Mukanya nampak sangat pucat. Apa yang terjadi sebenarnya? Kalau nak cakap Zafri accident, tak ada pula luka yang bertampal.
"Erina, akak dah sampai. Macam Zafri? Dia dah sedar?" Mya mengambil tempat bersebelahan dengan katil Zafri.
Erina menggeleng kepala. "Abang belum sedar dari semalam. Penat Rina tunggu abang. Abang kenapa jadi macam ni. Abang dah janji jangan buat macam ni lagi." Erina menangis teresak-esak. Mya mampu mengusap bahu Erina.
"Rina perlukan rehat. Biarlah akak yang jaga abang Zaf. Rina balik dulu ye. Kalau abang Zaf dah sedar akak call Rina, okey?" Dia juga kesian melihat Erina yang sudah kepenatan. Matanya nampak bengkak, mungkin tidak tidur kerana jaga Zafri.
Erina mengangguk lalu meninggalkan Mya dan Zafri di wad. Biar lah kak Mya yang jaga abang Zaf.
Mya melihat Zafri yang sedang tidur di atas katil. Apa yang terjadi sebenarnya? Patutlah dia tak datang ke butik.. sebab ni ke? 2 minggu lepas dia elok-elok saja. Mya tiba-tiba ingin mengetahui pasal Zafri. Dia perlu tahu tentang Zafri. Mungkin dia ada kisah silam yang menakutkan.
Hey! Macam mana... Mya nak tahu sangat kenapa Zafri jadi macam ni.. kesian kan Zafri. Apapun, saya akan buat yang terbaik untuk korang semua.
Please leave your vote and comment. Thanks support my story. Kamsahamida. ;)
YOU ARE READING
Kekasih Part Time
RomancePublished : Dis2015 - July2016 Pertemuan Mya Umairah dengan lelaki buaya darat membuatkan Mya terjebak dengan permainan lelaki buaya darat. Aku.... aku.. nak minta tolong kau, tolong menyamar jadi kekasih aku dekat depan keluarga aku. Please!!! -Za...